Rabu, 23 Jun 2010

Zahid sikaki tikam belakang tegur mengenai amalan politik sate?

Kami terbaca tulisan Malaysia Instinct yang bertajuk Ada Tukang Cucuk Daging, Ada Tukang Bakar dan Paling Jahat Tukang Kipas.

Baca berikut ini dahulu:

Kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai amalan politik sate di kalangan pendokong parti itu patut mendapat perhatian serius semua pihak termasuk pemimpin dan mereka yang dipimpin dalam parti berkenaan.

Sebenarnya amalan memburuk- burukkan pemimpin dalam parti UMNO sememangnya sudah berlaku beberapa tahun lalu tetapi tidak ramai yang ingin mengambil tahu. Pemimpin yang benar-benar bekerja untuk parti dan rakyat negara ini sering menjadi mangsa fitnah dan berjaya ditumbangkan dalam pemilihan pemimpin parti bila tiba masanya.

Sesetengah ahli UMNO menganggap amalan dan budaya itu sudah sebati dan diterima pakai kebanyakan ahli parti.

Ketika perpecahan orang Melayu dalam arena politik yang semakin meruncing di negara ini, saya menganggap kenyataan Ahmad Zahid harus diambil perhatian sebelum nasi menjadi bubur.

Orang Melayu perlu bersatu, rasional dan tidak sentiasa melayani emosi negatif agar pencapaian pemimpin UMNO dalam Pilihan Raya Ke-13 nanti disegani masyarakat Malaysia.

Saya bersetuju agar ahli UMNO berhenti mengamalkan budaya ‘politik sate’ yang berleluasa dalam parti itu kerana ia boleh menyemai perasaan benci di kalangan mereka sehingga menimbulkan perpecahan.

Sebarang perselisihan pendapat seharusnya diselesaikan segera supaya tidak berlarutan sehingga ke satu peringkat yang tidak boleh diselamatkan lagi.

Kita tidak boleh amalkan politik sate kerana unsur sate yang mungkin ada dalam parti UMNO pada masa kini boleh merosakkan kehidupan orang Melayu.

Memang benar dalam proses membuat sate ada tukang cucuk daging, ada tukang bakar dan paling jahat tukang kipas kerana dia akan bakar daging untuk orang lain makan.

Oleh itu ahli yang menjadi seperti tukang kipas dan tukang cucuk dalam UMNO adalah petualang parti yang mesti diketepikan sepanjang masa.

Nasihat Ahmad Zahid agar ahli UMNO tidak menyuarakan rasa kurang puas hati terhadap pemimpin secara terbuka kerana ia boleh dijadikan modal pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan parti memang ada kebenarannya.

Saya ingin mencadangkan supaya UMNO mengaktifkan Biro Pengaduan Awamnya di setiap bahagian agar semua perasaan tidak puas hati diluahkan di situ.

Semua aduan hendaklah dilayan secara profesional dan ada pegawai berpengalaman mengendalikannya.

Banyak masalah dan isu boleh ditangani dengan lebih berkesan sekiranya biro ini diuruskan dengan baik dan teratur.

Pemimpin bertanggungjawab di peringkat bahagian hendaklah mengkaji dan meneliti aduan ahli UMNO sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

Semua tindakan pula hendaklah dimaklumkan semula kepada pengadu dalam tempoh yang singkat iaitu tiga hingga lima hari pada tarikh aduan diterima.
Memang anih artikel ini. Macam bagus saja bunyi. Apa yang sebenarnya berlaku adalah Zahid sedang kepanasan dan risau dengan kedudkan politiknya.

Sebelum Mesyuarat Bahagian Bagan Datoh hari minggu lepas yang dirasmikan, Zahid sering dikritik Malaysia Instinct. Tiba-tiba kata-kata Zahid diterima seolah-olah ianya suatu nasihat yang bernas dan berisi.

Sebenarnya, pandangan Zahid itu menyembunyikan masaalah dirinya yang sudah hilang populariti di kalangan bloger-bloger pro-UMNO. Dia dilihat sedang memberi umpan untuk pembangkang menembak Najib dalam isu-isu pertahanan. Nampak sangat dia menunjukkan dirinya tidak cekap dalam portfolio yang diberi kepadanya.

Selain itu, Zahid juga menyembunyi pelbagai salahlaku. Yang kita tahu adalah Zahid sedang cuba untuk melengahkan proses kes saman terhadapnya dengan membuat rayuan demi rayuan ala Anwar Ibrahim.

