Jika anda telah membaca Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi
Bhg. 1 dan
Bhg. 2 di blog ini, dengar sendiri video pengakuan Amir Bazli yang diperolehi bersama risalah Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid yang telah tersebar.
Sementara kita sedang cuba untuk menayangkan video itu terus menerus di sini, anda boleh mendengar sendiri di blog AMK Bagan Datoh
sini.
Inilah video dalam risalah yang mendedahkan salahlaku jenayah Dr Ahmad Zahid Hamidi yang cuba dinafi dan disembunyikan.
Melalui pengaruhnya sebagai Timbalan Menteri, beliau telah mendapat kerjasama "pihak tertentu" supaya kes beliau tidak diteruskan penyiasatan. Berita di media perdana dan tabloid politik pun sudah henti memberi liputan.
Dengan pihak Pendakwa Raya di Shah Alam lambat membuat sebarang dakwaan mahkamah dan media seolah-olah bersekongkol, kini Amir Bazli sedang mendapatkan keadilan melalui saman sivil terhadap Dato Ahmad Zahid Hamidi.
Ini juga cara OJ Simpson, seorang ahli sukan Amerika yang lepas dari dakwaan kes pembunuhan tetapi kalah semasa saman sivil dari keluarga bekas isterinya yang akhirnya menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya.