Selasa, 29 Disember 2009

Apakah Zahid Hamidi Gunting Dalam Lipatan Pentadbiran Najib?

Berawas terhadap orang yang punya sejarah berulang menikam rakan dari belakang!

Oleh Sulaiman Abdullah
Malaysia Instinct

Sikap dan tindak -tanduk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula menjadi buah mulut di kalangan anggota masyarakat terutama mereka yang celik politik.

Beberapa sikap yang dipertontonkan Zahid menimbulkan persoalan dan tanda tanya apakah Zahid sebenarnya gunting dalam lipatan kepada pentadbiran Najib.

Untuk memahami mengapa sikap Zahid boleh dipersoalkan maka kita perlu melihat kepada apakah sikap atau perbuatan yang dipertontonkan beliau.

Pertama adalah pemilihan calon pilihanraya kecil Permatang Pasir Ogos lalu.

Zahid selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang telah mencalonkan seorang calon bermasalah iaitu Rohaizat Othman.

Sebelum proses pengundian bermula pun orang ramai sudah tahu UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan melingkup di kawasan itu.

Puncanya mudah sahaja kerana calon itu penuh bermasalah orangnya seperti memiliki rekod menipu wang pelanggan semasa menjadi peguam, berkahwin dua dan sebagainya.

Disebabkan reputasi dan kedudukan Zahid, apabila beliau mencalonkan satu nama, maka UMNO pusat pun bertindak meluluskan atau endorse nama berkenaan untuk menjadi calon.

Pilihan raya Permatang Pasir ketika itu amat penting buat BN kerana BN ketika itu sedang baru mula melalui momentum kenaikkan apabila hanya tewas dengan undi kecil sebanyak 65 undi sahaja di kubu kuat Pas di Manek Urai pada pilihan raya kecil sebelum itu.

Calon yang dicadangkan Zahid bukan sahaja melemahkan UMNO tetapi mencacatkan momentum sokongan ke atas Najib dari satu segi.

Kemudian, yang terbaru ini, secara tidak semena-mena timbul pula kes kehilangan pesawat pemintas F5E yang berlaku pada tahun 2007 yang tiba-tiba bocor ke pengetahuan media.

Kehilangan itu berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Ada banyak pihak yang mendakwa bahawa Zahid yang bertanggungjawab membocorkan perihal kejadian itu kepada pihak media.

Tidak ada bukti yang kukuh untuk mengesyaki Zahid tetapi jika niat beliau adalah untuk memburuk dan melemahkan pentadbiran Najib, maka sudah hampir pasti kejadian itu sampai ke telinga media melalui perbuatan Zahid.

Mungkin bukan Zahid yang bercakap terus kepada pihak akhbar, tetapi mungkin dilakukan oleh orang-orang suruhannya.

Terdahulu pada itu, Zahid juga dengan tidak semena-mena mencadangkan agar kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang diberikan kepada UMNO.

Walaupun beliau memilki sebab dan alasan untuk berbuat demikian, tetapi sebagai ahli politik yang senior, beliau pastinya lebih arif perkara seperti itu tidak boleh dilakukan terutama di kala sokongan masyarakat Cina kepada BN berada di tahap paling rendah.

Menuduh secara terbuka Gerakan tidak membuat kerja hanya mewujudkan situasi tidak senang Gerakan dengan UMNO dan kepada Najib secara tidak langsung.

Cadangan seperti itu juga dilihat masyarakat Cina sebagai menghakis kuasa politik masyarakat Cina dan UMNO bersikap pembuli.

Walaupun Zahid Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, beliau tidak rugi banyak dengan kenyataan beliau itu, tetapi impaknya ke atas BN dan Najib terutama dari perspektif sokongan masyarakat Cina adalah amat buruk sekali.

Di Janda Baik bebebrapa minggu lalu, Zahid dilaporkan berkata, kalau beliau menjadi Perdana Menteri 12.50, Khairy Jamaluddin (KJ) akan dilantik menjadi menteri 12.51.

Lagi sekali....apa motif Zahid berkata begitu?

