Selasa, 29 September 2009

Tarikh-tarikh dihujung politik Zahid

Berjaya lagi Zahid Hamidi mengelak dari bicara kes terhadapnya dimulakan pada September 10hb lepas. Cekap peguam Zahid dapat kelentong mahkamah. Tarikh baru mahkamah adalah pada November 10hb. Tarikh baru itu adalah betul-betul tujuh hari selepas Anwar dijangka mula bicara.

Seperti Zahid, Anwar pun cekap dalam melewatkan bicara mahkamah. Tidaklah Zahid yang mengajar Anwar dalam hal melengah-lengahkan bicara. Zahid belum bertemu dengan Anwar pun. Dengar khabar, Zahid, Dr Ibrahim Saad dan beberapa yang lain adalah antara orang yang Anwar paling bengkak sekali.

Apa sekali pun, sejak Permatang Pasir, nama Zahid begitu buruk sekali. Mereka yang turun membantu kempen tahu bahawa Zahid sengaja melayan lobi Jalil untuk Rohaizat. Ramai percaya Zahid sengaja meletakan Rohaizat untuk membantu PAS menang dengan besar. Semasa nama Rohaizat diumumkan, satu Pulau Pinang terkejut kerana kes Rohaizat dan Yusri sudah ditahu ramai.

Rupanya bukan pertama kali Zahid membantu Anwar. Tersebar sekarang bahawa Zahid adalah antara orang yang awal-awal sudah mengetahui hendak diadakan pilihanraya umum 2008 dan menyampaikan melalui salurannya ke Anwar Ibrahim.

Saluran Zahid pada Anwar adalah bekas Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Saifuddin Nasution dan rakan sepejabat semasa dia Setiausaha Politik di Kementeriaan Pertahanan, Johari Abdul.

Selepas pilihanraya kecil Permatang Pasir, Zahid mendiamkan diri dari media kerana tidak mahu khabar angin mengenainya bertambah tersebar. Ahmad Maslan diminta mengulas lima sebab UMNO kalah teruk dan memang diagak satu pun tidak disalahkan pada dirinya yang salah menasihati Presiden.

Hari ini adalah tarikh pengumuman calun untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang. Zahid ada peranan penting dalam kempen kerana undi askar adalah hampir 5,000. Sudah disebut ramai pembangkang sudah berkempen rumah ke rumah dalam kem askar di Bagan Pinang.

Orang sudah menyalahkan Zahid kerana seorang bekas askar pencen yang menyelenggara kantin adalah operatif pembangkang dalam kem. Askar yang berpangkat Kaptan itu popular dan berpengaruh dalam kem itu. Zahid boleh begitu cuai menyambungkan kontrak kantin yang sudah habis.

Di masa pilihanraya umum, pembangkang dapat menembusi kem askar dengan undi sebanyak 1,600. Kecuaian Zahid membuatkan ramai merasa undi askar kepada pembangkang akan meningkat lagi.

Sebab utama adalah kerana Angkatan Tentera Darat tengah marah dengan Zahid. Naik saja Zahid sebagai Menteri Pertahanan, dia telah memberi notis berhenti kepada Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Aziz Haji Zainal, Panglima Angkatan Tentera (PAT) Malaysia ke-14.

Aziz Zainal menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor sebagai Panglima Angkatan Tentera pada 1 Februari 2007. Cara notis berhenti itu agak mengaibkan kerana ianya hanya untuk empat hari.

Aziz diakhirkan tempuh berkhidmat secara tiba-tiba pada 31 Ogos 2009 tanpa diberi penghormatan.

Rupanya Zahid hendak sangat naikkan Ketua Air Force jadi PAT. Ini salah satu perkara yang menimbulkan kemarahan tentera darat terhadap kerajaan yang boleh menjejaskan BN di Bagan Pinang.

Ramai sudah curiga untuk mengharapkan Zahid menyampaikan undi askar untuk BN. Kemungkinan besar Zahid bersekongkol dengan Muhamad Hasan, Khairy dan lain-lain faction Pak Lah untuk memandikan Isa Samad untuk menyelamatkan kerjaya politik masing-masing dalam UMNO.

Itu pun kalau Isa yang bertanding.

