Utusan Malaysia Jun 19, 2008
SHAH ALAM 18 Jun - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 16 Julai ini keputusan permohonan Datuk Ahmad Zahid Hamidi untuk membatalkan saman malu seorang usahawan, Amir Bazli Abdullah yang mendakwa dikasari oleh menteri itu dalam satu kejadian, hampir dua tahun lalu.
Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Nur Zafirah Mohamed Ali di kamar beliau hari ini.
Pada 5 Julai tahun lalu, Amir Bazli, 38, selaku plaintif memfailkan saman untuk menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah kerana mendakwa ditumbuk oleh Ahmad Zahid pada 16 Januari 2006.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman tersebut diwakili oleh peguam Shashi Menon. Peguam Nicholas Netto pula hadir bagi pihak peguam Karpal Singh yang mewakili plaintif.
Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 29 Ogos tahun lalu dengan alasan kejadian tersebut tidak pernah berlaku dan sengaja direka oleh Amir Bazli.
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
Seminggu yang lalu