Mainstream Media Told To Deflect Internet Rumours

Bernama.com Dec 3rd, 2006

TEMERLOH, Dec 2 -- The mainstream media should play a role in deflecting wild allegations and slanders spread through the internet and blogs, Deputy Information Minister Datuk Zahid Hamidi said.

Ahmad Zahid said the mainstream media including the official government media should provide the correct explanation about allegations spread through the internet or blogs, especially if the allegations were targetted at the government and its policies.

"(This is because) not all the information (and slanders) spread through internet or blogs are accurate," he told reporters here last night.

"We do not want the public to be deceived by inaccurate information including those that are slanderous."

He said in the era of information and communication technology (ICT), it was impossible to curb the bloggers or to stop them from spreading lies through the internet.

He added that the public were still gullible and could be easily influenced by the inaccurate information they obtained from the internet.

Ahmad Zahid also advised bloggers to be ethnical and responsible in their writings.

"They should have ethics ... everyone have ethics and self-respect. We hope the bloggers will also have ethics and self respect," he said.

Earlier, he launched the Lanchang Carnival 2006 here. The highlights of the event include entertainment show, exhibitions put up by government agencies and food sales.

Mainstream Media Told To Deflect Internet Rumours

Bernama, December 02, 2006

TEMERLOH, Dec 2 (Bernama) -- The mainstream media should play a role in deflecting wild allegations and slanders spread through the internet and blogs, Deputy Information Minister Datuk Zahid Hamidi said.

Ahmad Zahid said the mainstream media including the official government media should provide the correct explanation about allegations spread through the internet or blogs, especially if the allegations were targetted at the government and its policies.

"(This is because) not all the information (and slanders) spread through internet or blogs are accurate," he told reporters here last night.

"We do not want the public to be deceived by inaccurate information including those that are slanderous."

He said in the era of information and communication technology (ICT), it was impossible to curb the bloggers or to stop them from spreading lies through the internet.

He added that the public were still gullible and could be easily influenced by the inaccurate information they obtained from the internet.

Ahmad Zahid also advised bloggers to be ethnical and responsible in their writings.

"They should have ethics ... everyone have ethics and self-respect. We hope the bloggers will also have ethics and self respect," he said.

Earlier, he launched the Lanchang Carnival 2006 here. The highlights of the event include entertainment show, exhibitions put up by government agencies and food sales.

Zahid berdendam dengan Mukhriz

Berita Harian 19 Nov, 2006

Anak Dr M tak rasional: Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Datuk Mukhriz Mahathir disifatkan sebagai tidak rasional dan enggan berpijak di bumi nyata apabila mengeluarkan kenyataan yang dianggap memperlekehkan ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika perasmian Perhimpunan Agung Umno 2006 Rabu lalu.

Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata Mukhriz yang juga anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menerima hakikat bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendapat sokongan ahli Umno kini adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno.

“Beliau tidak berpijak di bumi nyata, hakikat harus diterima bahawa pemimpin datang dan pergi. Pemimpin yang lama dihormati, pemimpin yang baru disayangi, itu patut ada pada kita,” katanya di sini, semalam.

Sambil menyatakan rasa kesalnya, Ahmad Zahid berkata, Mukhriz yang menjadi Exco Pemuda Umno dengan undi tertinggi turut menjejaskan imej sayap parti itu apabila seolah-olah menunjukkan pemimpin Pemuda tidak memperlihatkan sikap ‘kejemaahan’, sedangkan sebelum itu mereka memutuskan menerima pakai dan menyokong ucapan Presiden parti.

Berhubung keengganan kepemimpinan Pemuda bertindak terhadap Mukhriz, beliau berkata, Mukhriz bernasib baik kerana jika presiden parti bukan Abdullah atau masih dipegang pemimpin yang lepas, beliau mungkin sudah dipecat atau dikenakan tindakan disiplin.

KOMEN: Kamu dipecat dahulu kerana pecah amanah ... Akuilah!

Ahmad Zahid Hamidi terus ‘serang’ Mukhriz

Nov 18, 06 Malaysiakini.com

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Zahid Hamid merupakan pemimpin yang paling lantang mengkritik Exco kanan Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir ekoran ulasannya yang dianggap memperlekehkan ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Rabu lalu.

Selain Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin, Timbalan Menteri Penerangan itu merupakan antara orang pertama yang berbuat demikian,

Hari ini, Ahmad Zahid meneruskan kritikannya terhadap Mukhriz – anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – sebagai ‘tidak rasional dan enggan berpijak di bumi nyata’.

Beliau berkata Mukhriz perlu menerima hakikat bahawa Abdullah yang mendapat sokongan ahli Umno kini adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Beliau tidak berpijak di bumi nyata, hakikat harus diterima bahawa pemimpin datang dan pergi. Pemimpin yang lama dihormati, pemimpin yang baru disayangi, itu patut ada pada kita," katanya dalam laporan Bernama.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Multaqa Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Semalaysia 2006 di Kuala Lumpur hari ini, beliau juga meminta Mukhriz supaya tidak mengambil kesempatan terhadap sifat lembut yang diperlihatkan Abdullah dengan "menikam dan memberikan komen yang negatif dari belakang".