Jumaat, 11 September 2009

Zahid penyebab UMNO kalah di Permatang Pasir

Rohaizat Othman, calon Umno di Permatang Pasir, dibelenggu dua isu. Pertama, beliau dikatakan beristeri dua dan isteri kedua beliau ialah Hafizah Mohd Ali, ketua kerani yang pernah berkerja di pejabat Rohaizat selama 8 tahun. Kedua, pecah amanah melibatkan RM161,000 kepunyaan Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.

Dua tuduhan yang cukup memalukan pucuk pimpinan Umno. Rohaizat menafikannya. Tun Dr Mahathir Mohamad memberi reaksi berikut: "Saya diberitahu bahawa Rohaizat didakwa mempunyai dua isteri tetapi dia menafikannya. Kemudian saya ditunjukkan gambar wanita (isteri kedua Rohaizat) tersebut. Saya tak tahu lah samada orang yang macam ini layak menjadi wakil rakyat atau tidak."

Hampir kesemua pemimpin Umno menyalahkan Pakatan Rakyat yang kononnya membuat "fitnah-fitnah" ini. Tiada seorang pun menyalahkan diri sendiri.

Lain pula di gerai-gerai kopi dan kedai-kedai nasi kandar seluruh Permatang Pasir. Orang yang menjadi topik perbualan dan dikatakan bertanggungjawab terhadap keputusan memalukan ini ialah Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan.

Rohaizat adalah orang kanan Ketua Bahagian Permatang Pauh Jalil Abdul Majid dan dilantik sebagai Setiausaha Bahagian. Zahid merestui pemilihan Rohaizat sebagai calon tanpa melakukan kajian terperinci-inci. Dia hanya menggunakan unik risik tentera untuk mengkaji latarbelakang Rohaizat.

Hampir satu Pulau Pinang tahu latarbelakang Rohaizat. Timbalan Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman juga tahu latarbelakang Rohaizat. Malangnya pandangan Zainal tidak diambilkira langsung oleh Zahid.

Zahid Hamidi membuat kenyataan bahawa isu Rohaizat ditutup dan Umno tidak akan membangkitkan isu peribadi semasa kempen di Permatang Pauh. Kenapa Zahid mengelak dari bertanggungjawab hal ini? Siapa dia ingat boleh main tutup-tutup mulut orang untuk bercakap. Ini tahun 2009 dan tiada sesiapa boleh menutup mulut sesiapa.

Seperti kata Dr Mahathir, Rohaizat tidak layak dipilih sebagai calon. Adakah Umno Permatang Pauh ketandusan calon?

Zahid sebagai Naib Presiden Umno (dan Ketua Perhubungan Negeri) seharusnya menunjuk satu contoh untuk diteladani oleh seluruh warga Umno iaitu bertanggungjawab terhadap pemilihan Rohaizat. Kini dia hanya diam senyap.

Ahmad Maslan diarahkannya mengeluarkan lima sebab kekalahan di Permatang Pasir. Satu pun tidak disebut sebab Zahid salah memilih calun.

Desas desus kini amat kuat bahawa Zahid ada membuat perbincangan sulit dengan ajen-ajen Anwar Ibrahim. Zahid masih rapat dengan wakil-wakil rakyat PKR seperti Johari Abdul.

Dia tahu bukan senang untuk memenangi Permatang Pasir. Zahid sendiri sudah mula merasakan bukan senang untuk BN menang pada PRU13 kelak. Dia sanggup korbankan Permatang Pasir untuk cuba membina kembali jambatan dengan Anwar agar nyawa politiknya boleh dipanjangkan.

Rohaizat adalah calun yang direstui oleh Anwar untuk memberi kemenangan mudah untuk Salleh Man. Anwar tahu latarbelakang Rohaizat.

Rujukan: Blog Jelapang

Rabu, 9 September 2009

Besok - September 10hb - adalah tarikh bicara Zahid Hamidi


Sepanjang tahun 2008, empat tarikh mahkamah telah ditetapkan untuk mula bicara kes saman sibil Amir Bazli terhadap Zahid Hamidi. Semua tarikh itu tertangguh kerana ada saja Zahid memasukkan permohonan. Ini menyerupai taktik yang diguna Anwar Ibrahim untuk melewat-lewatkan perbicaraan kes liwatnya.

