Apa Motif Sebenar Zahid Hamidi?

Oleh DukeofUMNO, MyKMU

Ketika saya dan rakan-rakan sedang memikirkan dan membuat perbandingan tentang hala tuju politik dan kementerian-kementerian kerajaan, kami secara langsung tertarik kepada sebuah kementerian yang penting dan amat popular iaitu Kementerian Pertahanan, yang diketuai oleh Dato' Seri Zahid Hamidi, merangkap Naib Presiden UMNO.

Sememangnya Kementerian ini menimbulkan banyak konstroversi sejak Zahid Hamidi memegang portfolio tersebut.

Mengapakah sebuah kementerian yang berprofil tinggi seperti ini penuh dengan konstroversi, sedangkan perkara ini jarang-jarang berlaku ketika Kementerian Pertahanan dibawah kepimpinan Menteri-Menteri sebelumnya?

Apakah motif Zahid? Apakah beliau cuba mencari "publisiti"? Atau cuba mencari "salah" kementeriannya? Atau "ada udang di sebalik batu" yang seakan-akan bertujuan menuding jari kepada bekas Menteri Pertahanan sebelumnya?

Seorang rakan saya menyatakan isu yang pertama iaitu "isu injin kapal terbang yang hilang" dan telah mencetuskan konstroversi sebelum ini.

Musykilnya, mengapakah AMK merupakan "pencetus" kepada isu ini? Mengapakah AMK yang pertama dapat menghidu perkara ini?

Apa pula reaksi Zahid? Mengapa pula pada mulanya Zahid menerangkan bahawa injin yang hilang itu bernilai RM50 juta dan 19 hari kemudian membetulkan nilai injin tersebut dengan harga RM8.5 juta sehingga RM20 juta?

Bukankah Zahid mempunyai siasatan dalaman yang mampu memberitahu nilai sebenar injin yang hilang itu? Jika tidak pun, mengapa Zahid boleh mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan sama ada fakta itu betul atau tidak?

Apakah Zahid sebagai Menteri Pertahanan Malaysia tidak bercakap menggunakan fakta? Atau apakah Zahid seronok melihat Najib diburuk-burukkan di mata rakyat sebagai "bekas menteri pertahanan" sebelumnya?

Seorang lagi rakan saya mempersoalkan Zahid memberikan alasan kesilapan faktanya menilai harga terkini injin jet F5-E tersebut dengan nilai RM50 juta. Memanglah harga injin jet F5-E yang terkini berharga RM50 juta kerana injin tersebut telah di"up-graded" untuk memintas pesawat pejuang!

Tapi, sebagai Menteri Pertahanan, takkanlah Zahid tak tahu bahawa injin dan pesawat itu dibeli pada 1972 iaitu lebih dari 30 tahun lepas dan hanya digunakan sebagai pesawat peninjau dan risikan maklumat?

Lebih tepat lagi, pesawat F5-E 1972 tersebut hanya digunakan untuk "mengambil gambar" sahaja, berbanding F5-E milik Singapura yang di"up-graded" dengan peralatan canggih yang terkini untuk memintas pesawat pejuang!

Mengapa Zahid merujuk kepada pesawat Singapura? Takkan sebagai Menteri Pertahanan, Zahid tidak pendapat laporan penuh sebelum membuat kenyataan? Atau Zahid "sengaja" bertindak demikian, bagaikan "ada udang disebalik batu"?

Kemudian, saya bertanya seorang rakan yang bekerja di Kementerian Pertahanan (Kementah).

"Bro, apa cerita Zahid dedah rahsia ketenteraan bocor oleh perisik tentera?". Rakan saya tersengih.

"Apa ke bangangnya si Zahid mendedahkan isu tu?".

Jika difikirkan, apakah Zahid tahu tentang tugas seorang "atase ketenteraan" di sesebuah negara? "it's an open secret"!

Malah US juga mengalami masalah sebegini dimana ramai CIA yang men"jual" maklumat kepada negara lain seperti Iran dan sebagainya.

Perkara ini bukanlah perkara biasa, namun adalah "bodoh" untuk mendedahkan perkara kebocoran maklumat ini di khalayak ramai seperti di "perhimpunan bulanan". Perkara ini akan mendedahkan "kelemahan" risikan negara dan sepatutnya dibicarakan dalam keadaan tertutup, seterusnya mencari jalan untuk membendung perkara ini!

