Rancangan besar2an Zahid menyamun tanah2 Kementah

Poster ucapan Hari Raya Zahid dan isteri disimbah cat.
Orang marah pasal dia kuat menyamun, kot?

Kalau sudah dasar penyamun, diletak mana-mana pun jadi penyamun. Begitulah Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi yang jadi pemimpin popular sebagai pemimpin besar UMNO dengan hanya jual senyuman dan tepuk belakang.

Nasib baik hanya tepuk belakang, kalau ikut pemimpin idola yang diikutinya hingga sanggup terjun sungai bersama, dia bukan saja tepuk belakang tapi diselitkan sekali anunya.

Sejak beberapa bulan ini, arahan Zahid kepada pengikut-pengikut dan penyokong-penyokongnya adalah buat duit sebanyak yang mungkin.

Orang Zahid macam Ku Kamal, bekas Setpol Zahid sudah cukup masyuk dan digantikan yang lain pula. Yang pelik Ku Kamal, sudah menyamun dan beli kereta mewah tapi takut nak pandu diluar rumah. SPRM patut masuk dan lihat sendiri.

lamluntuk laml Adakah Zahid membuat persediaan untuk menyediakan wang peperangan terhadap Perdana Menteri?

Walluhu alam tapi kami sudah dapat beberapa maklumat mengenai Zahid dan juga Ketua Setiausaha Kementah. Sesiapa nak menyamun kena ingat bahawa tanpa kerjasama pegawai kerajaan bukan senang nak buat kerja menyamun.

Mengenai program mahu menggantikan skuadron MIG29 yang ditegur oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tidak masuk akal dan satu pembaziran, desas desus berbunyi bahawa Zahid dan seorang budak yang beriya-iya mahu jadi Menteri yang dibelakang usaha untuk menggantikan MIG29.

Keluarlah cerita tak ada spare part dan macam-macam. Sebenarnya spare part MIG banyak dikeluarkan oleh India. Ini hanya alasan penyamun tarbus.

Walaupun sudah diumumkan MIG29 akan terus digunakan, Zahid tidak kekuarangan projek dalam MINDEF untuk disamun.

Sumber kami memberitahu bahawa Zahid akan membangunkan Kem Transit di Jalan Ampang yang berdepan Hospital Gleneagle. Tapak tanah yang begitu berharga dan strategik pun kelihatan lapang. Sebelum ini satu syarat untuk tanah itu dibangunkan adalah untuk disediakan kem lain dahulu.

Tidak tahulah syarat itu masih dituntut bawah Zahid. Dengarnya askar-askar merungut. Ini pasti menganiaya dan menyusahkan anggota tentera berpangkat rendah yang tidak ada tempat tidur apabila datang ke Kuala Lumpur. Masaalah untuk mereka tidur di hotel adalah claim lambat dan ada kata sampai dua bulan. Hai ... macam gini ke layanan kita pada askar kita yang menggadai nyawa menjaga keamanan dan ketenteraman negara?

Kem tersebut bakal dijadikan tempat perumahan mewah yang berupa kondominium mahal yang mana orang apa yang akan beli kelak? Tak fikirkah Zahid kem itu kasi undi pada BN. Mereka yang membeli kondo itu undi tak garenti. Peduli apa dia janji masyukkkk ....

Dengar gaduh Zahid dengan KSU mengenai hal ini tapi hmmm ... tak tahulah apa cerita sebenar. KSU tidak dibasahkan bibir pasal dia nak makan seorang ka? Siapa bising sekali pun, projek ini sudah lama jadi idaman kalbu si Zahid. Ianya sejak dia jadi Setpol Najib di Kementah.

Sementara itu, orang-orang Zahid tengah pasang kaki untuk bangunkan kem-kem baru diluar Kuala Lumpur. Dalam Kementah bawah Zahid, sana sini kedengaran perbincangan mengenai projek yang melibatkan swap tanah.

Sebenarnya ini semua suap masuk ke mulut dan suap salah guna kuasa yang begitu menjadi-jadi. Kalau selalunya Menteri menggunakan orang tengah untuk meminta, Zahid tidak malu-malu cakap terus terang dengan taukeh-taukeh tanah yang nak buat swap agar memenuhi syarat suap adik-adik dia.

Adik-adik Zahid yang jantan ada enam orang. Tiga dari mereka muflis bankrup. Kasi macam-macam peluang tapi tak tahu jalankan perniagaan. Tak percaya cek di Jabatan Insolvensi.

Terbaru didengar adalah 200 ekar tanah di Kem Sungai Buloh bakal di swap dengan tanah di sekitar Kajang, dan Ulu Langat. Adik Zahid sudah dapat duit daripada taukeh Cina. Hai SPRM masuk lah ...

Yang menarik mengenai deal ini adalah penglibatan bekas boss Zahid di PNB, Khalid Ibrahim. Siapa tidak tahu Khalid menghadapi kemungkinan muflis jika dia tidak boleh bayar RM66 juta pada Bank Islam. Nak sapu tak boleh terang-terang kerana mata yang perhatinya keliling.

Khalid ini pun penyamun. Masa nak beli saham Guthrie dia bermodal duit menyamun PNB dengan membeli saham syarikat nak lingkup dari Lim Kin Hong.

Macam mana seorang penyamun bercakap mengenai ketelusan dan good governance, tangan yang kita tak nampak tu tetap berjalar. Kalau tidak masuk skirt Elizabeth Wong, tangannya sudah terima duit advance sebanyak RM30 juta.

Kem-kem lain yang sedang dalam perancangan untuk di sebat dalah Kem Batu Cantoment, Kem Jalan Ashby, Ipoh, dan macam-macam. Ada disebat dari proposal orang lain dan ada baru nak disebat.

Semua kem yang dibangunkan adalah strategik dan sudah berada di dalam bandar selama 30-100 tahun. Kalau dibuatnya ada apa-apa berlaku dalam Kuala Lumpur atau mana-mana bandar, dari kem mana nak deploy askar mengamankan keadaan? Bukankah memakan masa lama untuk berkejar masuk. Kalau sekarang, askar sudah berada dalam bandar.

Zahid ini tak sedarkah komunis tu masih banyak? Nama saja Menteri Pertahanan. Parti komunis DAP tu banyak menang kerusi Parlimen di Kuala Lumpur. Tunggu masa depa mesti kasi kecuh dan buat huru hara. Tak akan itu pun tak tau?