Salahlaku Pecah Amanah (CBT) Zahid Hamidi

Inilah sebenarnya wajah kepimpinan dalam UMNO yang mampu merosakkan imej negara. Kepimpinan seperti ini perlu ditolak. Kepimpinan seperti ini tidak seharusnya wujud. Berikut adalah hipnosis tambahan mengenai Dato Ahmad Zahid Hamidi dalam skandal kewangan yang berbau rasuah:

1. Yayasan gerak Bakti Kebangsaan (YGBK) ditawarkan oleh MITI saham Kretam Holdings berhad sebanyak 8,888,888 unit saham dan setiap satu berharga RM1.10.

2. Untuk membeli saham tersebut, YGBK terpaksa mendapat pinjaman sebanyak RM10 juta.

3. Lembaga Pemegang Amanah YGBK ketika itu adalah:-

Pengerusi: Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Setiausaha: Dato Ahmad Zahid Hamidi
Bendahari: Dato Seri Tengku Adnan tengku Mansor
Ahli: Dr Tajuddin Jali, Datok Seri Dr Jamaluddin Jarjis
- telah bermesyuarat untuk membuat pinjaman tetapi undang-undang tubuh YGBK mengatakan bahawa mereka tidak boleh membuat pinjaman. Sebuah Syaraikat Sden Bhd sepatutnya ditubuhkan bagi pihak YGBK.

4. Walaubagaimanapun Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menegluarkan surat tawaran tanpa izin daripada MITI kepada Syarikat Nipah Tech Sdn Bhd, dua pengarah adalah Abd latif dan Hamidah Khamis.

5. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri telah mengeluarkan surat 'Letter head Menteri pertahanan' kepada Nipah Tech Sdn Bhd untuk beli saham tersebut dengan janjinya sebanyak 10 sen didermakan kepada YGBK. Dato Ahamd Zahid telah bersekongkol dengan pegawai MITI supaya syarikat Sdn Bhd 100% dibawah kawalannya ditawarkan akan saham tersebut.

Dato Ahmad Zahid Hamidi sebagai Setiausaha Politik dan Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah ketika itu telah menggunakan pegawai MITI (orang dalam) untuk kepentingan dirinya supaya tawaran 8,888,888 saham Kretam Holdings Berhada diberikan kepada syarikat peribadinya di mana Hamidah Khamis (isterinya) adalah pemegang utama.

6. Dato Ahmad Zahid Hamidi melakukan pecah amanah:-

i) Saham itu adalah kepunyaan YGBK
ii) Tidak memberi 10 sen seperti yang dijanjikan
iii) Menipu Abd Latif Jantan dengan meminta MITI menawarkan saham kepada syarikat lain daripada Nipah Tech Sdn Bhd.


7. Satu masa nilai saham itu naik sehingga RM19 sesaham dan dikalikan dengan 8,888,888 saham menjadi nilai RM168,888,872. Beli cuma RM10 juta, dapat untung RM158,888,872.00, dan sepatutnya YGBK dapat untung lebih kurang RM145 juta ke RM152 juta selepas ditolak interest RM8 - 15 juta.

8. RM145 juta ke RM152 juta inilah modal politik Dato' Ahmad Zahid Hamidi dengan pengeluaran pertama RM30 juta difaraidkan kepada adik beradik dan keluarga.

- Seterusnya belanja kempen bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga habis sekitar RM20-30 juta. Bbagi pengeluaran RM40 juta yang kedua dan seterusnya dikeluarkan secara berperingkat-peringkat.

9. Dato Seri Hishamuddin, Dato Hasni Mohamad (Pontian), Dato Aziz Sheikh Fadzir dan Dato Mokhzani Mahathir telah mengadap Tun Dr Mahathir. Keputusannya ada unsur pecah amanah (CBT).

Namun sekali lagi Tun Dr Mahathir bertoleransi dan menyelamatkan Dato Ahmade Zahid Hamidi daripada didakwa di mahkamah, tetapi Dato Ahmad Zahid Hamidi masih tidak mengenang budi. Sepatutnya Dato Ahmad Zahid boleh didakwa pada masa itu atas tuduhan pecah amanah.


10. Semasa menjadi ahli Parlimen biasa, Dato Ahmad Zahid telah dilantik sebagai Pengerusi di salah sebuah anak syarikat PKN Perak. Beribu-ribu ekar tanah kepunyaan anak syarikat PKN Perak diselewengkan. Tanah yang sepatutnya dibina rumah dan dimajukan untuk golongan sederhana rendah dan rendah telah habis kepada tangan taukeh-taukeh Cina di Lembah Kinta (wang komisyennya sahaja cukup berbaloi untuk dibahagikan).

- Adakah ini orang yang layak untuk kita amanahkan untuk menjaga tanah Tabung Haji? (Dato Ahmad Zahid Hamidi sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji). alamat tergadailah tanah dan harta Tabung Haji. (Awas! Waspada wahai pemegang saham Tabung Haji!)

Akhirnya:

Adakah orang ini orang yang layak kita amanahkan untuk menjaga tanah Tabung Haji? (Dato Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji), alamat tergadailah tanah dan harta Tabung Haji. "Awas! Waspadalah wahai penyimpan Tabung Haji!)