Isnin, 13 Disember 2010

Amboi ... angkuhnya Zahid!


Zahid nak berkeras dan degil konon.

Dia mahu berkeras dan berpegang dengan kata-katanya di Parlimen bahawa bukan Melayu tidak masuk askar kerana tidak patriotik.

Ramai juga mahu mempertahankan Zahid. Mereka pertahan bukan kerana Zahid betul tetapi kerana yang menyerang Zahid itu semua bangsa asing dan pembangkang. Jadi sebenarnya mereka pertahankan atas rasa nak pertahan Melayu dan UMNO.

OK lah, macam mana pihak bukan Melayu kata, susah bagi orang Melayu untuk terima alasan mereka. Sedikit sebanyak mereka yang masuk askar dan pasukan perunifirm adalah juga atas rasa cinta kepada negara dan mahu menyumbang jasa.

Orang bangsa asing ni bila ada masaalah segera mahu meninggalkan Malaysia. Berapa ramai yang bekerja dan berada di luar negara kerana mahu ditatang macam Agong baru nak balik? Kebanyakkan, hampir 90%, adalah bangsa asing.

Walau bagaimana realitinya sekali pun, sebagai Menteri, Zahid tidak boleh sebut bukan Bumiputera atau bangsa asing tak masuk askar kerana tidak patriotik. Itu tidak politically correct.

Sebagai Menteri dan pemimpin utama UMNO, itu tidak menunjukan kematangan dan kebijaksanaan.

Baiklah, kalau Zahid berdegil juga mahu kata demikian, apa salah dikatakan berdasarkan satu study dan seterusnya ... blah blah blah. Boleh juga tak payah diguna istilah patriotisma tetapi diguna istilah seperti sikap tidak peka sebagai contoh.

Apa boleh buat, keupayaannya banyak itu saja. Tak kiralah ada Phd ke tidak, kalau otak banyak itu, macam mana nak fikir lebih dari itu?

Sudahlah itu, ada sikap angkuh pula. Tidak malu tidak, akhirnya Zahid minta maaf juga dengan berkata dia tidak berniat untuk kata demikian.

Entah tidak tahu apa sebab, setiap kali Zahid membuka mulut, tak kira di atas podium Perhimpunan Agong UMNO atau di Parlimen atau di akhbar, mesti ada benda yang tidak kena dikatakan.

Sering kali nadanya angkuih dan tidak masuk akal.

Sebagi contohnya, Utusan Malaysia melaporkan:
KUALA TERENGGANU 11 Dis. - Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan pelarasan skim gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji anggota tentera.

Katanya, warga ATM berhak mendapat pelarasan skim gaji baru sekurang-kurangnya menyamai gaji anggota polis memandangkan ia termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Ahmad berkata, berdasarkan Perlembagaan Malaysia, gaji anggota tentera sepatutnya lebih tinggi berbanding gaji kakitangan perkhidmatan awam lain.

Katanya, atas asas itulah beliau berharap supaya kerajaan mempertimbangkan bagi membolehkan anggota tentera mendapat pelarasan skim gaji baru seperti yang dikemukakan kementerian.

Sepenuhnya boleh dibaca di sini.
Baguslah itu, tak akan sama mereka yang memperagakan nyawa dalam menjalankan tugas berbanding mereka yang duduk di kerusi empok.

Sepatutnya cukuplah itu, tapi Zahid tidak sebegitu. Dia perlu nak kecam mereka yang akan menentang kenaikkan gaji askar.

Ucapan itu mesti berlegar mengenai itu hingga Utusan beri tajuk Jangan pertikai selaras gaji baru tentera - Zahid. Bunyinya dah angkuh.

Ada satu lagi laporan berkenaan Zahid melawat pahlawan Melayu, Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail yang sedang sakit di Hospital Angkatan Tentera Tengku Mizan.

Dilaporkan Utusan Malaysia berikut:
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta pasukan perubatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini memberikan rawatan yang terbaik kepada bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyampaikan pesanan Perdana Menteri ketika melawat Ibrahim di Wad Diraja hospital itu kira-kira pukul 7 malam ini berkata, langkah itu adalah sejajar dengan kedudukan beliau sebagai individu yang banyak berjasa kepada negara.

"Saya datang kerana menyampaikan salam daripada Perdana Menteri yang mengenali secara peribadi Tun Ibrahim dan beliau meminta saya memberitahu pasukan perubatan agar memberikan rawatan yang sebaik-baiknya," katanya selepas melawat tokoh itu selama kira-kira 15 minit.

