Dari blog Jelapang
APA MATLAMAT ZAHID HAMIDI BERTEMU NAJIB?
Itu topik perbualan di warung-warung kopi sejak Isnin selepas Zahid tanpa diundang muncul di Pejabat Timbalan Perdana Menteri Isnin lalu untuk menemui bekas bosnya.
Blogger, Pahit Manis, dalam postingnya Isnin lalu menulis mengenai khabar angin pertemuan tersebut.
Menurut sumber blogger, Ahmad A.Talib, bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times, pertemuan Zahid dan Najib tidak diadakan di dalam suasana mesra.
Apa tujuan Zahid menghadap Najib? Penyokong Zahid mengembar-gemburkan ke setiap pelusuk bahagian bahawa beliau diminta oleh Abdullah untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Kononnya Zahid, bekas setiausaha politik Najib, menerima panggilan telefon dari Abdullah ketika Zahid sedang mengerjakan Umrah di Mekah.
Ada juga yang menyebarkan berita kononnya Abdullah mahukan Zahid "membantu Najib dalam mentadbir negara".
Selepas pertemuan Zahid dan Najib, tidak kurang pulang penyokong Zahid yang mendakwa bahawa Najib selesa dan bersedia untuk bekerja bersama Zahid.
Malahan, orang-orang Mohd Ali Rustam juga turut membuat dakwaan yang serupa. Tetapi kenapa Zahid bertemu Najib jika Abdullah yang mahukan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden, jawatan yang masih lagi kepunyaan Najib sehingga Abdullah mengumumkan tidak bertanding jawatan Presiden?
Apakah pertemuan yang tidak diundang tersebut bakal menjadi modal Zahid untuk menyakinkan akar umbi yang kononnya beliau menjadi calon pilihan bakal Perdana Menteri untuk menjadi Timbalannya?
Yang anehnya, sudah ada penyokong-penyokong Zahid yang berangan-angan bos mereka bakal menjadi Timbalan Presiden Umno, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
http://ahmadatalib.blogspot.com/2008/10/najib-queried-zahid-hamidi-on-top-post.html
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
5 hari yang lalu