Patutnya beliau fahamlah tentu Najib ada sebab untuk tidak melantik KJ.

Kenyataan Zahid itu nyata sekali merendahkan Najib dan tindakan Perdana Menteri. Apakah Zahid cuba menzahirkan beliau lebih bijak daripada Najib?

Atau sebenar mahu memecah-belahkan dengan lebih teruk lagi Pergerakan Pemuda UMNO yang sudah sedia kala agak haru biru di bawah KJ.

Kenyataan itu hanya menambah benci yang mendalam di kalangan penyokong KJ terhadap Najib dan tidak membawa sebarang kebaikkan.

Itu adalah antara beberapa contoh sikap dan tindak tanduk Zahid yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Untuk menzahirkan mengapa penulis mencurigai Zahid, harus rasanya dikongsi sedikit pengalaman seorang rakan wartawan menemu bual Zahid secara eksklusif di pejabatnya tahun lalu.

Rakan itu menceritakan kepada penulis, dalam pertemuan hampir satu jam setengah itu, 60 peratus perbualan yang terbit daripada mulut Zahid adalah berkisar kepada Anwar Ibrahim.

Bukannya mengutuk tetapi puji-pujian dan kisah-kisah yang kononnya boleh menimbulkan rasa sedih dan simpati terhadap Anwar.

Zahid adalah Ketua Pemuda UMNO di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Zahid adalah antara anak didik Anwar yang paling berjaya. Malah, semasa reformasi, Zahid juga antara yang paling banyak memberikan ucapan pembakar semangat di rumah Anwar setiap malam.

Malah, dilaporkan sebab terlalu mengidolakan Anwar, Zahid pada satu peringkat mahu meninggal UMNO untuk menyertai perjuangan Anwar tetapi hasratnya berjaya dipatahkan oleh isterinya sendiri yang tidak bersetuju jika Zahid keluar UMNO.

Zahid adalah bekas Setiausaha Politik Najib dan perlantikan Zahid itu adalah atas arahan Anwar Ibrahim sendiri yang menentukan siapakah pegawai-pegawainya yang harus bersama dengan pemimpin-pemimpin Pasukan Wawasan.

Justeru, peranan Zahid memang sejak awal lagi untuk memantau pergerakan Najib.

Berbalik kepada pengalaman rakan penulis, rakan itu berkata, simpati dan kesetiaan Zahid kepada Anwar masih terlalu menebal.

" Zahir bercerita bagaimana Wan Azizah meninggal nota di peti sejuk mengatakan Papa dah takda jadi semua orang kena berjimat-cermat dan sebagainya bagi memperlihatkan bagaimana keluarga Anwar kononnya bersedih dan susah ketika Anwar dimasukkan ke penjara," kata rakan penulis.

Dengan apa yang diberitahu rakan penulis dan melihat tindak tanduk Zahid, mahu tidak mahu wujud semacam perasaan skeptikal dan curiga terhadap Zahid.

Apakah beliau gunting dalam lipatan?

Mengapa Naib-naib Presiden yang lain seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atau Datuk Seri Shafie Apdal tidak pula mengeluarkan sebarang kenyataan atau berkelakuan seperti Zahid?

Apakah Zahid mahu melemahkan pentadbiran Najib untuk membuka laluan yang lebih kukuh kepada Anwar? Mengenangkan kedududkan Zahid dan keintiman beliau dengan ketua pembangikang berkenaan, perkara ini tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Atau Zahid mahu melemahkan pentadbiran Najib dengan niat untuk menaikkan dirinya dengan pantas ke jawatan yang lebih tinggi.

Cita-cita politik Zahid pun bukannya kecil, jangan kita lupa Zahid asalnya mencalonkan dirinya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO yang sudah diketahui akan ditandingi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pemilihan UMNO yang lalu. Hanya selepas beberapa ketika baru beliau menarik diri dan mengumumkan bertanding Naib Presiden pula.

Mungkin Zahid mengintai jawatan-jawatan tertinggi negara dan parti untuk dirinya.