Seterusnya di sini.
Entah apa turut bahasa yang diguna Zahid.

Jika difaham keangkuhan Zahid, jangan hairan cara dia bercakap berbunyi, "Saya ada bercakap dengan Perdana Menteri ... blah blah blah jual nama. Saya arahkan supaya Tun Ibrahim ini diberi rawatan ... blah blah blah."

Kerana apa, macam begitulah cara Zahid bercakap dengan pasukan bolasepak Angkatan tentera yang bermain dalam liga perdana.

Dalam satu perjumpaan dengan pasukan di sebuah hotel 3 bintang, Zahid menyuarakan marah dan kekecewaanya dengan pretasi pasukan. Ianya seolah-olah Zahid tidak tahu pasukan tentera memang tidak setanding dengan pasukan negeri.

Satu, kewangan pasukan tentera tidak seberapa untuk membeli pemain-pemian yang hebat-hebat. Kedua, pemain yang baik-baik mahu main dengan team yang ada prospek angkat piala. Tentera hanya mampu menarik pemain yang sudah tidak prime lagi.

Pasukan yang menang selalunya ada tradisi dan sejarah yang berkesinambungan. Pasukan tentera sekejap ada dan sekejap tidak ada. Satu lagi, ini asas pasukan tentera adalah diambil dari anggota tentera.

Pendik-kata, banyak faktor tidak menyebelahi tentera untuk menang dan angkat piala. Oleh yang demikian, kenapa Zahid begitu marah?

Dia ada menyebut dan inilah sebabnya. "Saya dah keluar duit banyak ..."

Puh ... banyaknya duit Zahid.

Khamis, 2 Disember 2010

Zahid ajak Zaid Ibrahim masuk UMNO?


Biar betul?

Penulis tersentak ketika terbaca tajuk "Zahid ajak Zaid kembali kepada UMNO" semasa melayari Forum MyKMU pagi ini.

Inilah Zahid yang selalu bercakap dan membuat keputusan tanpa menggunakan otak. Biarlah kita ketepikan seketika isu orang bukan Melayu tidak patriotik dan fikir balik apa yang dikatakan ini.

Tidak terfikirkah dia betapa marah akarumbi UMNO dengan kenyataannya itu.

Ramai dalam UMNO masih belum yakin akan kesetiaannya kepada UMNO kerana masih menganggapnya sebagai "orang Anwar." Penulis pun rasa demikian.

Baca forum itu di sini untuk merasai hati akarumbi.

Kaitannya jelas.

Khairy rapat dengan Zaid Ibrahim dan terbaca dalam satu blog bahawa Zaid adalah rakan minum Zaid Ibrahim. Air yang diminum itu faham-faham saja.

Abang kepada anak menantu Zahid dan anak bekas arwah Abang Zack bernama Zainuri adalah budak Khairy dan pilihannya untuk jadi Ketua Pemuda Selangor.

Zahid berjanji akan naikkan Khairy jadi Menteri.

Kenyataan ini begitu bodoh hingga blog pembangkang pun boleh nampak kedangkalan jemputan Zahid itu. Petikan berikut:
Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi pula begitu terburu-buru meminta supaya Zaid Ibrahim menyertai semula UMNO yang pernah dikutuknya semasa bercumbuan di dalam PKR.

Apa istimewanya Zaid Ibrahim untuk dipelawa masuk semula ke dalam UMNO, sedangkan Ibrahim Ali yang begitu kuat memuja dan memuji Najib di dalam PERKSA tidak mendapat pelawaan sebagaimana Zaid Ibrahim.
Tulisan sepenuh boleh dirujuk ke laman tersebut sini.

Zahid boleh kata itu muslihatnya untuk merosakkan nama Zaid Ibrahim tetapi ia tidak kena caranya.

Tun Abdullah sendiri yang pernah melantiknya masuk kabinet pun kecewa dengan Zaid.

"Dia cuba hendak mencapai jawatan yang lebih tinggi, tetapi tidak dapat, kemudian melepaskan semua jawatan dan tinggal PKR, kalau dia suka PKR patutnya dia pimpin PKR tetapi nyata sekali dia tidak suka PKR."

Katanya lagi, "Saya tidak terkejut, dulu pun masa dalam Umno dan diberi peluang menjadi menteri tetapi tiba-tiba dia (Zaid) mengambil keputusan untuk meletak jawatan."

Dia pun tidak menjemput Zaid kembali. Kenapa Zahid pula yang nak cuba memandai-mandai?

Cubalah fikir panjang sebelum bercakap.