Si Lalang tegur Pemuda mengenai Singapura tapi endorse Khairy?

Agendadaily 14-7-2007

Singapura: Zahid Hamidi ‘tegur’ Pemuda UMNO…



Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi tampil ‘garang’ semasa merasmikan serentak mesyuarat perwakilan Pemuda dan Wanita UMNO bahagian Wangsa Maju di Kelab Century Paradise, Taman Melawati dekat Kuala Lumpur petang Sabtu.

Antara fokus ucapannya kira-kira sejam menghentam kenyataan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew baru-baru ini mendakwa kononnya ada kalangan pemimpin Umno Johor nak jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana tidak puashati mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini ada pesanan untuk semua ahli pergerakan itu di seluruh negara.

Beliau meminta mereka di masa akan datang bersatu suara menyerang balik kenyataan begini yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Singapura itu.

Beliau melihat Lee Kuan Yew mempunyai agenda tidak baik terhadap pimpinan negara ini.

Timbalan Menteri Penerangan itu menilai Singapura seolah tidak senang melihat kemajuan di Malaysia.

Katanya mereka tidak harus membiarkan hanya sesetengah pimpinan pergerakan itu dan Pemuda bahagian dan cawangan UMNO di Johor sahaja yang bersuara.

Menurut Zahid WPI bukan terhad pada Johor sahaja tetapi menyangkut soal nasional.

Kenyataan Lee Kuan Yew itu telah mencetuskan kejutan.Kalangan pimpinan UMNO Johor hairan bagaimana Menteri Mentor Singapura itu boleh bercakap begitu sedangkan hal itu tidak berbangkit.

"Pemuda bahagian dan cawangan perlu memberikan respons, apabila tiada sokongan daripada ahli yang lain kita tidak mahu Johor ditinggalkan bersendirian kerana ia melibatkan masalah nasional bukan masalah Johor sahaja," katanya.

Beliau kesal dengan tindak tanduk politik Singapura terhadap Malaysia.

Katanya walaupun Malaysia turut mengharapkan pelaburan dari Singapura di WPI tetapi para pemimpin politik Singapura tidak harus bersikap demikian.


Zahid berkata ‘mainan Singapura’ sebenarnya turut mencetuskan masalah di Indonesia,Thailand dan Filipina.

Sambil menyifatkan Singapura ibarat Israel di celah bumi Arab,beliau meminta pergerakan Pemuda UMNO menjadi bentang utama menangkis ‘serangan’ dari republik itu.

Hadir di majlis itu ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Paduka Norza Zakaria yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pimpinan bahagian berkenaan.

Menjawab soalan mengenainya dalam sidang akhbar kemudian Zahid menjelaskan kenyataannya itu bukanlah bermaksud pergerakan itu kini tidak bermaya.

Katanya kalangan pimpinan pergerakan itu seperti Khairy Jamaluddin,Norza dan lain-lain ada membuat kenyataan mengenainya disamping pimpinan Pemuda di Johor.

Namun begitu katanya sepatutnya pergerakan Pemuda di seluruh negara harus bangkit serentak menangkisnya.

Zahid berkata hal seperti ini tidak harus diserahkan untuk ditangani oleh pihak Kementerian Luar kerana ia melibatkan soal diplomasi antara kedua negara.

Dalam ucapannya Zahid juga antara lain endorse Khairy layak menerajui pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau merujuk kepada kemungkinan Ketua Pemuda sekarang Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bertanding jawatan Naib Presiden.

Katanya Khairy cepat belajar dan telah menunjukkan nilai kepimpinan yang baik.

Menurut Zahid Pemuda UMNO juga tidak silap memilih Norza sebagai wakil mereka dalam Majlis Tertinggi UMNO.

Katanya Norza berani bercakap dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan pandangannya sering diterima oleh Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Zahid berkata sebagai mantan Ketua Pemuda UMNO Malaysia beliau gembira melihat pergerakan itu kini dipimpin dengan mantap oleh Hishamuddin.

Katanya seseorang mantan itu harus menerima hakikat generasi yang dipimpinnya adalah berbeza dengan generasi yang dipimpin oleh mereka yang mengambilalih jawatan itu.

Beliau berkata keadaan dan suasana adalah berbeza.

Begitu juga,katanya, seorang bekas Perdana Menteri tidak harus komplen tentang Perdana Menteri yang memimpin sekarang - 14/7/2007

KOMEN: Apabenda kau merepak Zahid? Khairy, Norza, dan semua ini sokong Singapura dan polisi liberal dengan Singapura. Kau setuju dengan WPI yang meleleong negeri Johor kepada orang Singapura? Lepas itu kau endorse Khairy. Ini bukan cakap berkias. Ini lalang atau bodoh?