Pada tarikh mahkamah terbaru pada Jun 14hb, difahami Zahid masih cuba merayu ke Mahkamah Rayuan untuk mengenepikan saman Amir Bazli. Ini bakal berlanjutan ke Mahkamah Persekutuan dan dijangka memakan masa dua bulan. Dalam bulan Ogos kita tahulah apa perkembangan.

Dalam bab-bab menyamun, ada banyak cerita yang ingin kami kongsi. Zahid bukan saja tamak nak menyamun di Kementah tapi Tabung Haji dan JAKIM pun dia mahu.

Sampaikan dia mengarahkan Dato Jamil Khir usah membatalkan projek-projek yang telah diusahakanya. Kata-kata Naib Presiden tertinggi undi tidak boleh diketepikan begitu oleh Jamil. Apa yang boleh difahamkan dari itu adalah Zahid dah ambil wang pendahuluan komisyen dari projek-projek tersebut.

Dalam Kementah pun ada cerita banyak mengenai rancangan untuk menyamun dan salahguna kuasa. KSU sudah dapat ditukar dan Zahid akan bermaharajalela.

Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datoh pun ada cerita disebaliknya. Zahid sedang berhadapan dengan masaalah di kawasannya sendiri. Orang di bawah sudah menyampah dengan politik Zahid. Jangan hairan Zahid boleh kalah di Parlimen Bagan Datoh.

Satu perkara yang membuat orang ramai menyampah dengan Zahid adalah politik tikam belakang yang diamalkan tapi dia bermuka-muka seperti dirinya bersih dengan menyalahkan orang lain. Ini politik ala Anwar Ibrahim.

Zahid tidak boleh uruskan UMNO Pulau Pinang hingga kalah teruk di Permatang Pasir akibat dia salahpilih calun tapi dia pula nak menyibuk di Perak. Dia mahu melebihi Ketua Perhubungan, Dato Dr Zambery.

Zahid adalah dalang yang sedang memecahbelahkan UMNO Perak untuk melemahkan sokongan kepada Zambery. Zahid tidak malu pula untuk bercakap mengenai pihak-pihak lain yang memecahbelah parti padahal dia adalah pesalah utama.

Bukannya dia peduli masaalah yang dia timbulkan akan menyusahkan UMNO dan BN untuk hadapi pilihanraya akan datang.

Tunggulah kami akan dedahkan satu persatu pelbagai salahlaku mutakhir Zahid si Munafiq.

Rabu, 16 Jun 2010

Mungkinkah Zahid empunya rumah £8.5 juta di Holland Park London?


Khabar angin yang dimulakan blog Another Brick in the Wall pada Sabtu lalu kini sedang merebak. Pelbagai pihak tertanya-tanya siapa gerangan empunya rumah bernilai £8.5 juta atau bersamaan RM41 juta di kawasan ekslusif berdekatan Holland Park, London.

Dua komen timbul di blog Rocky Bru yang menyebut nama Zahid Hamidi. Percayalah, kedua-dua komen itu bukan kami yang letak.

Komentar pertama berbunyi:
Anonymous said...

Ini rumah Zahid Hamidi. Semua org tau. Rumah ini di'hadiah'kan kpd Zahid Hamidi sebagai balasan utk rm400 juta kontrek pertahanan. Semua org tau. Rasanya PM pun tau, tapi buat tak tau, sebab Zahid seketika dahulu mengkhianati Anwar Ibrahim, dgn memberitau Najib rancangan menggulingkan Dr Mahatir. Zahid, masok ISA cuma utk menutup mata org aje. Betul tak, Zahid Hamidi? Aku kawon kao Zahid, dari dulu lagi banyak kao bgtau demo, tpi mu diaom aje. Nok hianot Anwar, demo tke kisoh, nok hianot Negara, kenalah dedah muka hang sebenor.

3:13 PM
Komentar kedua berbunyi:
Anonymous said...

Bro,

When Zahid Hamidi was just a Pol Sec (time of Anwar) he once DECLARED his assets RM200 Million. The question is why Dr Mahathir still kept him. Zahid Hamidi is Anwar's 'Trojan Horse' - until today. The question is why does Najib still keep him in Cabinet? Is it because Najib has a bigger house in London?

Why is Zahid Hamidi buying such a big house in London? Kalimullah has a big house there. People say Nor Mohd Yakop has built a house in India. They are all building houses because they are afraid that the BN might collapse in 2013.

If the BN loses, these people will leave the country in a hurry.

