Berani kerana benar, Sembunyi dari dicedera gangster

Membaca beberapa komentar yang kami saja lepaskan di sini begitu menggelikan hati. Mereka mempertahankan Zahid Hamidi dengan hujah-hujah lapok ketinggalan zaman ala mentaliti dunia ketiga.

Hujah pertama mengatakan kami tidak mengenali Zahid. Berapa tahun kamu mengenali Zahid, kami tanya balik? Ingatkah kamu semasa Zahid ada begitu banyak kereta bernombor 38?

Sejauh mana dan mendalam keperibadiaan Zahid yang kamu faham? Tahukah mereka macam mana Zahid mencantas sesiapa yang bersaing dengannya dalam pejabat? Caranya dengan gelak-gelak.

Mereka bertanya apa kami rasa kalau kami berada dalam keadaan Zahid. Biar kami jawab dengan mudah. Kami tidak akan berada dalam keadaan seperti Zahid kerana sifat, perangai dan tingkah laku kami tidak seperti Zahid. Muga Allah lindungi kami supaya sentiasa menyedari tingkah laku kami.

Perlukah kami hurai dan perincikan lagi kenyataan itu untuk mentaliti dunia ketiga yang susah nak faham sesuatu ide moden seperti ketanggungjawaban, prinsip dan bedal orang itu salah.

Satu lagilah, nak hentam orang biarlah orang boleh baca apa yang kamu tuliskan. Setiap perkataan mempunyai hurup-hurup besar atau kecil, kosong antara perkataan, perenggan untuk lain-lain isi, dll. Lulus darjah berapa di sekolah dahulu?

Komentar kedua adalah yang mentaliti kutu berahak duduk tepi jalan buang masa main gitar di waktu senja. Berikut komennya sepenuhnya:

lu orang cakap mcm lu orang ni pandai sangat je pasal politik ni, yg mmg lu dengki sama zahid ni..lu mmg baguslah..rajin gila lu bagi zahid ni naikkan publisiti, lu cerita mcm ni pun bukan ada kesan pun bro, makin popular dia lu tau tak..bagus lu, gua respect dgn niat baik lu dalam menaikkan nama zahid jadi popular, dah lama gua tak baca hal zahid, tiba2 lu kuarkan pulak, baguslah lu.

Adik jauhi najis dadah ya ... Kalau penulis ini bodoh sekali pun, hujah dan maklumat yang penulis tulis boleh dinafikan dengan hujah. Hujah apa yang boleh pembaca guna untuk sangkal tulisan-tulisan di sini.

Boleh pakailkah hujah "mcm lu orang ni pandai sangat je pasal politik ni"? Bolehkah teryakinkah mereka yang membaca "lu dengki sama zahid" melainkan kalau mereka menghadapi krisis nilai akibat terbelenggu dalam kultur ala feudal lapuk?

Komentar mbah berhujah kalau Zahid gila kuasa, sudah lama Malaysia dipimpin tentera. Alahai Mat ini sorang.

Apa langsung tentera memerintah, Zahid jadi Perdana Menteri? Dia adalah sebahagian dari pemerintahan sivilian, buat apa tentera ambil dia jadi Perdana Menteri? Mestilah tentera letak tentera.

Cakap untuk sembang kedai kopi bolehlah, tapi ingat senang nak buat rampasan kuasa tentera? Adakah tentera kita berupaya lakukan sedemikian? Habis tumpas situ saja hujah angan-angan Mat Jenin.

Buat komentar mbah, biar diperingatkan bahawa sekiranya Zahid benar ada niat untuk lakukan sedemikian, fikirkan baik-baik. Kalau ditangkap dan sahih, dia boleh dihukum mati atas kesalahan treason (pembelotan) kepada kerajaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DIpertuan Agong kerana mahu menjatuhkan kerajaan yang dipilih dengan sah mengikut Perlembagaan.

Dalam hal Zahid mencederakan Amir Bazli, sudah sampai bosan kami nak siarkan hujah-hujah mereka yang menyokong Zahid.

Zahid sudah belasah seseorang hingga cedera teruk. Pihak yang dicederakan sudah bawa kes ini ke Mahkamah. Pihak Mahkamah sudah terima untuk diadili. Zahid sedang cuba untuk buang kes. Tidak lihat dia akan berjaya dan sebulan dua ini. Bicara yang dielaknya akan bermula. Terpulang kepada Mahkamah dan proses untuk tentukan salah betulnya Zahid.

