Zahid ajak Zaid Ibrahim masuk UMNO?


Biar betul?

Penulis tersentak ketika terbaca tajuk "Zahid ajak Zaid kembali kepada UMNO" semasa melayari Forum MyKMU pagi ini.

Inilah Zahid yang selalu bercakap dan membuat keputusan tanpa menggunakan otak. Biarlah kita ketepikan seketika isu orang bukan Melayu tidak patriotik dan fikir balik apa yang dikatakan ini.

Tidak terfikirkah dia betapa marah akarumbi UMNO dengan kenyataannya itu.

Ramai dalam UMNO masih belum yakin akan kesetiaannya kepada UMNO kerana masih menganggapnya sebagai "orang Anwar." Penulis pun rasa demikian.

Baca forum itu di sini untuk merasai hati akarumbi.

Kaitannya jelas.

Khairy rapat dengan Zaid Ibrahim dan terbaca dalam satu blog bahawa Zaid adalah rakan minum Zaid Ibrahim. Air yang diminum itu faham-faham saja.

Abang kepada anak menantu Zahid dan anak bekas arwah Abang Zack bernama Zainuri adalah budak Khairy dan pilihannya untuk jadi Ketua Pemuda Selangor.

Zahid berjanji akan naikkan Khairy jadi Menteri.

Kenyataan ini begitu bodoh hingga blog pembangkang pun boleh nampak kedangkalan jemputan Zahid itu. Petikan berikut:
Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi pula begitu terburu-buru meminta supaya Zaid Ibrahim menyertai semula UMNO yang pernah dikutuknya semasa bercumbuan di dalam PKR.

Apa istimewanya Zaid Ibrahim untuk dipelawa masuk semula ke dalam UMNO, sedangkan Ibrahim Ali yang begitu kuat memuja dan memuji Najib di dalam PERKSA tidak mendapat pelawaan sebagaimana Zaid Ibrahim.
Tulisan sepenuh boleh dirujuk ke laman tersebut sini.

Zahid boleh kata itu muslihatnya untuk merosakkan nama Zaid Ibrahim tetapi ia tidak kena caranya.

Tun Abdullah sendiri yang pernah melantiknya masuk kabinet pun kecewa dengan Zaid.

"Dia cuba hendak mencapai jawatan yang lebih tinggi, tetapi tidak dapat, kemudian melepaskan semua jawatan dan tinggal PKR, kalau dia suka PKR patutnya dia pimpin PKR tetapi nyata sekali dia tidak suka PKR."

Katanya lagi, "Saya tidak terkejut, dulu pun masa dalam Umno dan diberi peluang menjadi menteri tetapi tiba-tiba dia (Zaid) mengambil keputusan untuk meletak jawatan."

Dia pun tidak menjemput Zaid kembali. Kenapa Zahid pula yang nak cuba memandai-mandai?

Cubalah fikir panjang sebelum bercakap.