Dato Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi baru dilantik menjadi Menteri Penuh sebagai Menteri Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dipertanggungjawabkan mengenai Hal Ehwal Agama Islam dalam kerajaan baru Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihanraya umum ke 12 pada Mac 8hb, 2008.
Sebelum ini, beliau hanya seorang Timbalan Menteri dalam Kementeriaan Penerangan dan Pelancungan. Kekalahan ramai tokoh-tokoh besar UMNO dan Barisan Nasional membuka ruang untuknya mengisi kekosongan ang bertambah di atas.
Dengan demikian, Zahid kelihatan macam orang alim. Dia kelihatan ke sana sini memakai songkok, bercakap mengenai Islam dan melafazkan istilah-istilah Arab. Latarbelakang ayahnya yang berguru dengan Abdullah Fahim dihebah-hebahkan untuk pengetahuan semua.
Pada akarumbi UMNO dan orang-orang kampung biasa yang naif, Zahid kelihatan sebagai seorang yang peramah, bersopan dan wara. Orang-orang bawah yang tidak tahu menahu mengenai latarbelakangnya pasti tertarik dengan pembawakkan Zahid.
Diantara ramai yang akan mencuba jawatan Naib Presiden, Zahid adalah yang paling popular dan luas sokongan.
Baik dari segi politiknya, segi kepimpinan, segi urus kerja dan segi keperibadian, Zahid hanya seorang yang boleh digambarkan sebagai "cakap tidak serupa bikin".
Dia mempunyai kes-kes salahlaku jenayah (
Criminal Breach of Trust), kes mahkamah kesalahan penal code bagi
gangsterdom, pengamal politik wang, dan amalan politik yang tidak berintegriti.
Zahid tidak layak untuk mana-mana tempat dalam kepimpinan tertinggi UMNO. Beliau adalah seorang ahli politik yang sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya. Dia tidak pernah setia kepada sesiapa melainkan hanya untuk ketamakan dirinya sahaja.
Politiknya dari peringkat Bahagian hingga ke Pusat memualkan.
Siapa tidak ingat Zahid menyampaikan syarahan Korupsi, Kronisma, dan Nepotisma
ala pemimpin reformasi Indonesia Amien Rais sebagai Ketua Pemuda UMNO menghentam Presiden UMNO, Dr Mahathir bagi pihak Timbalan Presiden semasa itu Dato Seri Anwar Ibrahim?
Akhirnya, apabila senarai projek-projek didedahkan, Zahid didapati melakukan CBT menukar saham kepunyaan Yayasan Gerk Bakti ke bawah namanya. Baru semasa itu, dia mengaku saham yang dibawah namanya itu saham Yayasan. Mana boleh saham kepunyaan Yayasan boleh berubah tangan dengan mudah.
Jika Zahid terpilih untuk jawatan tertinggi, beliau akan menyalahgunakan tanggungjawab. Contohnya, siapa tidak ingat Zahid menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mengeluarkan kad kredit untuk membeli pengaruh Ketua-Ketua Pemuda UMNO? Apa jadi pada pengguna kad-kad kredit, apabila hutang tidak terbayar?
Zahid juga sedang menghadapi kes mahkamah kerana terlibat mencederakan seorang duda anak muda bernama Amir Bazli yang pernah menjadi rakan geng moto besarnya dan teman lelaki anaknya, Nurul.
Meletakkan seorang yang tiada integriti seperti Zahid sebagai Naib Presiden atau apa-apa jawatan tinggi dalam UMNO akan membawa padah kepada perjuangan parti, dan usaha untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanahair.
Menyedari kes-kes ini, blog ini memulakan langkah satu usaha untuk mendedahkan pelbagai salahlaku Zahid. Penulis sedar Islam melarang perbuatan mengaib dan mendedahkan kelemahan orang Islam yang lain. Itu kalau orang itu sudah bertaubat dan berhenti dari melakukan perkara-perkara mungkar. Malah tidak perlu dihebohkan jika perbuatannya tidak menjejaskan orang lain. Tetapi, tidak untuk Zahid.
Pada penulis, prinsip yang lebih penting adalah "amar makruf nahi mungkar". Membiarkan perbuatan-perbuatan rasuah, tidak amanah, dan salahguna kuasa adalah satu dosa besar. Menjadi fardhu kifayah untuk kita semua menentang kemungkaran dan menyelamatkan orang ramai dari mudah tertipu. Atas prinsip inilah, penulis berpegang.
Biar pada Allah jua pengakhir keadilan.