Setiap kali parlimen bukan, Dato Ahmad Zahid Hamidi pasti akan disoal pembangkang dan dia bantu mereka dengan jawapan kurang cerdik yang jadi modal untuk PM dan kerajaan diperlekehkan.
Letih mendengar dia sangkut dan tertonggeng-tonggeng menjawab akhbar. Sendiri punya salah tapi dia suruh pihak berkuasa tentera buat laporan polis terhadap akhbar The Malay Mail. Ada sekali itu, Zahid bawa mulut sana sini dengan menyalahkan Dato Najib di atas kesalahannya sendiri.
Setelah berkali-kali perkara sedemikian berulang-ulang, ianya sudah jadi bahan jenaka yang kekal. Sampaikan Nurul Izzah yang budak-budak masih budak-budak semasa Zahid bersama Anwar Ibrahim dalam Pemuda UMNO pun boleh perlecehkan dia.
Dalam satu interbiu Nurul dengan majalah Kompas Indonesia, dia menyentuh mengenai kapal selam yang tidak boleh selam dan lain-lain kelemahan ketenteraan Malaysia. Sememang tidak patut membincangkan mengenai rahsia ketenteraan negara di luar negara. Memang patut juga Zahid Md Arip membuat laporan polis terhadap Nurul.
Jawapan Zahid kepada isu yang ditimbulkan Nurul sungguh lemah. Berapa dia bayar untuk dapat Phd dalam Mass Communication? Akhirnya seorang blogger yang membantu dengan menyiarkan gambar latihan tentera kapal selam.
Semuanya tidak boleh salahkan Nurul sahaja. Zahid juga suka beri kenyataan berkenaan hal hal kapal selam dan macam-macam hal tentera. Padahal ini semua tidak perlu. Nak sangat masuk suratkhabar.
Ini semua gilakan publisiti untuk menaikkan politiknya dalam UMNO.
UMNO dan BN sedang bergolak dan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kalau leka dan cuai, kerajaan yang ada boleh tumbang. Apa Zahid buat?
Dia hanya sibuk berkempen untuk dirinya. Itu pasal dia perlu masuk media dan berbaik dengan blogger supaya mereka yang sudah kenal dia tidak hentam dia lagi. Blogger yang kritikal dicarinya seorang demi seorang. Penulis ada menerima forward e-mail yang mana seorang blogger diugut salah seorang Setiausaha Zahid.
Tak peduli dia parti, tak peduli dia nasib Melayu jika DAP berkuasa kelak. Lihat bagaimana Zahid sabotaj Dato Dr Zambery yang merupakan Ketua Perhubungan UMNO Perak. Bahagian UMNO Perak berbalah kerana hasutan Zahid.
Zahid memanaskan kemarahan warlord UMNO Perak yang tidak dapat fulus. Ada pihak marah dengan Zamberu kerana letakkan banyak sangat bekas orang PKR dan orang Khairy dikelilingnya. Habis tu ... bukankah Zahid pun katanya masih orang Anwar dan pembela Khairy?
Sebenarnya Zahid cemburu dengan Zambery yang diberi jawatan Ketua Perhubungan UMNO Perak. Dia marah dengan Najib kerana tidak meletaknya sebagai Ketua Perhubungan Perak. Perwakilan UMNO Perak ramai berbanding dengan UMNO Pulau Pinang yang tidak efektif bahwa kepimpinannya.
Sejak memegang jawatan Naib Presiden UMNO nombor satu, Zahid sudah berangan-angan untuk jadi Perdana Menteri. Disebalik senyum manis dan mesra mulut Zahid, kepala dia sudah besar. Sudah ada desas desus dia akan cabar Tan Sri Muhyuddin untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tangan dan mulutnya mencucuk-cucuk dan menghasut Najib. Dia mengadu domba Najib dan Muhyiddin.
Dari Najib yang percaya dan berterima kasih dengan Muhyiddin kerana memberi tekanan pada Pak Lah untuk berundur, ada kata Najib kini sudah mula cuak sikit. Bab mengapi-apikan orang, Zahid memang pakar.
Satu perkara yang membuat Zahid berangan adalah kerana Hishamuddin adalah orang Johor dan sepupu pada najib. Tidak mungkin PM dan TPM dari satu negeri yang sama. Kalau Hishamuddin jadi TPM pada Najib dengan melanggar Muhyiddin keluar, pembangkang akan guna isu nepotisma dan kebangsawanan.
Zahid sudah termimpi-mimpi nak jadi PM sampaikan ke sana sini dia sudah guna escort tentera. Ini bersalahan dari segi peraturan kerana hanya Agong, Raja, PM, TPM dan MB dapat escort tentera.
Mula-mula dia guna escort tentera untuk Majlis Kementah. Alasannya, kalau jeneral-jeneral dapat escort tentera, Menteri kenalah diberikan juga.
Akibat sudah terbiasa, dia guna escort tentera ke Majlis-majlis politik, balik kawasan dan sampai ke Parlimen. Dikhabarkan Pak Lah ternampak Zahid gunakan escort tentera dan terkejut. Pak Lah pun pernah menyandang jawatan Menteri Pertahanan. Malahan Kementerian terakhirnya adalah KEMENTAH.
Persediaan Zahid untuk jadi PM adalah dengan menyediakan sumber kewangan. Itu yang pejabatnya sibuk dan ramai macam pejabat JPJ. Jika sebelum ini, KSU Dato' Sri Hj Abu Bakar bin Hj Abdullah menjadi batu penghalang untuk Zahid mengaut, dia telah lobi untuk Dato Bakar dinaikkan pangkat untuk mengetuai Jabatan Perkhidmatan Awam.
Setiausaha Bahagian Dasar Kementerian Pertahanan Dr Ismail Ahmad dinaikkan pangkat menjadi KSU. Dr Ismail lebih bekerjasama, kata orang. Kerjasama dalam hal apa? Allah dan mereka-mereka yang terlibat tahu.
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
4 hari yang lalu