Hati dan niat tidak boleh diketahui, kata-kata yang didengari

Adalah yang komen kata seolah-olah blog ini pertahankan Cina dan India melebihi Melayu. Ada cuba pertahan Zahid konon Zahid hanya kemungkinan.

Ini semua puak-puak yang sudah tutup hati hingga tidak mahu terima kesalahan Zahid.

Dua bulan lepas, Zahid ada membuat kenyataan berkenaan jangan sakiti jiran yang ditujukan kepada Lee Kuan Yew. Baca berikut dari UMNO Online:

Jangan Buat Kenyataan Sakiti Jiran – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Sept – “Sebagai Negarawan Asia, beliau (Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew) tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan menyakiti hati jiran,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kuan Yew dalam akhbar The New York Times, baru-baru ini yang mengatakan Malaysia mengamalkan sistem tidak adil dan menyisihkan kaum lain di negara ini.

“Contohnya kita duduk di rumah teres, apabila kita ketuk frame (bingkai) gambar di dinding, jiran di sebelah pun boleh dengar, jadi kita berhati-hati supaya tidak mengganggu mereka. Oleh itu, janganlah bangkit isu sensitif.

“Oleh itu, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan itu, sedangkan di sana orang Melayu tidak diberi peluang, dalam tentera di sana hanya seorang sahaja yang berpangkat Jeneral, berbanding di sini ramai kaum lain yang berpangkat itu,” katanya.

Menurutnya, Kuan Yew tidak harus membuat sebarang kenyataan sensitif mengenai pentadbiran negara ini dengan mengatakan sistem pentadbiran di Malaysia tidak adil dan menyisihkan kaum lain sedangkan perkara itu tidak berlaku.

“Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ( Datuk Seri Najib Tun Razak) membuktikan bahawa pentadbiran di negara ini memberi hak yang sama kepada kaum lain tanpa membeza-bezakan mereka,” katanya.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, sebagai seorang yang dihormati bukan sahaja di Singapura malah di Asia, Kuan Yew perlu berhati-hati ketika membuat kenyataan terutama membabitkan negara jiran demi menjaga hubungan baik yang sudah lama terjalin membabitkan Malaysia dengan Singapura. .

Menurutnya keharmonian pelbagai kaum di negara ini membuktikan bahawa adanya toleransi di kalangan rakyat negara ini dan perkara itu sudah berlaku sejak dahulu lagi.

Kalau kita tak mahu diri kita disakiti, janganlah pula dikata dan dituduh orang tidak patriotik. Lebih-lebih lagi jika tiada kajian dan pengumpulan data tidak dibuat untuk buktikan orang bukan Melayu tidak masuk askar kerana tidak patriotik.

Dalam jawapan Zahid, nampak sangat dia sudah berasa salah dan tidak ada jawapan yang baik. Baca UMNO Online lagi berikut:

Tiada Niat Pertikai Kesetiaan Bukan Melayu – Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Nov. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan beliau mempertikaikan kesetiaan dan integriti kaum bukan Melayu berhubung isu penyertaan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya, beliau langsung tidak berniat berbuat demikian kerana sedar bahawa masyarakat bukan Melayu turut menganggotai ATM dan pasukan keselamatan lain bagi sama-sama mempertahankan negara.

“Saya tidak pernah menyatakan begitu. Jauh sekali berniat atau bermaksud sedemikian.

“Apa yang saya nyatakan, ia berkemungkinan disebabkan beberapa perkara yang antaranya adalah kerana semangat patriotisme belum cukup tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akhbar The Star dan Guang Ming Daily hari ini memetik kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Ahli Parlimen DAP M. Kulasegaran yang menuduh Zahid mempertikai kesetiaan dan integriti kaum bukan Melayu ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat semalam.

Kulasegaran yang mempertikaikan jawapan Zahid itu turut mendesak Zahid memohon maaf.

Bagaimanapun beliau membuat desakan tersebut sewaktu Zahid telah pun keluar daripada Dewan.

Beliau menambah, jawapan yang diberi turut menyelitkan kemungkinan lain termasuk kekhuatiran terhadap disiplin yang ketat dalam ATM.

“Ia juga berkemungkinan kerana ganjaran yang kurang berbanding tawaran sektor swasta serta tiada galakkan keluarga dan kelompok etnik akibat pelbagai prasangka negatif,” katanya.
Apa benda yang tidak pertikai kesetian orang bukan Melayu bila disebut orang bukan Melayu tidak patriotik.

Lain kali, cakap tu ukur-ukur dan cuba selami perasaan orang yang dengar. Inilah dah biasa belasah orang dan hampir nak dibunuh ada budak seorang itu.

Kau tu pemimpin Zahid dan orang sentiasa perhati apa kamu kata dan buat.

Hati kamu orang tak tahu baca, kata-kata kamu yang mereka dengar. Jadi cakap tu bijak-bijaklah sedikit. Ada faham Zahid?