Apa pun, sikap dan tingkah laku Zahid dalam UMNO dan kerajaan harus dipantau dari dekat. Jika ada lagi perbuatan-perbuatan yang 'pelik' atau menimbulkan persoalan, maka tidak ada pilihan melainkan Zahid perlu dikawal.

Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Sebelum Zahid Hamidi menjadi kanser kepada parti, beliau perlu diubati. Tanda-tanda awal kanser sudah mula kelihatan dan tidak boleh dipandang enteng.

Selasa, 22 Disember 2009

Zahid tidak layak sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang

Tak ada angin dan tak ada ribut, Dato Zahid Hamidi tiba-tiba berkenan pula jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang. Dia menyuarakan pandangan supaya jawatan itu dikembalikan kepada UMNO. Hairan sekali apa yang tiba-tiba membuat Zahid tidak sedar diri?


Apa langsung sudah jadi Naib Presiden dirinya itu hebat sangat? Memilih calun untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pun salah. Kena serang bertubi-tubi tak pandai jawab. Kempen macam dijalankan oleh budak baru pass SRP. Macam inikah mahu tanggungjawab sebagai Pengerusi BN Negeri.

e-Mel berikut yang tersiar di blog Depakata baik untuk dibaca Zahid agar dia dapat sedar dari halusinasi syok sendiri.

Pengerusi BN yang jugak PM kita dah suruh semua pihak yang terlibat mengenai isu Pengerusi BN Pulau Pinang supaya diam dan tutup mulut anda! Tapi sebabkan isu ni melibatkan negeri kelahiran Tok Mi, Tok Mi nak jugak bukak mulut. Tu yang hantar email kat Jeanbara ni minta tolong disiarkan kat sini.

Bagi Tok Mi yang lahir, membesar dan sampai tua la ni duk kat Pulau Pinang, lebih tau apa sebenarnya yang jadi tang sini. Tok Mi pun keliru bila seorang Naib Presiden UMNO yang dihantar ke Pulau Pinang untuk kuatkan UMNO Penang tapi lain pulak jadinya.

Tahukah Dato Seri Zahid yang kat Penang ni dah takdak sorang pun ketua UMNO Bahagian yang layak mengetuai BN kat negeri ni.

Kira kalau teruk dan tak kalibernya Tan Sri Koh Tsu Koon tu, macam tu jugaklah pemimpin UMNO kat Penang ni wahai Dato Seri Zahid oi.

Kat Penang ni terutamanya area bandar dan belah pulau, kuasa penentu kemenangan calon BN terletak pada bukan Melayu sebab ramai Melayu kat Penang ni Pak Turut saja. Tak kiralah Melayu tu orang UMNO, PKR atau PAS, semua sama saja.

Walaupun Gerakan pegang Pengerusi BN Penang dah berpuluh tahun, depa tak share ka kekayaan tu dengan UMNO Penang? Cuba tengok berapa ramai pemimpin UMNO Penang yang jadi kaya raya serta ada rumah bungalow dan kereta besar kat Penang ni.

Tapi berapa ramai daripada golongan ini yang disukai oleh orang Melayu dan penduduk lain di Penang ni? Jadi, janganlah asyik pentingkan ketuanan Melayu atau duk rasa hebatnya UMNO sebab parti komponen lain tak dak 1 pun kerusi kat DUN Penang ni.

Dalam hal Penang ni, jangan duk cakap pasai ketuanan Melayu, pedih hati Tok Mi dengar.

Cuba fikirkan, dapatkah pemimpin UMNO Penang ni masuk ke kawasan bukan Melayu kat Penang ni? Masa pemerintahan Gerakan pun payah nak masuk, tambah pulak depa dah selesa dengan cara DAP jaga depa la ni.

Biarlah Gerakan cantumkan serpihan-serpihan perjuangan depa kat Penang ni sebab ramai jugak orang yang dah sedar bahawa BN lebih baik daripada DAP cuma KM Penang la ni bijak bermadah berhelah jika nak bandingkan dengan Tan Sri Koh Tsu Koon dulu.