Tak payah lagi hujah bodoh nak pertahankan Zahid? Tak payah dan tak guna hujah-hujah konon ugama atau pandangan syariah. Kalau setakat standard demikian yang berhujah, memalukan Zahid saja.

Ini terpulang untuk mahkamah adili mengikut peruntukan undang-undang yang ada. Undang-undang adalah undang-undang. Tak guna cerita dah.

Harapnya semua komentar ini bukan penyokong Zahid kerana ia hanya memberi gambaran mentaliti cetek dan peringkat keintelektualan yang surut sekali antara peminat dan penyokong Zahid. Pendik kata, jelas bodoh-bodoh belaka ... sama macam Zahid yang sentiasa gabra dan gopoh menjawab soalan Parlimen setiap kali Parlimen mulakan sesi.

Untuk komentar buat serangan peribadi, kamu tidak kenal penulis. Kamu tidak tahu umur, pengalaman, rangkaian kenalan, dan kuasa yang ada pada penulis. Itu yang penulis perlu berahsia identiti supaya fokus adalah terhadap apa yang diperkatakan dan bukan keperibadiaan penulis.

Ingat ya, setiap yang penulis tulis, lebih dari itu yang penulis tahu mengenai Zahid. Ramai pihak baru hendak syaki Zahid, tapi kami sudah tulis lama.

Perpatah Melayu ada kata berani kerana benar. Walaupun ianya tidak sesuai untuk penulis yang identiti berahsia, ianya sesuai untuk Zahid. Kalau dia tidak bersalah dan berani kerana benar, kenapa dia sibuk sana sini bertanya-tanya siapa penulis ini? Kalau ada otak, guna satu saloran saja. Buat sampai guna macam-macam orang? Ada pula memberitahu melalui e-mail.

Satu lagi, kalau Zahid ini berani kerana benar, kenapa asal orang kritikal terhadapnya mesti perlu sampai ugut-ugut? Ingat pesan penulis, setiap yang penulis tulis, lebih dari itu yang kita tahu.

Kami "Berani kerana benar, Sembunyi dari dicedera gangster."

Zahid gila kuasa yang tidak tahu kerja


Penang tidak terpimpin, tapi mahu sibuk hal Perak

Di kala UMNO perlu berubah dan bersatu untuk menghadapi cabaran yang lebih getir, Zahid Hamidi mengambil peluang dari keadaan hanya untuk bermain politik untuk kepentingan dirinya.

Sudahlah keupayaan inteleknya kurang. Setiap kali Parlimen bermula, mesti ada soalan berhubung pertahanan dan ketika itu, dia mesti terkedek-kedek macam itek kerana tidak tahu nak jawab soalan.

Bila dijawab soalan, ianya seperti mahu mengenakan Najib.

Bila dia tersalah jawab, dia talipon kawan-kawan dan merekacipta pelbagai tuduhan untuk mengatakan Najib suruh dia jawab. Sebenarnya dia yang salah jawab.

Oleh kerana dia dipilih sebagai Naib Presiden, pandai ke bodoh si Zahid ini, Najib terpaksa berinya peranan. Maka diletakkan sebagai Ketua Perhubungan Negeri Pulau Pinang. Cabarannya kecil sebagai negeri kecil, tetapi mempunyai cabaran baru untuk perlu memenangi kembali.

Itu pun tidak boleh dilakukan.

Semasa PRK Permatang Pasir, Zahid pilih calun yang ada masaalah profesyenal dan peribadi. Ini semua sebab Zahid degil dan hanya mengharap kepada satu sumber maklumat. Akhirnya kempen menjadi susah dan kalah teruk. Hilang momentum Manek Urai.

Persediaan UMNO di Pulau Pinang agak lembab. Semua menungggu apa perancangan Zahid. Orang bawah semua tak boleh gerak pasal Zahid serupa tidak tahu nak buat apa. Dia macam tak ada rancangan.

Macam-macam isu yang dijana oleh orang ramai dan blogger tapi suara Zahid sebagai Ketua Perhubungan Negeri tidak kedengaran langsung.


