Berita Harian 19 Nov, 2006
Anak Dr M tak rasional: Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Datuk Mukhriz Mahathir disifatkan sebagai tidak rasional dan enggan berpijak di bumi nyata apabila mengeluarkan kenyataan yang dianggap memperlekehkan ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika perasmian Perhimpunan Agung Umno 2006 Rabu lalu.
Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata Mukhriz yang juga anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menerima hakikat bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendapat sokongan ahli Umno kini adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno.
“Beliau tidak berpijak di bumi nyata, hakikat harus diterima bahawa pemimpin datang dan pergi. Pemimpin yang lama dihormati, pemimpin yang baru disayangi, itu patut ada pada kita,” katanya di sini, semalam.
Sambil menyatakan rasa kesalnya, Ahmad Zahid berkata, Mukhriz yang menjadi Exco Pemuda Umno dengan undi tertinggi turut menjejaskan imej sayap parti itu apabila seolah-olah menunjukkan pemimpin Pemuda tidak memperlihatkan sikap ‘kejemaahan’, sedangkan sebelum itu mereka memutuskan menerima pakai dan menyokong ucapan Presiden parti.
Berhubung keengganan kepemimpinan Pemuda bertindak terhadap Mukhriz, beliau berkata, Mukhriz bernasib baik kerana jika presiden parti bukan Abdullah atau masih dipegang pemimpin yang lepas, beliau mungkin sudah dipecat atau dikenakan tindakan disiplin.
KOMEN: Kamu dipecat dahulu kerana pecah amanah ... Akuilah!