Sebab tu orang Melayu Penang pun duk rasa dia baguih. Cerita dia pi Kampung Melayu pun jadi hebat sebab Tan Sri Koh Tsu Koon tak pernah singgah kat situ. Tengok betapa mudahnya DAP perangkap hati orang Melayu.

Tok Mi harap PM kita dapat melihat apa yang terbaik. Selama ni pun UMNO Penang ni tak kisah pun tentang survival kami kat sini tapi lebih pentingkan projek dan kroni depa saja.

Biarlah depa nak kata Tok Mi ni dengki ka apa. Tapi selagi UMNO Penang takdak calon yang dapat diterima semua bangsa kat Penang ni, buat sajalah kerja anda sebagai pembangkang kat DUN tu. Biar rakyat yang menilai keikhlasan anda sebab bukan kali ni saja UMNO lebih kerusi tapi dah banyak kali.

Yang tak seronok Tok Mi dengar bila ada yang duk sembang kat kedai kopi kata “sebab kuota projek sikit sangat nak share ramai-ramai, tu yang depa nak sangat Pengerusi BN negeri tu. Maklumlah dulu leh kaut projek negeri dan persekutuan tapi la ni tinggal projek persekutuan saja.”

PM kita perlu bijak untuk tangani masalah Penang ni sebab orang Melayu dah jadi minority pun kat belah Pulau ni. Buatlah keputusan bijak seperti pepatah Melayu “hendak tarik rambut daripada tepung, biar rambut jangan putus dan tepung tidak berselerak”

Salam,

Tok Mi Jelutong

Dalam hal ini, lebih yakin dan baik agar Najib yang membuat keputusan.


Kalau diserahkan kepada Zahid, dia akan main hentam keromo. Dia suka cakap main ikut suka. Nama saja ada PhD tapi hanya perangai hasad dengki. Entah-entah dibayar orang untuk tuliskan thesis. Kepandaian yang ada padanya hanya untuk bermain politik mengampu dan menikam belakang, bukannya politik yang sihat dan berisi (content).

Kalau diserahkan Zahid, dia akan bedal orang Pulau Pinang seperti mana dia nyaris-nyaris 'bunuh' budak Amir Bazli. Kalau si Amir Bazli itu jahat pun, tepuk tangan sebelah tidak sampai hajat untuk menjalang. Anak perempuan dia pun sama setan. Nasiblah ada orang berkenan lagi.


Apa pun komentar mahu kata, semua tidak penting dan alasan yang lemah longlai. Isunya adalah antara Zahid dan Amir Bazli dan tidak ada kena mengena lagi dengan anak perempuannya.


Zahid sudah lakukan kesalahan dan dia harus sedia hadapi mahkamah. Biarlah mahkamah tentukan. Apa takut? Bila ramai, baru beranikah? Tak perlu buat mulut bukan-bukan pasal Amir Bazli.


Masuk mahkamah dan bicara saja. Berapa kali mahu lengah-lengahkan mahkamah? Sama macam Anwar Ibrahim.

Isnin, 21 Disember 2009

Kenapa AMK tahu dahulu mengenai kehilangan enjin jet pejuang?

Seorang pemegang jawatan dalam Angkatan Muda Keadilan telah memberitahu blogger-blogger pada minggu lepas ada satu pendedahan akan dibuat berkaitan MINDEF. Akhbar semalam melaporkan kehilangan enjin jet pejuang TUDM pada tahun 2007.

Berita terbaru mengenai peristiwa tersebut melaporkan kenyataan dari Dato Ahmad Zahid Hamidi berikut:


Zahid: Stolen jet engine sold to foreign company

BAGAN DATOH, Dec 19 – The Royal Malaysia Air Force (RMAF) F-5E fighter jet engine missing since 2007 was sold to an international company based in South America, said Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

He said the company was believed to have hired an agent to bring the RM50 million engine out of the country.

“The ministry will take legal action at the international level to charge the company involved.

“Stern action will also be taken against the RMAF personnel involved for betraying the country," he told reporters after launching an environmental programme here today.