UMNO Pulau PInang seolah-olah diam kaku melihat penganiayaan DAP terhadap orang Melayu. Pelbagai perkara boleh dijadikan isu tapi Zahid terus membisu.

Masaalah di Bahagian pun Zahid tidak dapat selesai. Seperti di Jelutong terbaru ini:


17 cawangan Umno Jelutong desak Zahid selesai isu dalaman

GEORGETOWN: Lebih 4,000 anggota daripada 17 cawangan UMNO dalam Bahagian Jelutong hari ini mendesak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyelesaikan segera krisis dalaman yang dihadapi bahagian itu sejak tiga tahun lalu.

Wakil ketua UMNO cawangan yang "tergantung" itu, Abdul Wahab Abdullah, berkata Zahid perlu berjumpa dengan semua ketua dan jawatankuasa 17 cawangan terbabit supaya krisis itu tidak berlarutan dan menjejaskan persiapan pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Kami daripada 17 cawangan UMNO ini masih lagi sayangkan parti dan masih berdiri teguh di belakang UMNO, jadi janganlah biarkan kami meningggalkan UMNO hanya kerana tiada apa yang boleh dibincangkan lagi," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, semua 17 cawangan UMNO itu kesal dengan tindakan kepimpinan Bahagian Jelutong dan Badan Perhubungan Negeri yang menfitnah kononnya status cawangan mereka tidak sah atas alasan mempunyai ahli hantu.

"Sehingga tahun ini, kami tidak menerima apa-apa surat yang menyatakan status kami tidak sah atau digantung ataupun ditangguh dan oleh itu apa yang kami lakukan adalah mengikut undang-undang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing semalam," katanya.

Abdul Wahab berkata, sebelum ini terdapat wakil Majlis Tertinggi (MT) Umno menjalankan siasatan mengenai dakwaan UMNO Bahagian Jelutong terhadap 17 cawangan terbabit dan hasil siasatan itu mengesahkan bahawa semua cawangan itu mempunyai lebih 4,000 ahli sah.

"Adalah tidak logik tuduhan bahawa cawangan-cawangan kami mempunyai ahli hantu kerana jika ia benar-benar berlaku, UMNO Bahagian Jelutong itu sendiri adalah tidak sah sekarang kerana kebanyakan kami adalah bekas barisan kepimpinan UMNO bahagian itu dan telah pernah menghadiri persidangan perwakilan bahagian," katanya.


Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelutong


Mungkin sekali terlalu banyak dan berat jawatan yang dipegang Zahid. Mana jawatan Menteri Pertahanan yang dia masih belum faham-faham kerjanya. Ada pula jawatan Naib Presiden yang dia baru merasa. Mana lagi jawatan Ketua Bahagian dan ahli Parlimen Bagan Datoh.

Kalau berat sangat dan tidak terdaya lakukan jawatan Ketua Perhubungan Negeri, senang saja. Berhentilah. Walaupun kamu dapat undi terbanyak pun, ianya tidak bermakna apa-apa. Itu hanya untuk mendapatkan jawatan tapi jika tidak terdaya, tetap tidak terdaya.

Undi yang banyak tidak menjadikan seseorang bertambah kebolehannya. Lama-lama orang ramai akan tahu kelemahan diri seseorang. Lebih baik berhenti dari dimalukan kemudian.

Dalam dia tidak terdaya nak jalankan tugas yang ada, Zahid menyibuk pulak dalam hal ehwal Perak. Memanglah dia Naib Presiden UMNO tapi dia tidak dilantik Ketua Perhubungan untuk Perak.

Sebagai hanya Ketua Bahagian di Perak, Zahid perlu hormati Dato Seri Dr Zambery sebagai Ketua Perhubungan Negeri.

Tugas Zambery bukan senang. Risiko untuk BN terlepas Perak kembali kepada DAP sangat tinggi. Tugasnya sebagai Menteri Besar dan Ketua Perhubungan sangat memerlukan sokongan semua pihak.

Malangnya, ada pula batu api yang kerja yang ada tidak buat tapi sibuk kerja orang lain. Dimasa Zambery perlu berhati-hati menjaga etika dalam pentadbiran Perak dalam suasana politik baru ini, ketika itu juga si batu api mengapi-apikan Ketua-Ketua Bahagian yang laparkan untuk projek-projek untuk kekayaan diri.

