Dari Bhg 8
AKAUN BERSUMPAH DATUK ZAHID HAMIDI – SATU PENIPUAN
Memandangkan polis masih tidak menjalankan siasatan maka atas nasihat peguam Amir Bazli Abdullah telah mengemukakan satu writ saman untuk menuntut ganti rugi bagi segala kecederaan yang dialami oleh Amir Bazli Abdullah.
Writ saman itu turut memuatkan insiden yang berlaku pada 16.01.2006. Maklumat mengenai writ saman itu terkandung dalam muka 10 dan muka 11 buku ini di bawah tajuk APA YANG BERLAKU PADA 16.01.2006.
Writ saman tersebut telah menerima respons “ Afidavit pertama Dato Ahmad Zahid Hamidi” Guaman Sivil No 22-11-1151-2007. Afidavit pertama Dato Ahmad Zahid Hamidi telah di balas dengan Afidavit balasan Amir Bazli Abdullah dalam Guaman Sivil No : MT1-22-1151 Tahun 2007
Dalam membalas writ saman, Dato Ahmad Zahid Hamidi telah menipu secara terang-terang apa yang telah berlaku. Kami akan mengemukakan kenapa kami dapati bahawa Afidavit Pertama Dato Ahmad Zahid Hamidi satu penipuan.
Afidavit Ahmad Zahid Hamidi menafikan apa yang berlaku sebaliknya telah menuduh bahawa Amir Bazli Abdullah telah menipu dan telah menculik anaknya berbulan-bulan.
DITEGASKAN
Dato Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan bersumpahnya memaklumkan:
Menurut anak menantu saya, isteri dan anaknya telah diculik dan dibawa lari oleh plaintif. Dia segera mencari mereka di seluruh rantau tetapi tidak berjaya mengesan di mana mereka. Akhirnya anak perempuan saya telah berjaya melepaskan dirinya dan membawa anak kecilnya.
Dari aduan anak perempuan saya, mereka telah dikurung di sebuah rumah pangsa pada suatu tempat di Kajang. Suaminya telah dapat mengesan alamat itu tetapi mendapati rumah pangsa itu sudah ditinggalkan dan penculiknya plaintif (Amir Bazli Ahmad) entah di mana. Suaminya terus berusaha mencarinya serta tempat duduknya.
Ini satu pembohongan dan pembohongan ini dilakukan dalam ikrar bersumpah Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Nota: Kenapa dikatakan Zahid menipu?
Ramai komentar menyalahkan Amir Bazli kerana kononnya membawa lari anak orang atau isteri orang. Ada yang kata padan muka. Reaksi mereka boleh difaham jika apa yang dikatakan Zahid itu betul. Penting sekali adalah adakah ini paksaan atau kerelaan?
Sama-sama kita ikuti dalam Bahagian selepas ini.
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
3 hari yang lalu