Apakah motif Zahid kali ini? "Ada udang di sebalik batu" lagikah terhadap "bekas Menteri Pertahanan" terdahulu?

Atau "sengaja" mempamerkan "kebodohannya" sebagai Menteri Pertahanan sekaligus memburukkan pihak kerajaan yang dipimpin oleh "mantan Menteri Pertahanan" sebelumnya?

Kemudian, isu MiG yang mahu di"lupus"kan. Zahid membuat kenyataan akhbar untuk melupuskan pesawat MiG dengan alasan "maintenance" yang tinggi dan kerosakan akibat landasan yang tidak rata. Apa punya kelakar punya "decision"!

Pesawat MiG negara lain rosak disebabkan perang dan kegunaan ketenteraan, tapi Zahid dedahkan pesawat MiG Malaysia rosak pasal "landasan kepal terbang"!

Bila ditanya apakah Najib maklum tentang perkara ini, Zahid selamba menjawab bahawa beliau akan dimaklumkan kemudian. Apa punya "statement" dari Menteri Pertahanan ni? Nak "attack" Najib terang-terang, tapi takut!

Mangsanya ialah MiG yang masih boleh berkhidmat untuk negara. Ingat jet-jet tu berharga RM2.50 ke? Nasib baik Tun M bidas isu ini dan Najib menyatakan bahawa tiada rancangan pun untuk menamatkan khidmat MiG di Malaysia. "Lebih sudu dari kuah". Nak "tikam" boss nampak??? "Ada udang di sebalik batu" ke?

Suasana makin "panas" bila kami masuk ke isu "kerosakan kapal selam". Nampak sangat Zahid nak suruh rakyat marahkan "bekas Menteri Pertahanan". Kapal selam tu rosak ketika dalam "tempoh percubaan".

Takkan itu pun Zahid tak faham dan tak reti nak "explain" pada rakyat? Zahid beri kenyataan mengesahkan kerosakan kapal selam, dah tentulah rakyat akan marah pada "bekas Menteri Pertahanan" yang buat "purchase". Harga ratusan juta, sekali rosak? Pasti rakyat "menuding jari" pada Najib!

Padahal, kapal selam itu telah siap dan tengah dalam proses "pre-delivery inspection", yang mana lebih sesuai disebut sebagai "di dalam tempoh percubaan".

Bagi kami, sebaiknya kapal selam itu di"inspect" oleh pakar-pakar QC sebelum habis tempoh "warranty". Kalau ada rosak kat mana-mana tempat, lebih elok!

Yang pertamanya kita dapat "parts" baru! Yang keduanya, kita tahu "parts" mana yang rosak. Yang ketiganya, kita akan dapat kapal selam yang betul-betul boleh beroperasi, boleh tenggelam, boleh timbul, boleh itu, boleh ini.

Kita akan dapat "detect" semua "defects" yang ada pada kapal selam tu. Semuanya "claim warranty", tak payah keluar satu sen pun! Mujurlah dapat "detect" awal, kalau habis "warranty" camana? Rugilah kerajaan!

Yang si Zahid pula keluarkan "statement" kapal selam rosak tu apahal? Apa motif? Nak "spin" kepala rakyat la tu? Tak ubah macam perangai Anwar laaaa....

Pada akhir perbincangan kami, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berhati-hati dengan Dato' Zahid Hamidi. Bukan kami tak suka atau benci, tapi nampaknya kami kenalah berhati-hati dengan "spesis yang suka tikam dari belakang" macam Anwar. Buruk padahnya. Silap-silap masuk penjara Sungai Buloh!

Pada fikiran saya, saya terpaksa menulis perkara ini untuk mempersoalkan "apakah motif Zahid berkelakuan sebegini dan apakah "ada udang di sebalik batu?". Lagipun, ketika rakyat tahu tentang KJ dan agendanya, mengapa pula Zahid bermatian akan "melantik KJ jadi menteri jika Zahid jadi PM"?

Apa motifnya? Siapa "mentor" Zahid dan KJ? Bukankah kerana "mentor" itu, Zahid letak jawatan Ketua Pemuda Malaysia, dan KJ hantar "passport by hand"!

P/S: Kalau mahu komen anda disiarkan, sila beri komen yang isikandung bukan seperti budak Bagan Datok yang tak pass SRP atau Menteri dari Bagan Datok yang dapat Phd Mass Comm dibayar yang keluarkan kenyataan serupa budak gagal SRP.