Ahmad Zahid confirmed that all documents pertaining to the sale of the engine had been obtained by the police.

“The international company was interested in buying the engine because it was cheap, as it was a spare part categorised as faulty and would have to be repaired,” he said.

Earlier, Zahid said the loss was detected in 2007, and internal investigations were undertaken by Mindef while police also probed the matter.

“The investigations revealed RMAF’s logistics system was foolproof. However, the shady activity might have been carried out staff in the lower rungs in cahoots with outsiders,” he told reporters after launching the Penang and south Kedah territorial army company, here today.

He said as the matter was still under investigation, RMAF could not give detailed information and besides legal issues were also involved.

“Should there have been any accidents involving any of the engines, the whole system will be investigated and this also applies to the disappearance of assets whereby related assets will be investigated,” he said.

Local dailies reported today that police had arrested four individuals, including RMAF officers, in connection with the disappearance of an F-5E fighter jet engine worth about RM50 million from the Matra 1 Warehouse at Sungai Besi Airbase.

The service and maintenance records for the engine was also reported to be missing, and were believed to have been sold to another party in Europe.

Zahid said the armed forces had also reorganised its systems since the loss and more frequent monitoring on procedures, inventory, and control of assets had been put in place.

He added that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was being updated on the progress of the investigations. – Bernama
Berita seperti ini boleh dijangka akan menarik tuduhan dari pelbagai pihak, terutama pembangkang ke arah Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai bertanggungjawab kepada kehilangan ini.

Ada secara terus terang dan ada secara tidak langsung seperti dengan cara menuntut jawapan.

Dari perspektif politik, persoalan yang timbul adalah bagaimana Angkatan Muda Keadilan boleh tahu akan perkara ini sebelum diketahui akhbar?

Bagaimanakah boleh berlaku kebocoran maklumat sedemikian dalam MINDEF? Kenapa kebocoran ini boleh berlaku pada tahun ini? Ianya seolah-olah satu usaha terancang untuk memalukan Najib yang diatur bersama dengan AMK.

Sebelum jawatan Menteri Pertahanan disandang oleh Zahid, jawatan ini dipegang oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Atas permintaan Abdullah dan tanpa restu Najib, Zahid juga telah menawarkan diri untuk bertanding menentang Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan UMNO yang lepas.

Secara kebetulan atau tidak, Zahid dilaporkan oleh beberapa blog sebagai menyatakan akan melobi untuk Khairy Jamaluddin dilantik sekurang-kurangnya jawatan Timbalan Menteri.

Cita-cita Khairy nampaknya tidak terlaksana kerana khabar angin terbaru kencang mengatakan Najib tidak akan melantik Khairy ke kabinet.

Adakah ini balas dendam terhadap Najib dengan mendedahkan sesuatu yang diluar bidang Najib untuk mengawal? Pada zaman pentadbiran Abdullah pun ada berlaku kehilangan jet enjin kapalterbang penumpang di hangar MAS.

Apa sekali pun andaian, Zahid nampaknya tidak cekap menangani keadaan. Ianya seolah-olah Zahid menikam belakang boss. Ia bukan pertama kali Zahid lakukan ke atas ketuanya.

Zahid adalah antara yang paling vokal mahu Rahim Tamby Chik meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO ekoran satu skandal pada tahun awal 90an. Akhirnya Nazri Aziz dinaikkan Pemangku Ketua dan Zahid dinaikkan ke Pemangku Naib Ketua. Kedudukan itu kemudiannya membolehkan diri naik ke jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti berikut.

Semasa memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, dia mengikut arahan Anwar Ibrahim untuk memalukan Perdana Menteri Dr Mahathir dengan sindiran korupsi, kronisma, dan nepotisma. Kemudian rupanya terdedah Zahid pun turut sama mendapat projek pengswastaan kerajaan.

Adakah kali ini giliran Najib untuk ditikam dari belakang oleh Zahid? Jika benar, untuk siapa Zahid lakukan? Anwar Ibrahim atau Abdullah Badawi?

