Utusan Malaysia, Nov 13hb, 2008
KUALA LUMPUR 12 Nov. - Pergerakan Wanita UMNO diminta kekal bersatu di bawah satu pasukan walaupun jika wujud pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, adalah satu perkara yang menyedihkan jika perpecahan terjadi di kalangan ahli Wanita semata-mata pertandingan tersebut.
''Umpama 'biduk berlalu, kiambang bertaut,' begitulah juga diharapkan seandainya pertandingan di dalam pergerakan Wanita sudah tidak dapat dielakkan lagi, mereka mesti kembali bersama di dalam satu landasan selepas Perhimpunan Agung UMNO.
''Namun, saya amat menghormati hak Wanita membuat keputusan sendiri dalam isu ini, tetapi mereka perlu memberi keutamaan kepada cita rasa serta perasaan ahli akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan,'' katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Ihtifal Perdana dan Penyampaian Sijil Tadika Islam Jabatan Agama Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini hari ini.
Beliau mengulas isu pelan peralihan kuasa Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz yang dipersetujui pada 4 Ogos lalu telah ditolak oleh Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Kamilia Ibrahim, semalam.
Mereka berdua meminta agar Rafidah menyelaraskan pelan peralihan kuasa tersebut pada bulan Mac serentak dengan peralihan pucuk pimpinan parti.
Selain itu, Ahmad Zahid yang bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mengakui amat memahami aspirasi Wanita dan berharap pihak luar tidak mengeruhkan lagi masalah tersebut.
''Kata sepakat perlu dicapai di kalangan pimpinan Wanita dan pertelagahan sesama sendiri perlu dielakkan di kala proses pengukuhan parti UMNO sedang berjalan dengan agak baik pada masa kini,'' jelasnya.
KOMEN: Jangan cakap banyaklah, Zahid!
Kau nak lawan Muhyiddin walaupun muka kau hanya harga sepuloh sen pun buat apa? Bukankah itu boleh dikatakan akan pecahkan parti? Kalau lawan Muhyiddin itu untuk demokrasi, biarlah Wanita dengan hal mereka.
Main duit lagi pecahkan parti. Kau setuju tak Zahid, Menteri "Alim Ugama"?
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
5 hari yang lalu