Mana tempat sesuai untuk si bingai ni?

Zahid nak sangat Luar Bandar untuk samun dan mileage politik. Jangan dikasi!

Pada Ahad lepas, akhbar The Star menyiarkan laporan Joceline Tan mengenai pertukaran kabinet tidak lama lagi. Rencana beliau diberi ruang di muka hadapan akhbar.

Menurut laporan Joceline, salah satu ramalan menjangkakan tiga Menteri akan digugurkan. Satu melibatkan seorang Menteri lama dari zaman Dr Mahathir. Antara dua yang lain, salah satu itu agak senior tetapi dalam masa yang terdekat sudah mengumpul beban politik.

Bunyi macam Zahid Hamidi aje?

Joceline melaporkan ada desas desus memberitahu bahawa Najib sudah memberitahu Abdullah Badawi bahawa dia akan menggugurkan beberapa orang yang dipercayai adalah orang-orang Pak Lah.

Bunyi pun macam Zahid.

Namun demikian, bukan mudah untuk mengugurkan Naib Presiden pertama UMNO dari jemaah kabinet. Melainkan dia dituduh meliwat atau melakukan homoseks, dia tidak boleh digugurkan sewenang-wenang kerana perlu ambilk perkiraan dia ada banyak pengikut dan penyokong dalam parti.

Hanya jika kes saman Amir Bazli lekat, seterusnya pejabat Peguam Negara menyusul menyamannya atas tuduhan jenayah, dan bersabit di Mahkamah, Zaid akan kekal untuk terus menunjukkan kedonggolannya, menyamunnya, dan menyusahkan partinya.

Menurut analisa blog Jelapang, Zahid pun akan kekal dan hanya dipindahkan Kementeriaan. Berikut komennya:
Pelbagai isu dibangkitkan Zahid mengenai Kementerian Pertahanan tanpa mengambil kira bahawa keputusan-keputusan tersebut dibuat oleh Najib sendiri semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan. [Baca Malaysia Today di pautan sini.]

Telahan Jelapang: ZAHID BERTUKAR PORTFOLIO
Sebuah blog ulung, Another Brick in the Wall sini memberi komen berikut:
There are few ways to do so, but the first and most important suggestion is for Najib to address the corrupted and incompetent faces in cabinet.

Something must be done about Zahid, the walking self exploding suicide bomber for UMNO. He fumble and create controversy at every Parliamentary sessions.

If Najib fear of stirring political water to kick him out cabinet, then sent him to Ministries where a Malay medium, oral English deficient, and sastera graduate with questionable doctorate in communication can do without much technical, philosophical and thinking competency required.
Betul juga ye, mana Kementeriaan yang sesuai untuk Zahid?