Kisah jenayah Zahid Hamidi tergantung beberapa lama kerana kesibukkan urusan peribadi.
Sejak akhir blog ini dikemaskini, beberapa perkembangan berlaku terhadap YB Dato Dr Zahid Hamidi. Usaha janggalnya untuk menjadikan isu tadika Kemas berjaya di Perak berjaya dialih pandang.
Dengan terlompat beberapa ADUN pembangkang untuk menyokong BN di ADUN, maka Perak berjaya ditawan dengan bantuan titah DYMM Sultan Perak. Kejayaan itu menaikkan saham Zahid di tengah-tengah pertandingan jawatan UMNO. Dikatakan nama Zahid naik ke kedudukkan teratas sekali.
Zahid pengacau peralihan kuasa PerakRamai orang UMNO tidak sedar bahawa disebalik kejayaan mendapatkan kembali kuasa di Perak bukan atas usaha Zahid. Percubaannya untuk menjadikan isu dari penutupan tadika-tadika Kemas gagal. Dia hanya menumpang nama sebagai Timbalan Ketua Perhubungan yang baru dilantik.
Usaha sebenar adalah oleh beberapa individu yang tidak ramai ketahui. Bila berjaya, ramai berpura-pura temberang mengaku ada peranan. Hanya yang terlibat akan tahu butiran pertemuan dengan ADUN-ADUN yang melompat keluar, ketidak puashati mereka, butir-butir persitiwa dan perancangan seterusnya.
Menurut mereka, Zahid mengacau rancangan mereka hingga keadaan kini menjadi caca marba. Mereka hairan bagaimana perkara ini boleh bocor kepada PAS dan Nizar mahu segera bubarkan DUN Perak untuk pilihanraya negeri. Kenyataan bos Zahid, Pak Lah yang awal-awal mengatakan ada ADUN Pakatan Rakyat akan lompat menyebabkan elemen kejutan hilang.
Mereka menganggap Zahid ini betul haiwan politik hinggakan perancangan parti diketepikan demi kepentingan politik dirinya. Dia terlalu gopoh dalam tindak tanduk dan dialah yang mendesak Najib hingga banyak lagi kejutan-kejutan yang dirancang terhadap Nizar, Ngeh dan Nga tergendala. Akibatnya peralihan kuasa di Perak tidak lancar, huru hara, dan nampak mungkin boleh membawa keuntungan politik kepada BN.
Disebalik Pembangunan Tanah WakafSelain isu tadika Kemas yang cuba dimainkan, Zahid juga ada mengusahakan acara yang mana YM Raja Muda Perak, Raja Nazrin membuat ucapan dalam satu Seminar Ekonomi Islam.
Ucapan Raja Nazrin mendedahkan rasa tidak puashati pihak istana terhadap kerajaan Perak kerana tanah-tanah Kampung Baru itu tidak dipersetujui Majlis Raja-Raja Melayu semasa rancangan Briggs itu diimplementasikan. Dari situ, meningkatlah tekanan terhadap kerajaan Nizar boneka DAP.
Semasa Seminar itu, Zahid mengumumkan antara resolusi Seminar yang dipersetujui adalah membangunkan tanah-tanah wakaf dibangunkan. Agenda membangunkan tanah wakaf adalah perkara lama yang sering dibincangkan.
Rupanya resolusi itu hanya
rubber stamp untuk indors perancangan Zahid. Hanya lat seminggu dua selepas itu, begitu menakjubkan sekali kehebatan Zahid boleh mengumumkan rancangan-rancangan pembangunan tanah wakaf yang juga termasuk tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang. Nampak sangat ini telah dirancang awal sebelum Seminat tersebut.
Sebelum ini, kerajaan Gerakan Pulau Pinang telah saja-saja menahan pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang. Nampak macam Zahid ini bagus sangat, tetapi sebenarnya jauh dari realiti sebenar. Rancangan Zahid hanya akan membolehkan penduduk bukan Islam dapat memanafaatkan dari tanah-tanah wakap ini.
Disebaliknya ada juga rancangan KKN (Korupsi, Kronisma dan Nepotisme), slogan Zahid menghentam Dr Mahathir untuk Anwar Ibrahim. Butiran dan nama-nama personaliti akan didedahkan kemudian.
Penjenayah tidak layak jadi pemimpinZahid yang kini berpura-pura macam orang alim sebenarnya adalah Penjenayah. Dalam siri Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi dari Bahagian I, II dan III, latarbelakang jenayah Zahid terhadap Amir Bazli serta video pengakuan Amir Bazli telah didedahkan.
Bahagian IV seterus akan mendedahkan lebih banyak butiran mengenai jenayah ini dan pasti sesiapa yang berpendirian "padan muka Amir Bazli kerana bawak anak perempuan orang" akan mula mempersoal kembali pendirian masing-masing.
Pertama, anak perempuannya bukan lagi tanggungjawab syarak Zahid kerana sudah berkahwin. Kedua, Nurul Hidayah lakukan tanpa paksaan dan dengan kerelaan hati. Ketiga, Amir Bazli sudah tertipu dengan pujuk rayu, simpati dan pengakuan Nurul. Semua ini akan terbukti.
Kes ini - kalau tidak ada peranan belakang di mahkamah seperti yang dilakukan oleh polis untuk tidak melakukan tindakan selanjutnya - pasti akan mensabitkan Zahid salah. Segala penafian Zahid, berkenaan mengenai kekasaran dan salahlaku gangsterism yang dilakukan terhadap AmirBazli, mudah dapat diketepikan berdasarkan banyak kenyataan dan pengakuan Nurul Hidayah dan isteri Zahid, Datin Hamidah sendiri.
Setiausaha Agong UMNO, Tengku Adnan mengingatkan jangan sampai selepas pemilihan UMNO akan ada jawatan yang dikosongkan kerana salahlaku politik wang. Lebih teruk dari itu, jangan ada jawatan dikosongkan kerana salahlaku jenayah memukul orang dengan tujuan untuk mencedera yang boleh membawa hukuman penjara.
Banyak pilihan lain untuk salah satu dari tiga jawatan Naib Presiden UMNO. Memilih Zahid tidak akan membawa kebaikkan kepada UMNO. Untuk menyelamatkan UMNO, orang terakhir yang harus diberi kedudukkan dalm parti dan kerajaan adalah Zahid.
Dia adalah perasuah, hipokrit, tidak berkebolehan dan penjenayah. Tunggu sajalah lebih banyak lagi pendedahan si munafik yang bertopengkan ugama.