Utusan Malaysia Jun 6hb, 2008
SHAH ALAM 5 Jun - Permohonan Datuk Ahmad Zahid Hamidi untuk membatalkan saman malu seorang usahawan, Amir Bazli Abdullah yang mendakwa dikasari oleh menteri itu dalam satu kejadian pada Januari 2006 akan disebut semula pada 18 Jun ini.
Ahmad Zahid yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri memfailkan permohonan itu pada 29 Ogos tahun lalu dengan alasan kejadian itu tidak pernah berlaku dan sengaja direka oleh plaintif (Amir Bazli).
Timbalan Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi di sini, Wan Norhisham Wan Yaakob yang menyebut bagi pihak Penolong Kanan Pendaftar, Nur Zafirah Mohamed Ali memutuskan tarikh itu di kamar beliau hari ini.
Peguam Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli semasa ditemui di luar mahkamah memaklumkan, tarikh untuk keputusan bagi permohonan Ahmad Zahid itu juga akan ditetapkan pada hari tersebut.
Amir Bazli, 38, memfailkan saman malu terhadap Ahmad Zahid pada 5 Julai 2007 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah kerana mendakwa ditumbuk oleh menteri kabinet itu pada 16 Januari 2006.
Ahmad Zahid selaku defendan dalam kes ini diwakili peguam Shashi Menon.
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
Seminggu yang lalu