SUDAH TERANG LAGI BERSULUH
- Perhubungan Amir Bazli Abdullah dengan Nurulhidayah adalah benar. Percintaan ini dihalang oleh Dato Ahmad Zahid Hamidi.
- Amir Bazli Abdullah di pukul oleh sekumpulan samseng “Dato Ahmad Zahid Hamidi”.
- Hasil dari serangan samseng ini Amir Bazli Abdullah cedera sehingga meninggalkan kecacatan kekal. Serangan ini juga dipercayai boleh membunuh beliau dan Datin Hamidah, isteri pada Dato Zahid Hamidi menahan dari serangan berterusan.
- Tuduhan Dato Zahid Hamidi dalam akuan bersumpah “Afidavit pertama Dato Ahmad Zahid Hamidi adalah palsu. Tuduhan diculik tetapi tidak di repot kepada pihak berkuasa meragukan. Gambar yang diberi oleh Amir Bazli Abdullah yang menunjukkan betapa ceria mereka adalah bukti itu BUKAN satu penculikan. Ini bermakna kenyataan akuan sumpah itu tidak benar dan pertuduhan menculik juga tidak benar dan satu akuan palsu.
- Tuduhan culik dan mengurung Nurulhidayah dalam sebuah rumah pangsa puri di Kajang juga adalah satu akuan sumpah palsu. Gambar mereka di kawasan rumah pangsa adalah gambar percintaan dan bukan satu jenayah yang dilakukan oleh Amir Bazli Abdullah. Lebih dari itu perjanjian penyewaan rumah pangsa itu ditandatangani oleh anak Dato Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah sendiri.
- Apa yang jelas sekarang ini adalah Amir Bazli Abdullah di pukul oleh sekumpulan samseng dan Dato Ahmad Zahid Hamidi cuba mencari helah untuk memberi justifikasi atas apa sahaja perbuatan yang dilakukan. Beliau mendakwa Amir Bazli Ahmad mahu memburukkan namanya adalah tanpa asas kukuh. Amir Bazli Abdullah diturut dikatakan mereka ceritanya sungguhpun yang jelas mereka justifikasi palsu adalah Dato Ahmad Zahid Hamidi.
- Semenjak kes kegiatan gengster Dato Ahmad Zahid Hamidi membelasah Amir Bazli Abdullah dan laporan polis yang dibuat oleh Amir Bazli Abdullah pada 20.12. 2006 sehingga ke hari ini tidak ada siasatan terbuka dibuat oleh pihak polis.
- Malah pada hari laporan itu dibuat, pada 20.12.2006, seakan polis memaklumkan Dato Ahmad Zahid Hamidi kerana pada hari yang sama Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi menghantar mesej kecewa mengenai laporan yang dibuat oleh Amir Bazli Abdullah.
- Amir Bazli Abdullah dalam usaha menuntut pembelaan telah menghantar laporan insiden ini kepada Tan Sri Musa Hassan, selaku Ketua Polis Negara, kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan DYMM Sultan Perak. Amir Bazli Abdullah juga telah memohon Ketua Unit Pendakwaan Selangor untuk mengetahui perkembangan laporan.
- Tindakan Sivil turut diambil memandangkan kes siasatan jenayah ke atas Dato Ahmad Zahid Hamidi tidak mendapat respons yang memuaskan. Dalam tuntutan sivil inilah Dato Ahmad Zahid Hamidi berbohong mengenai insiden 16.01.2006.
Apa yang ada sekarang seakan membenarkan kata-kata Dato Ahmad Zahid Hamidi bahawa kes ini akan dibuang dalam tong sampah sekiranya dilaporkan juga kepada polis. Adakah ini tidak perlu kita bela. Malah apa yang kita lakukan ini adalah untuk menggesa pihak-pihak tertentu untuk bangkit menyempurnakan pembelaan atas anak Negeri Kelantan yang telah menjadi bukan sahaja mangsa kepada kepimpinan negara kita malah seakan menjadi mangsa kepada jabatan yang bertanggung jawab khususnya pihak polis. (SATU CABARAN KEPADA PDRM AGAR LEBIH TELUS DAN BERINTEGRITI.)
Adakah ini satu teladan kepada kita bahawa sekiranya kita hanya anggota rakyat biasa maka kita mempunyai hak yang kurang berbanding dengan kepimpinan.
Kedudukan isu ini bukan tidak diketahui oleh kepimpinan negara kita. Perkara ini juga pernah disebut dalam Parlimen dan berikut adalah keratan dari “hansard report” yang diperoleh oleh kami.
KESIMPULAN
Amir Bazli Abdullah hari ini mempunyai trauma dengan kecacatan pada dahinya setelah dibelasah oleh Dato Ahmad Zahid Hamidi. Namun mereka yang bertanggung jawab tetap berjaya sebagai Menteri, bakal Naib Presiden UMNO, bakal Pengerusi UMNO Perak sungguhpun terpalit dengan perbuatan jenayah.
Hari ini penghakiman yang adil belum lagi berlaku ke atas kezaliman yang telah dilakukan oleh Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Nukilan ini adalah bertujuan untuk melihat keadilan kembali bersinar dalam kehidupan Amir Bazli Abdullah.
Kita mempunyai mata untuk melihat, kita punyai telinga untuk mendengar dan kita punyai akal untuk berfikir siapakah yang telah melakukan kezaliman dalam kes ini.
Keadilan perlu ditegakkan dalam usaha kita menidakkan & meruntuhkan kezaliman. Jika hari ini kita biarkan jenayah berlaku, maka seolah-olah hari ini kita juga mehalalkan jenayah kejam seumpama ini dilakukan dan diteruskan andainya jenayah ini juga berlaku ke atas keluarga kita.
Renungkanlah wajah ayah, abang dan adik lelaki kita. Jika kita mahu apa yang terjadi terhadap Amir Bazli Abdullah berulang, kita perlu memastikan dan berdoa agar penjenayah seperti Dato' Ahmad Zahid Hamidi dihukum bahkan tidak layak untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri apatah lagi bagi memimpin Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang di bawah kelolaan beliau sekarang. Sikapnya sama sekali tidak mencerminkan sikap mulia an mempunyai kredibiliti sebagai seorang Menteri yang mempunyai tanggungjawab dalam bidan keagamaan.
Jenayah yang dilakukan oleh Dato' Ahmad Zahid Hamidi ini adalah suatu bentuk perbuatan khianat terhadap diri sendiri yang mempunyai latar belakang pendidikan agama. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersama-sama menjadi hakim yang cerdik akal dan mindanya untuk memastikan kezaliman jenayah Dato' Ahmad Zahid Hamidi ini mendapat penghukuman dan pembalasan yang setimpal. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha kita yang berani menyatakan kebenaran.
********** Habis **********