Ahad, 20 Disember 2009

Macam mana enjin jet pejuang F-5E bernilai RM50 juta boleh hilang? (Pembetulan)

The New Straits Times hari ini bertarikh Disember 20hb, 2009 melaporkan berikut:


RM50m jet engine stolen from RMAF base

KUALA LUMPUR: A missing Royal Malaysian Air Force (RMAF) jet fighter engine worth RM50 million is believed to have been sold to a black market buyer in Europe.

The General Electric J85-21A afterburner turbojet engine which served as a powerplant for the single-seater F-5E Tiger 11 and RF-5E Tigereye, went missing from the RMAF airbase in Sungai Besi here late last year during a routine maintenance service.

Both the armed forces and police confirmed the case when contacted by the New Straits Times yesterday.

Federal Commercial Criminal Investigation Department deputy director I Datuk Nooryah Mat Anvar said a joint investigation by the armed forces and police have uncovered the involvement of four locals. Police had questioned all of them.

“The four included the engine buyer, the seller and Royal Malaysian Air Force (RMAF) personnel who assisted in stealing it,” said Nooryah.

Police have submitted their investigation papers on the case to the Attorney-General’s Chambers for further action.

Nooryah said the armed forces had filed a police report in January.

“In the course of our investigation, we worked closely with the armed forces
and RMAF. Many RMAF personnel as well as members of the public were questioned,” she said.

Armed Forces chief Gen Tan Sri Azizan Ariffin said they had turned to the police after their own investigation into the stolen jet engine revealed the involvement of civilians.

Azizan, speaking to the New Straits Times after attending the national-level Maal Hijrah celebration at the Putrajaya International Convention Centre yesterday, said RMAF documents showed that the jet engine should have been stored at the warehouse at the RMAF Sg Besi air base.

Also missing was the jet engine maintenance and service record.

It was learnt that no buyer would take possession of the jet engine without the maintenance and service documents.
Bagaimana boleh jadi begini?

Ketirisan sedemikian boleh berlaku bukan kerana kecuaian sahaja tetapi ada sesuatu komplot yang lebih besar. Adakah kita boleh mengharapkan keselamatan negara kepada angkatan tentera sekiranya ada anasir tidak amanah dan jahat dalam tentera?

Mengapa dan bagaimana perkara ini boleh berlaku? Enjin adalah sesuatu yang besar dan ia hanya boleh hilang dengan penglibatan pihak atasan tentera. Tidak boleh ditolak kemungkinan bahawa ada pihak pengurusan iaitu pihak bukan tentera yang terlibat.

Bagaimana perkara sedemikian tidak berlaku di bawah Menteri Pertahanan lain tetapi ada laporan semasa bawah Dato Zahid Hamidi?

Ini adalah sesuatu yang amat memalukan angkatan tentera dan pihak yang bertanggungjawab harus ada akauntabiliti.

Isnin, 7 Disember 2009

Zahid pentingkan KJ dari Najib?

Tiada rombakan kabinet yang melibatkan menteri. PM pun sudah buat penjelasan semalam. Kalau ada pun mungkin di peringkat timbalan menteri.

Malam tadi jurublog terima sms dari salah seorang ketua pemuda bahagian yang baru saja mengikuti majlis penutup kursus latihan pemuda di Janda Baik.

SMSnya berbunyi begini; (sebiji sepertimana dihantar)

“Ucapan Zahid d Janda Baik semasa menutup kursus pemuda….andai saya dilantik menjadi PM jam 12.50, 12.51 saya lantik KJ sebagai menteri….Oleh yang demikian relakah kita mbiarkan Zahid jadi PM???”
Kalau tak silap jurublog, semasa PRK Dun Permatang Pasir tempohari, DS Zahid pun ada menyebut perkara yang memberi maksud lebih kurang sama.

