Si "cerdik" Zahid berangan jadi PM

Setiap kali parlimen bukan, Dato Ahmad Zahid Hamidi pasti akan disoal pembangkang dan dia bantu mereka dengan jawapan kurang cerdik yang jadi modal untuk PM dan kerajaan diperlekehkan.

Letih mendengar dia sangkut dan tertonggeng-tonggeng menjawab akhbar. Sendiri punya salah tapi dia suruh pihak berkuasa tentera buat laporan polis terhadap akhbar The Malay Mail. Ada sekali itu, Zahid bawa mulut sana sini dengan menyalahkan Dato Najib di atas kesalahannya sendiri.

Setelah berkali-kali perkara sedemikian berulang-ulang, ianya sudah jadi bahan jenaka yang kekal. Sampaikan Nurul Izzah yang budak-budak masih budak-budak semasa Zahid bersama Anwar Ibrahim dalam Pemuda UMNO pun boleh perlecehkan dia.

Dalam satu interbiu Nurul dengan majalah Kompas Indonesia, dia menyentuh mengenai kapal selam yang tidak boleh selam dan lain-lain kelemahan ketenteraan Malaysia. Sememang tidak patut membincangkan mengenai rahsia ketenteraan negara di luar negara. Memang patut juga Zahid Md Arip membuat laporan polis terhadap Nurul.

Jawapan Zahid kepada isu yang ditimbulkan Nurul sungguh lemah. Berapa dia bayar untuk dapat Phd dalam Mass Communication? Akhirnya seorang blogger yang membantu dengan menyiarkan gambar latihan tentera kapal selam.

Semuanya tidak boleh salahkan Nurul sahaja. Zahid juga suka beri kenyataan berkenaan hal hal kapal selam dan macam-macam hal tentera. Padahal ini semua tidak perlu. Nak sangat masuk suratkhabar.

Ini semua gilakan publisiti untuk menaikkan politiknya dalam UMNO.

UMNO dan BN sedang bergolak dan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kalau leka dan cuai, kerajaan yang ada boleh tumbang. Apa Zahid buat?

Dia hanya sibuk berkempen untuk dirinya. Itu pasal dia perlu masuk media dan berbaik dengan blogger supaya mereka yang sudah kenal dia tidak hentam dia lagi. Blogger yang kritikal dicarinya seorang demi seorang. Penulis ada menerima forward e-mail yang mana seorang blogger diugut salah seorang Setiausaha Zahid.

Tak peduli dia parti, tak peduli dia nasib Melayu jika DAP berkuasa kelak. Lihat bagaimana Zahid sabotaj Dato Dr Zambery yang merupakan Ketua Perhubungan UMNO Perak. Bahagian UMNO Perak berbalah kerana hasutan Zahid.

Zahid memanaskan kemarahan warlord UMNO Perak yang tidak dapat fulus. Ada pihak marah dengan Zamberu kerana letakkan banyak sangat bekas orang PKR dan orang Khairy dikelilingnya. Habis tu ... bukankah Zahid pun katanya masih orang Anwar dan pembela Khairy?

Sebenarnya Zahid cemburu dengan Zambery yang diberi jawatan Ketua Perhubungan UMNO Perak. Dia marah dengan Najib kerana tidak meletaknya sebagai Ketua Perhubungan Perak. Perwakilan UMNO Perak ramai berbanding dengan UMNO Pulau Pinang yang tidak efektif bahwa kepimpinannya.

Sejak memegang jawatan Naib Presiden UMNO nombor satu, Zahid sudah berangan-angan untuk jadi Perdana Menteri. Disebalik senyum manis dan mesra mulut Zahid, kepala dia sudah besar. Sudah ada desas desus dia akan cabar Tan Sri Muhyuddin untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tangan dan mulutnya mencucuk-cucuk dan menghasut Najib. Dia mengadu domba Najib dan Muhyiddin.

Dari Najib yang percaya dan berterima kasih dengan Muhyiddin kerana memberi tekanan pada Pak Lah untuk berundur, ada kata Najib kini sudah mula cuak sikit. Bab mengapi-apikan orang, Zahid memang pakar.

Satu perkara yang membuat Zahid berangan adalah kerana Hishamuddin adalah orang Johor dan sepupu pada najib. Tidak mungkin PM dan TPM dari satu negeri yang sama. Kalau Hishamuddin jadi TPM pada Najib dengan melanggar Muhyiddin keluar, pembangkang akan guna isu nepotisma dan kebangsawanan.

Zahid sudah termimpi-mimpi nak jadi PM sampaikan ke sana sini dia sudah guna escort tentera. Ini bersalahan dari segi peraturan kerana hanya Agong, Raja, PM, TPM dan MB dapat escort tentera.

