Hairan Mahkamah Tangguh 6 Bulan Tarikh Keputusan Ke Mei 12hb, 2009

Penulis blog Mengkuang merungut mengenai Menteri 'Ugama' yang berdiam semasa isu fatwa yoga dipersoalkan oleh penganut ugama Hindu.

Memang Dato Ahmad Zahid Hamidi tidak membuat sebarang komen kerana dia berada di Mekah untuk tahun kedua berturut-turut untuk mengerjakan ibadat Haji. Kalau ada pun yang dilaporkan akhbar, ia berkenaan dengan pengurusan Haji oleh Tabung Haji.

Zahid mengambil peranan sebagai PRO untuk Tabung Haji. Seolah-olah Tabung Haji yang sudah menghampiri 40 tahun hilang keupayaan untuk mengurus jemaah Haji di Mekah. Mereka memerlukan Menteri serta bersama.

Salah satu dari dua liputan akhbar oleh Utusan Malaysia

Beberapa hari selepas beliau berlepas ke tanah suci Mekah adalah tarikh mahkamah untuk kes saman sivil oleh Amir Bazli. Jika akhbar ada beberapa kali melaporkan mengenai kes ini, kali ini akhbar perdana sudah bagaikan menyenyapkan kes ini.

Perbicaraan kes saman Amir Bazli didaftarkan di Mahkamah Shah Alam pada tahun Julai 5hb, 2007 setelah pihak polis seolah-olah telah NFA (No Further action) kes ini.

Untuk mengatakan ada pakatan Polis dan Zahid, susah hendak dikata dan tuduhan sedemikian tidak perlu. Yang penting, fakta-fakta dan bukti-bukti untuk membawa kes ini sebagai kes sivil cukup dan tidak ditolak mahkamah. Proses mahkamah telah berjalan dan 7 kali bersidang.

Media perdana ada dua kali melapurkan prosiding Mahkamah tetapi diberhentikan apabila secara kebetulan Zahid bertukar Kementerian dari Perlancungan ke Penerangan. Kes saman terhadap Zahid masih berjalan dan tarikh-tarikh mahkamah disenaraikan berikut:

1. Mac 7hb, 2008 - BICARA
2. April 16hb, 2008 - HEARING atau pembacaan kes
3. Jun 5hb, 2008 - DECISION atau keputusan
4. Julai 16hb, 2008 - KEPUTUSAN
5. Ogos 7hb, 2008 - CLARIFICATION atau penjelasan
6. Oktober 30hb, 2008 - KEPUTUSAN
7. November 25hb, 2008 - KEPUTUSAN
Kedudukkan mahkamah adalah untuk buat keputusan samada ada kes atau tidak untuk diadakan trial atau perbicaraan penuh. Dalam trial, Zahid perlu menghadhirkan diri.

Zahid sedang berusaha sedaya upaya untuk mencuba membuang kes ini. Pelbagai usaha dan affidavit telah diserahkan untuk mencari alasan bagi tujuan tersebut dengan beberapa kali mahkamah tertangguh untuk kedua-dua pihak berbalas affidavit.

Difahami dari sumber-sumber di mahkamah bahawa Zahid sudah kehabisan alasan dan hujah untuk menangguh lagi. Dia hanya membawa hujah yang mudah dijawab dan berbukti untuk cuba menagguh saja. Zahid sudah tidak berupaya untuk menafikan kejadian lagi.

Mengikut risalah pendedahan yang teredar (akan didedahkan semua sedikit masa lagi), perbuatan membelasah beramai-ramai oleh Zahid, anak lelakinya, dan menantu dan anak arwah Zakaria Deros diakui beberapa kali dengan bersaksi oleh anak perempuannya yang terlibat, Nurul dan isterinya, Datin Hamidah. Suami Nurul tidak terlibat dan ini adalah satu keanihan.

Sepatutnya, mahkamah membuat keputusan membuang permohonan buang kes oleh Zahid pada November 25hb, 2008. Anihnya setelah ditangguh sebanyak empat kali, mahkamah masih tidak boleh membuat keputusan untuk memulakan trial.

Tidaklah ada apa-apa tuduhan dibuat terhadap pihak mahkamah yang lebih profesional mutakhir ini. Namun begitu, tidak dapat dielakkan untuk merasa sangsi dengan tindakan mahkamah menangguhkan keputusan ke Mei 12hb, 2009.

Masa sedemikian lama adalah hampir enam bulan selepas tarikh mahkamah terakhir dan sebulan setengah selepas pemilihan UMNO pada akhir bulan Mac 2009. Tidak mungkin ada tangan-tangan dan mahkamah cuba membantu Zahid dalam pertandingan untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

Adakah nasib Zahid akan menyerupai Isa Samad pada tahun 2004 yang dipecat atas salahlaku, walaupun memenangi pemilihan? Baik Zahid undur dan kasi jalan untuk orang lain yang lebih layak - bersih, berprinsip, dan bukan pura-pura - untuk jadi pemimpin.