Utusan Malaysia, Ogos 8hb, 2008
SHAH ALAM 7 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Oktober depan untuk membuat keputusan berhubung permohonan Datuk Ahmad Zahid Hamidi membatalkan saman malu seorang usahawan, Amir Bazli Abdullah yang mendakwa dikasari beliau dalam kejadian hampir dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Yahya menetapkan tarikh itu selepas kes disebut di kamar beliau pada pukul 11.50 pagi.
Ketika tarikh ditetapkan, peguam Karpal Singh yang dibantu peguam Sangeet Kaur hadir mewakili plaintif. Sementara peguam, Shamsul Baharin mewakili menteri di Jabatan Perdana Menteri itu selaku defendan dalam saman tersebut.
Pada 5 Julai 2007, Amir Bazli, 38, selaku plaintif memfailkan saman untuk menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah kerana mendakwa ditumbuk oleh Ahmad Zahid pada 16 Januari 2006.
Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 29 Ogos 2007 dengan alasan kejadian tersebut tidak pernah berlaku dan sengaja direka-reka oleh Amir Bazli
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
6 hari yang lalu