Mula-mula dia guna escort tentera untuk Majlis Kementah. Alasannya, kalau jeneral-jeneral dapat escort tentera, Menteri kenalah diberikan juga.

Akibat sudah terbiasa, dia guna escort tentera ke Majlis-majlis politik, balik kawasan dan sampai ke Parlimen. Dikhabarkan Pak Lah ternampak Zahid gunakan escort tentera dan terkejut. Pak Lah pun pernah menyandang jawatan Menteri Pertahanan. Malahan Kementerian terakhirnya adalah KEMENTAH.

Persediaan Zahid untuk jadi PM adalah dengan menyediakan sumber kewangan. Itu yang pejabatnya sibuk dan ramai macam pejabat JPJ. Jika sebelum ini, KSU Dato' Sri Hj Abu Bakar bin Hj Abdullah menjadi batu penghalang untuk Zahid mengaut, dia telah lobi untuk Dato Bakar dinaikkan pangkat untuk mengetuai Jabatan Perkhidmatan Awam.

Setiausaha Bahagian Dasar Kementerian Pertahanan Dr Ismail Ahmad dinaikkan pangkat menjadi KSU. Dr Ismail lebih bekerjasama, kata orang. Kerjasama dalam hal apa? Allah dan mereka-mereka yang terlibat tahu.

Zahid saja nak menyusahkan Najib

Seorang blogger menyedari setiap kali Zahid Hamidi (dan beberapa orang Menteri yang ada kaitan dengan Brader (Anwar) di masa lampau) membuat kenyataan umum, ianya antara untuk memalukan Perdana Menteri atau kerajaan (atau kedua-duanya sekali).

Zahid membuat satu kenyataan (Laporan The Star)
Let Cabinet decide on proposal to declare assets: Zahid

BAGAN DATOH: Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the proposal for Cabinet members to declare their assets to the public in the interest of transparency, must be decided by the Cabinet.

"Cabinet members now declare their assets to the Prime Minister," said Ahmad Zahid after handing out Ramadhan contributions at the Simpang Empat Mosque in Rungkup here Sunday night when asked to comment on Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief Datuk Seri Abu Kassim Mohamed's proposal for all Cabinet ministers to declare their assets to the public.

Ahmad Zahid said such proposals needed to be discussed and decided by the Cabinet, together with the Prime Minister.

"During former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi's time, such a proposal was made, but all ministers only submitted their declared assets to the Prime Minister," he said. - Bernama

Ada cerita mengenai seorang (yang sekarang sudah jadi Menteri) yang semasa menjadi Setiausaha Politik atau entah apa jawatan semasa itu kepada Brader (Anwar), telah buat deklarasi aset sebanyak RM200 juta!!!

Apa yang saya tidak faham adalah kenapa dia tidak dihantar ke jel semasa itu? Kenapa kekalnya dengan kuasa hingga menjadi Menteri hari ini? Namun ia masih belum lambat untuk cekup mereka ini.

Apahal pun, oleh kerana Zahid Hamidi sedah sebut (dan bukan Perdana Menteri) ia meletakkan tekanan terhadap Perdana Menteri. Nampaknya seolah-olah Zahid Hamidi lagi pandai daripada Najib. Saya harap Perdana Menteri buat kenyataan mengenai ini. Syaa sudah menyebut-nyebut mengenai deklarasi aset berkali kali.

Orang-orang Pakatan gagal dalam hal ini. Saya menaruh harapan selepas 2008, orang-orang Pakatan akan memulakan dan membuat deklarasi aset yang sebenar berapa banyak duit dna harta mereka, terutama YB-YB mereka. (Saya percaya Ronnie Liu perlu membuat deklarasi aset sekarang.) Mereka gagal dengan teruk sekali. Kita masih tidak tahu berapa kekayaan Anwar Ibrahim.

Tidak kah kami semua mahu tahu jumlah wang tunai yang Anwar telah ketepikan - di Malaysia atau tempat lain mungkin? Adakah ianya lima puloh ringgit, lima rubi ringgit, 500,000 Ringgit, 500 juta Ringgit, lima billion Ringgit atau berapa banyak?

Bagaimana dengan isterinya? Anak-anaknya? Adakah akaun nominee luar negara? Ini adalah perkara yang kami mahu tahu. Kalau ada, sila beritahu kami (tidak saya tidak khayak dari menelan pill ecstasy). Kalau tak ada, katakanlah tidak ada. Jangan lupa Anwar Ibrahim pun orang UMNO jua, dan masih ada keinginnan untuk kembali ke UMNO. Dia masih ada kawan-kawan dalam UMNO - Zahid mungkin salah seorang dari mereka.