Dalam satu Majlis tertutup UMNO, dipercayai Zahid telah menyebut tanpa malu supaya diturunkan lelehan-lelehan. Dia menyuarakan kepada Menteri Besar untuk beri projek kepada warlord UMNO di Bahagian.

Bila masa Ketua Perhubungan banguan bercakap, dengan angkuh dan kurang ajar Zahid bangun meninggalkan Majlis.

Tujuan dilakukan Zahid begini adalah untuk mengembangkan pengaruh di Perak. Apa yang dilakukan Zahid adalah sesuatu yang dia memang pakar dan pandai lakukan iaitu politik wang.

Zahid bukan seorang ahli politik yang mempunyai agenda dan visi yang bernas dan kemas. Dia hanya pandai berucap tapi ucapan Zahid kosong dan adakala lucu bodoh. Ucapan yang Zahid pandai lakukan adalah ucapan mengampu atau senda loka.

Zahid bercita-cita untuk Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Inilah orang yang tidak reti melihat cermin untuk mengukur keupayaan diri. Dia ingat cukup untuk jadi PM dengan hanya populariti.

Seorang PM mesti pandai dan bijak. Zahid bukan peduli. Asal orang ingat dia pandai, itu sudah cukup. Gelaran doktor yang dibeli itu sudah boleh mengaburi mata orang ramai akan kekurangan inteleknya. Sampai masa dia akan tahu apa yang perlu dilakukan bila sudah dapat jadi PM.

Teruslah bermimpi Zahid. Teruslah ...

Panglima TLDM sindir Zahid ...

TLDM Sedia Cadangkan Pembatalan Kontrak Syarikat Jika Sebar Maklumat

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan teragak-agak mencadangkan pembatalan kontrak mana-mana syarikat atau pengambilan tindakan undang-undang berikutan terdapat trend penyebaran maklumat berdarjah negara, termasuk kesiagaan aset strategik kepada pihak yang tidak berkenaan.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata maklumat berkaitan kapal selam juga sengaja dimanipulasi atas dasar keterbukaan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan perhatian umum dan kepentingan tertentu.

[Siapa lagi kalau bukan Zahid menembak kaki BN untuk malukan Najib?]

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa sebarang kebocoran maklumat mengenai status kesiagaan aset TLDM sama ada melalui kelemahan sistem pengurusan maklumat mahupun disebabkan oleh mana-mana individu, institusi kerajaan atau syarikat yang berurusan dengan TLDM boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi negara," katanya.

[Sila siasat dan kenakan tindakan terhadap Zahid.]

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan kepulangan kapal selam kedua negara Kapal Diraja (KD) Tun Razak di Pangkalan TLDM di sini.

Sambutan KD Tun Razak yang itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa sementara Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM turut menaiki kapal selam itu dari Langkawi, Kedah.

Beliau juga berkata sebagai negara pengendali kapal selam, segala aspek keselamatan terutama nyawa anak-anak kapal sentiasa diutamakan di mana pengoperasian yang selamat dan senggaraan yang ketat perlu dipatuhi sepenuhnya tanpa sebarang kompromi.

Abdul Aziz berkata kerosakan walaupun kecil tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh disamakan dengan kerosakan biasa aset permukaan.

"TLDM akan sentiasa memastikan aspek keselamatan ini diberi keutamaan pada sebilangan masa kerana prosedur yang ketat adalah tunjang kepada kejayaan pengendalian kapal selam," katanya.

Mengenai KD Tun Razak yang tiba di sini, beliau berkata kapal selam kedua negara itu berjaya melaksanakan 85 peratus selaman iaitu 40 hari daripada 47 hari berada di laut.

"Secara keseluruhannya, KD Tun Razak telah berjaya mengharungi pelayaran selama 64 hari dan perjalanan sejauh 7,283 batu nautika atau 13,488 kilometer merentasi Laut Mediterranean, Laut Merah, Teluk Aden, Laut Arab, Lautan Hindi dan akhir sekali Selat Melaka," katanya.

Beliau berkata kejayaan itu tidak banyak dikongsi oleh sesetengah negara pengendali kapal selam kerana mereka membawa pulang kapal selam dengan menggunakan perkhidmatan kargo. - BERNAMA