‘Kebencian atasi rasional’

"Mukhriz menyatakan bahawa ucapan itu tak ada sesuatu yang baru sebab dia ada prasangka buruk dalam jiwanya dan prasangka itu ditukar menjadi kebencian. Bila kebencian mengatasi rasional maka minda dan hatinya tertutup," katanya

Ahmad Zahid berkata, Mukhriz yang terpilih sebagai Exco Pemuda Umno dengan undi tertinggi, turut menjejaskan imej pergerakan itu, dengan memberi gambaran seolah-olah tiada sikap ‘kejemaahan’ dalam kepemimpinan Pemuda, sedangkan sebelum itu mereka memutus menyokong ucapan Presiden parti.

Mengenai keengganan kepimpinan Pemuda bertindak terhadap Mukhriz, beliau berkata, anak bekas Perdana Menteri itu bernasib baik kerana jika presiden parti bukan Abdullah atau masih dipegang pemimpin yang lalu, beliau mungkin sudah dipecat atau dikenakan tindakan disiplin.

Mukhriz dalam komennya antara lain berkata ucapan dasar presiden itu tidak mengemukakan idea baru.

Berikutan itu, Hishamuddin berkata pergerakan itu tidak bertanggungjawab terhadap kenyataan Mukhriz itu kerana ia merupakan pendirian dan sentimen peribadinya.

Ahmad Zahid yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno turut meminta Mukhriz supaya tidak mengambil kesempatan terhadap sifat lembut yang diperlihatkan Abdullah dengan "menikam dan memberikan komen yang negatif dari belakang".

‘Gaya Pak Lah’

"Mukhriz menyatakan bahawa ucapan itu tak ada sesuatu yang baru sebab dia ada prasangka buruk dalam jiwanya dan prasangka itu ditukar menjadi kebencian. Bila kebencian mengatasi rasional maka minda dan hatinya tertutup," katanya.

Mengenai Multaqa hari ini, Ahmad Zahid berkata ia bertujuan mendapatkan maklum balas daripada para pemerhati dan perwakilan di luar dewan persidangan semasa Perhimpunan Agung Umno berlangsung.

Pada keseluruhannya, kata beliau, laporan yang diperolehi adalah memuaskan termasuk mengenai ucapan dasar Perdana Menteri yang mengandungi fakta-fakta yang cukup konkrit.

"Saya dapati laporan-laporan yang diberikan kepada saya dan catatan yang saya perolehi, setiap para ucapan Pak Lah itu ada maklumat-maklumat yang cukup penting dan ucapan Pak Lah tidak retorik.

"Cuma dari segi penyampaian, persembahan Pak Lah tak boleh diubah sebab itu cara dia. Pemimpin yang lain mempunyai stail yang lain. Jadi kita tidak boleh hanya melihat persembahan tetapi harus melihat kepada isi," katanya.

Ahmad Zahid berkata sebagai contoh apabila ucapan itu dibukukan dan diedarkan kepada orang ramai terutama para pemerhati, mereka mengatakan bahawa ucapan itu adalah lebih jelas dan difahami apabila di baca.

KOMEN: Seperti biasa, Zahid si kaki ampu dan lalang tengah membodek Pak Lah.

Jangan Biadap Zahid - kata Pelajar Baru UM

Dipetik dari blog Cuit Sikit

"Adakah wajar Datuk bercakap memperkecilkan seorang pemimpin yang telah menyumbangkan jasa bakti selama 22 tahun untuk negara ini?" tanya seorang mahasiswa baru Universiti Malaya dari etnik Cina kepada Zahid Hamidi.

Pertanyaan demikian muncul setelah Zahid menyalahgunakan ucapan beliau kepada mahasiswa baru universiti Malaya untuk memberi bayangan seolah-olah Tun Dr. Mahathir agak pelupa dan lemah ingatan setelah berusia lebih 80 tahun.

Zahid yang tergamam dengan pertanyaan tersebut hanya mampu menyeru supaya semua pihak memberi sokongan kepada kepimpinan hari ini.

RETROSPEKTIF

Pada 5 Julai 2006, 8.00 malam, Datuk Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Penerangan, menyampaikan ucapan kepada para pelajar baru Universiti Malaya. Pada siangnya sudah terdapat tanda-tanda keadaan hangat dalam kampus universiti Malaya yang masih bercuti (sekarang ini Minggu Haluan Siswa) kecuali pelajar baru sesi ini.

Dua kain rentang dibentangkan di atas fly over menuju pintu masuk Universiti Malaya berhampiran bangunan Telekom lama. Kain rentang bertulis, "Terima Kasih Tun Dr. Mahathir, Perjuangan Mu Memang Belum Selesai, Universiti Malaya Menyokong Mu" bukan sahaja mengejutkan orang ramai yang lalu malah pentadbiran Universiti Malaya.

Khabarnya Naib Canselor, UM, Dr. Rafiah Salim terpaksa mengarahkan pihak keselamatan (berpakaian biasa) menanggalkannya sebelum kedatangan Zahid Hamidi.