Zahid Hamidi bought military vehicles for RM2.0 billion. He is buying three ships for RM2.2 billion. Mesti ada commission. Buying a RM40.0 million house is chicken feed.

And this is Najib's Cabinet?

Hj Hoe.

7:00 PM
Betulkah apa yang dikatakan komentar? Kami tidak tahu.

Kalau sesiapa orang Malaysia yang berada di London sekarang, harap boleh tolong selidik-selidikkan.

Rabu, 9 Jun 2010

Eh ...belum muktamad? Siapa punya agaknya?


Kontrak Penyelenggaraan Dua Kapal Selam Belum Dimuktamadkan: Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara jenis Scorpene masih belum dimuktamadkan, demikian Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan kini sedang berunding dengan syarikat bagi mendapatkan tawaran dan harga yang terbaik serta menguntungkan kerajaan.

"Isu mengenai syarikat DCNS (Perancis) menawarkan 6 juta atau RM30 juta kepada Boustead Naval Corporation Sdn Bhd selama tiga tahun adalah merupakan satu tohmahan dan fakta ini adalah tidak berasas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung ucapan penangguhan oleh Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan itu.

Ahmad Zahid turut menafikan dakwaan Tian Chua bahawa kapal selam dilengkapi sistem keselamatan navigasi, sistem tempur, sensor dan simulator periskop.

"Kontrak pembekalan dan penyampaian sistem navigasi, sistem tempur, sensor, simulator periskop dan perkhidmatan berkaitan bagi kapal selam itu bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (LTDM) bernilai RM128.5 juta.

"Perjanjian itu ditandatangani semasa Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 adalah bagi perolehan simulator untuk tujuan latihan krew kapal selam itu,” katanya,.

"Simulator ini tidak dibina di dalam kapal selam dan hanya dipasang di dalam bilik latihan,” katanya.

Tian Chua dalam ucapannya mendakwa bahawa kos penyelenggaraan kedua-dua kapal selam itu adalah berjumlah RM270 juta setahun serta dakwaan bahawa DCNS telah menandatangani kontrak bernilai RM128.5 juta atau 27 juta bagi peralatan sistem keselamatan navigasi, sistem tempur, sensor dan simulator periskop.

Komentar: Takkanlah orang beli perkakasan militeri tanpa mengetahui kos penyelanggaraan? Masa submarine dah operational sekarang baru nak berunding mengenai penyelenggaraan submarine?

Gila ke? Ini mesti nak menyamun untuk kensel kontrak yang ada.

Baca Pure Shiite sini tentang betapa cekapnya Zahid sebagai Menteri Pertahanan.

Zahid ini betul-betul macam Musa Hitam. Hanya politik berpura-pura di hadapan dan bertikam menikam dari belakang. Kerja tak tahu apa.

Rabu, 2 Jun 2010

Errata: Tarikh bicara pada Jun 14-20

Kami merujuk pada petikan berikut dari artikel sini:
Dia telah menunda mahkamah lagi lama dari pasukan peguam anwar tundakan mahkamah. Sebelum keputusan baru-baru ini, Zahid berupaya menghilangkan file hingga dapat tunda sampai 6 bulan. Peguam Zahid dapat mengalahtunda Karpal Singh yang kini digelar peguam tunda.

Takpalah kerana setelah percubaan demi percubaan untuk buang kes, Zahid kena mengadap Mahkamah Tinggi pada Jun 4-10. Dia tidak boleh lari lagi. Wartawan usah malu untuk datang membuat liputan.

Atas asas ini, Zahid perlu bercuti untuk menghadap kes ini dan tidak patut menyambung kerjanya sebagai Menteri. Bukankah itu yang dituntut terhadap Menteri Besar Selangor dalam kes pasir?
Mohon maaf di atas kesalahan tarikh perbicaraan. Zahid Hamidi akan dibicarakan pada Jun 14-20.

Harap tidak ada lagi penangguhan kerana peguam Zahid lebih handal menunda tarikh mahkamah dari peguam Anwar, Karpal Singh yang digelar orang ramai sebagai peguam tunda.

Secara kebetulan Amir Bazli menggunakan Karpal Singh sebagai peguam kerana dia saja sedia mewakili Amir tanpa apa-apa bayaran. Tidak dapat dipasti kenapa, kebanyakkan peguam takut untuk ambil kes Amir Bazli.

Mungkinkah kerana peguam-peguam takut diugut dan dikasari oleh Zahid Hamidi atau gangster bayarannya? Salah seorang menantu Zahid adalah anak gangster Klang arwah Zakaria Derus.