Setelah tertangguh berkali-kali dan affidavit menunjukkan kes ini ada asas, mahkamah terpaksa menetapkan tarikh bicara. Tarikh bicara pertama adalah pada Mac 2009. Apabila sampai masanya, tarikh tersebut telah ditunda pula ke selepas Mesyuarat Agung UMNO yang berjalan pada akhir bulan Mac 2009. Ianya seolah-olah membantu supaya kes ini tidak merosakkan peluang Zahid untuk memenangi jawatan Naib Presiden UMNO. Tarikh baru ditetapkan pada Mei 12hb, 2009.

Sampai ke tarikh tersebut, ditangguh pula ke bulan. Lepas itu bulan Ogos. Tarikh bicara terkini yang telah ditetapkan adalah besuk, September 10hb 2009. Adakah kali ini akan bermula bicara atau Zahid ada lagi alasan untuk menangguh?

Usaha Amir Bazli mencari keadilan adalah pengembaraan yang jauh. Dari masa peristiwa ganas ini berlaku pada Januari 18hb, 2006, Amir menghadapai banyak masaalah untuk mendapat keadilan pada dirinya yang teraniaya.

Polis enggan membantu dan tanpa bantuan polis, tidak ada kes untuk Peguam Negara dakwa Zahid. Inilah yang terjadi, apabila seorang marhaen tanpa wang dan kuasa ingin menentut keadilan.

Kecaman demi kecaman dan pelbagai fitnah dihala kepada Amir Bazli. Konon dia mempunyai kisah masa silam dan pelbagai cerita peribadinya diungkit dalam komentar blog ini. Ada bunyi berdendam dan ada bunyinya padan muka kau. Sudah malas mahu dilepaskan komentar-komentar sedemikian.

Semua pihak enggan melihat perkara ini dari perspektif kes ini hanya dari aspek kes. Ada cuba memutarbelit dengan cuba mengaitkan kepada perkara-perkara yang langsung tidak ada kaitan. Satu perbuatan jenayah telah dilakukan dan penjenayah tersebut perlu dikenalpasti dan dihukum. Mana rasional bagi mangsa jenayah pula dipersalahkan kerana perkara-perkara lain yang tidak ada kena mengena dengan tindakan Zahid mengganas dan memukul anak muda Amir Bazli.

Sementara perkara yang dituduh terhadap Amir Bazli masih tidak dapat dijelaskan betul atau salahnya, kes Amir Bazli sudah ada bukti dan saksi. Kes ini adalah mengenai kes assault dan mungkin berniat membunuh. Walau apa sekali pun Amir Bazli pernah lakukan di masa lepas, ia tidak memberi justifikasi untuk Zahid melakukan jenayah. Tiada alasan politik boleh menjustifikasi melakukan keganasan terhadap Amir Bazli, tidak kira dia Menteri atau orang biasa.

Ada pihak cuba memberi putarbelit politik dengan menuduh Amir Bazli adalah budak PAS yang berhasrat untuk jatuhkan Zahid. Kalau dia orang PAS, sudah tentu dia di bela. Mana dia YB Salahuddin Ayub yang merupakan wakil rakyat Amir Bazli yang berasal dari kawasan Kubang Kerian? Anwar dan PKR boleh jadikan isu ini untuk mengenakan seorang Naib Presiden UMNO, tetapi ini tidak berlaku.

Amir Bazli tidak dapat mana-mana pembelaan ahli politik. Kes ini memang tidak ada elemen politik. Budak muda ini tidak ambil peduli pun mengenai perkara-perkara seperti politik dan hal ehwal semasa. Dia berkenal dengan Zahid dan anaknya melalui acara membawa motor besar.

Sebagaimana yang berlaku pada Saiful Bukhary yang kes menjadi lewat, begitu juga yang dihadapi oleh Amir Bazli dan dalam kesnya, ia dilewatkan oleh salah guna kuasa dan pengaruh Zahid Hamidi. Adakah Amir Bazli akan dapat keadilan yang diharapkan selama ini besok? Kita sama-sama lihat samada kes ini akan ditangguhkan lagi atau tidak?