Zahid patut digugur kerana dedah rahsia kebocoran maklumat pertahanan!

Utusan Malaysia semalam melaporkan Zahid Hamidi membuat kenyataan bahawa ada kedutaan asing telah mengintip maklumat sulit negara dan dibantu oleh orang 'dalam' Kementeriaan Pertahanan.

Zahid membuat kenyataan bodoh yang menyerupai kenyataan mengenai kehilangan enjin jet yang sudah jadi scrap metal dan dibeli second hand pada tahun 1972 pada harga US$2 juta dahulu.

Pendedahan seperti ini tidak perlu dilakukan langsung kerana ia mendedahkan kelemahan dalam pertahanan negara. Hal ini sepatutnya hanya dibawa ke pihak teratas dan satu tindakan segera dan deras saja dilakukan. Urusan pertahanan tidak perlu dibuat kenyataan untuk pengetahuan awam.

Tidakkah Zahid faham sesuatu yang asas seperti ini? Adakah Zahid cuba untuk ambil kredit dalam membuat pendedahan sedemikian?

Sepatutnya dia ada otak untuk faham bahawa orang tidak sedar peranan Kementeriaan Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri bila negara aman tapi hanya sedar bila negara tidak aman untuk mereka dipersalahkan?

Kemungkinan besar Zahid cuba memburukkan nama Perdana Menteri dengan memberi modal kepada pembangkang untuk menjadikan bahan jenaka mempermainkan PM?

Baca laporan Utusan Malaysia berikut:

Kedutaan asing intip maklumat sulit negara – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat kedutaan asing di negara ini yang menggunakan Atase Pertahanan mereka bagi mengintip maklumat sulit negara terutamanya berhubung soal ketenteraan.

Menurutnya, kerajaan mempunyai bukti bahawa ‘kerja jahat’ itu turut dibantu oleh ‘orang dalam’ yang merupakan kakitangan Kementerian Pertahanan dan segelintir pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita mempunyai maklumat bahawa kedutaan asing menggunakan Atase Pertahanan mereka dengan dibantu orang dalam untuk mendapatkan maklumat sulit negara yang mungkin dibayar dan pihak kami telah kenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

“Saya akan jelaskan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang perkara ini sebelum tindakan susulan diambil dan maklumat terperinci mengenainya didedahkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah; Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifeli Mohd. Zin.
Jika dia mahu jelaskan kepada Perdana Menteri, lakukan saja dan tidak perlu didedahkan maklumat sensitif seperti ini. Perkara ini adalah rahsia yang tidak perlu didedahkan keapda awam.

Mendedahkan kelemahan pertahanan adalah tindakan sengaja membocorkan maklumat yang perlu dirahsiakan dari pengetahun umum dan lawan.

Sebenarnya ramai mengetahui banyak rahsia kerajaan termasuk rahsia pertahanan telah bocor kepada Kalimullah dan Brendan Pereira semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mana berserta Anwar Ibrahim adalah boss sebenar Zahid. Kalimullah dan Brendan Pereira adalah sebahagain dari risikan Singapura yang berselindung di bawah Straits Times (SIngapore).

Datuk Najib harus melakukan sesuatu yang drastik terhadap Zahid yang nampaknya tidak ada kebolehan budibicara dalam tugas.

Zahid patut dipecat kerana mendedahkan rahsia kerajaan dan sengaja memalukan Perdana Menteri!