Manifestasi dari ucapan Zahid, jurublog ambil 2 kesimpulan;

1. Dato Zahid cuba mempertimbangkan kepentingan politik parti, atau pun;
2. Dato Zahid cuba mempertimbangkan kepentingan politik selain dari yang tersebut di atas.
PM Najib memberi alasan tiada rombakan di peringkat menteri kerana tidak mahu menjejaskan tumpuan menteri-menteri yang ada. Lagi pun kabinet yang ada baru berusia 7 bulan, jadi tak sesuai dan pentadbiran tidak akan berkesan kalau barisan kabinet asyik berubah.

Ucapan Zahid ini berlaku sesudah PM Najib mengumumkan tiada rombakan kabinet.

Jadi, apa sebenarnya agenda di sebalik saranan Zahid yang tidak pernah kenal erti jemu mengharapkan KJ dimasukkan dalam jemaah menteri?

Kalau pada pandangan Zahid perlantikan KJ sebagai menteri boleh menambah kekuatan parti, maka bolehkah disimpulkan bahawa PM Najib sudah tersilap perhitungan kerana tidak menamakan KJ sebagai salah seorang jemaah menteri?

Dari segi kepentingan parti, siapakah yang betul dalam soal KJ? Zahid atau PM Najib?

Kenapa bacaan Najib dan bacaan Zahid bertentangan sama sekali?

Lapuran mana yang dibaca Najib dan lapuran mana yang dibaca Zahid sehinggakan tafsiran yang keluar dari ke dua-duanya begitu bercanggah?

Kalau benar tafsiran Zahid yang betul, ini bermakna kerajaan sedang berada di dalam kerugian kerana tidak membawa KJ ke dalam kabinet.

Bagaimana pula kalau keputusan PM Najib yang betul?

Selaku pemegang kuasa prerogative, Najib sudah tentu mempunyai perkiraan yang sudah semestinya bertujuan untuk memulihkan sokongan terhadap parti dan kerajaan pimpinannya.

Selama ini Zahid memang sudah maklum tentang gaya pimpinan Najib kerana pernah jadi Supol dan Ketua Penerangan sewaktu Najib jadi menteri dan ketua pemuda.

Tapi dalam soal KJ ni nampak Zahid seolah-olah tidak memahami pulak bacaan politik bos yang mana jika tidak kerananya, kerjaya politik Zahid tak tau ada ditahap mana sekarang ni.

Dari bacaan politik jurublog, jurublog rasa Zahid ni memang ada agenda yang selain dari ‘demi kepentingan parti’.

Pertamanya, mungkin untuk buat ‘booking awal’ sokongan pemuda jika dia ada menyimpan cita-cita untuk jadi Timbalan kepada Najib.

Keduanya, mungkin hati masih sakit dengan mantan PM yang pernah mencacatkan kerjaya politiknya satu ketika dulu. Sedikit sebanyak mungkin jugak dia ‘semak mata’ bila masih ada waris peninggalan Tun Mahathir dalam kabinet Najib. Manalah tahu kot-kot waris peninggalan Tun Mahathir ni boleh menjadi penghalang kepada cita-cita besar Zahid pada masa depan.

Jurublog rasa Zahid perlu lebih bijak sedikit dari tahap kebijaksanaan yang dia miliki sekarang ni.

Dia perlu membuat kajian kes;

1. Adakah lebih berbaloi dia mengambil langkah mengikut arus perdana yang sedang cuba dilakukan oleh Najib untuk memulihkan sokongan terhadap parti, atau pun;
2. Mengambil langkah memperjuangkan KJ supaya diberi segala senapang, peluru berpandu dan pesawat Sukhoi, dengan harapan KJ akan mempergunakan semua peralatan dan senjata canggih ini untuk membantu Zahid mencapai cita-cita yang selain dari untuk kepentingan parti.
Pandai-pandailah Zahid memilih juruterbang yang amanah untuk mengendalikan pesawat Sukhoi ni. Jangan nanti terpilih juruterbang yang menjahanamkan kubu pertahanan sendiri.

Dato Zahid perlu ingat… kubu pertahan tu bukan milik peribadi tapi ia adalah milik seluruh bangsa melayu bernaung….

Sumber: Blog Kepal Nasi Kepal Beras