Dan saya percaya kami semua mahu tahu berapa sebenarnya aset dan duit Khairy Jamaluddin yang diketepikan juga di Malaysia atau tempat lain? Adakah ianya lima puloh ringgit, lima rubi ringgit, 500,000 Ringgit, 500 juta Ringgit, lima billion Ringgit atau berapa banyak?

Bagaimana dengan isterinya? Adakah akaun nominess luar negara? Benda macam ini yang kami mahu dengar. Jangan lupa Khairy Jamaluddin adalah orang UMNO. Bermakna mereka sepatutnya ke hadpaan dalam mendeklarasi aset masing-masing : )))))))))))))

Selepas kenyataan Zahid, saya boleh dengar sudah panggilan talipon yang berdering-dering: yang penyangak-penyagak mula menalipon peguam mereka, peguam pakar dalam syarikat amanah pinggiran pantai, 'nominees' pemegang akaun bank dan lain-lain.

Jika Zahid serius mengenai cadangan ini agar semua Menteri Kabinet mendeklarasi aset, baguslah. Hooray untuk Zahid Hamidi. Jika ianya untuk memalukan Perdana Menteri, saya Zahid telah lakukan itu juga. Perdana Menteri sepatutnya katakan sesuatu mengenai ini. Dia adalah boss, bukan Zahid.

Setiap negara, setiap masyarakat dan setiap masyrakat tempatan mempunyai ciri-ciri dan cara-cara tersendiri. Dan kita mesti gayakan undang-undang dan peraturan-peraturan untuk memenuhi ciri-ciri tertentu sesuatu masyarakat itu. Di Malaysia, rasuah dan salahguna kuasa berleluasa. Sering kali, tiada niat jahat pun, orang hanya tawarkan wang, ambil duit, kongsi duit tanpa ditanya dan disuruh. Ini terutama sekali dikalangan ahli-ahli perniagaan Cina. Memberi hadiah dan belanja duit kepada rakanniaga adalah biasa dikalnagan ahli perniagaan Cina.

Kita perlu buat satu garisan apabila melibatkan mereka yang memegang kepercayaan awam. Mereka yang terlibat dengan duit pembayar cukai.

Dan oleh kerana masaalah ini besar, kita perlu dapatkan khidmat pakar undang-undang untuk draf borang deklarasi aset yang komprehensif dan diluluskan Parlimen atau apa-apa saja - supaya deklarasi aset menjadi undang-undang. Dan mesti ada satu undang-undang penal - jika deklarasi aset kurang misalnya 5%, maka kamu boleh dijel atau seperti itu.

Cadangan saya adalah kita mesti buat deklarasi aset bukan saja oleh Menteri tetapi mereka-mereka ini juga:
i. Semua ahli parlimen, Dewan Negara, dan ahli Dewan Undangan Negeri. Sekali lalu, ini akan ambilkira semua ahli Exco, Menteri, Perdana Menteri dll.

ii. Semua pemegang jawatan dalam parti politik yang tidak memegang apa saja kerusi dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. INi bermakna Presiden, Timbalan President, Pengerusi, dll yang bukan ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri tetapi parti masing-masing memegang kerusi mesti buat deklarasi aset.

iii. Semua perjawatan awam (serta polis, badan bersenjata) termasuk budak pejabat dan kerani. Semua ahli penghakiman mesti ke hadpaan dalam membuat deklarasi aset.

iv. Semua staf senior dalam agensi kerajaan khususnya Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara dll.

v. Semua Pengurus Kanan dalam GLC.

vi. Semua Pengurus Kanan syarikat yang dipunyai atau diperakui ada kaitan dengan parti politik (yang pernah terlibat dalam pilihanraya dalam masa lima tahun kebelakangan).
Sila beri cadangan-cadangan tetapi yang munasabah :))

Disini helahnya: Deklarasi aset mesti termasuk diri sendiri, isteri atau suami dan anak-anak, menantu lelaki atau perempuan, dan cucu bawah 18 tahun.

Bunyi terlalu terperinci tetapi saya katakan setiap masyarakat ada cara melindungi dari ciri-ciri uniknya sendiri.

Saya harap sangat agar Zahid Hamidi, Anwar Ibrahim dan Khairy Jamaluddin menjadi contoh yang baik dan membuat deklarasi aset yang komprehensif mengikut ccara yang saya cadangkan.

Semenatra itu, pernahkah anda dengar perumpamaan berbunyi 'kucing bertanduk'?

Terjemaah dari blog Outsyed The Box