Rabu, 10 Disember 2008

11 dalil Zahid masih orang Anwar Ibrahim

Apa jadi kepada Zahid sekiranya BN tumpas pada PRU 13?

Jawapannya senang. Dia akan mengikuti Anwar Ibrahim ke PKR dan Pakatan Rakyat. Jangan hairan jika dia ditawarkan jawatan.

Kepada ramai yang tidak teliti akan memberi alasan Zahid ada mengkritik Anwar dan berkempen menentang Anwar di Permatang Pauh. Ini tidak membawa erti kerana bagi orang politik, kata nesta sedemikian adalah perkara 'biasa'.

Ada beberapa sebab kesimpulan ini dibuat. Ia banyak berdasarkan maklumat dan pandangan pemerhati politik yang mempunyai jaringan maklumat yang luas, faham akan seni pencak politik, dan sudah 'kasyaf politik' tersendiri.

Pertama, Zahid adalah 'suara Anwar' dalam Pemuda UMNO semasa dia menerajuinya selama dua tahun. Kemenangan Zahid seorang orang baru mengalahkan pencabar-pencabar yang lebih ternama adalah atas bantuan dan pengaruh Anwar. Baiah Zahid kepada Anwar begitu kuat hingga sedia menuduh Dr Mahathir mengamalkan korupsi, kronisma dan nepotisma walaupun dirinya terlibat dengan jenayah CBT.

Kedua, Zahid adalah kroni Anwar. Sila baca laporan Utusan Malaysia bertarikh Jun 20, 1998.


Senarai kroni Anwar

KUALA LUMPUR 19 Jun - Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham yang bernilai berpuluh bilion ringgit.

Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.

Beliau memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

Nama Kamaruddin terkandung dalam senarai saham dan pemberian projek kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini - satu tindakan yang bertujuan mendedahkan bagaimana Anwar membahagi-bahagikan kekayaan negara kepada rakan-rakannya.

Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. Dr. Rahim Ghouse, seorang lagi penyokong kuat Anwar turut mendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion

Penulis dan bekas pensyarah universiti, Rustam Sani, yang hebat mengecam kerajaan selepas Anwar dipecat daripada kerajaan sejak sembilan bulan lalu juga mendapat projek iaitu pembinaan Kompleks Jabatan Imigresen Shah Alam yang kini pada peringkat kelulusan prinsip. Rustam, 55, adalah pemegang saham utama syarikat yang mendapat kontrak itu, Pasca Baru (M) Sdn. Bhd.

Beliau lantang membela Anwar dan mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang didakwanya mengamalkan kronisme nepotisme terutama dalam tulisan-tulisannya yang diterbitkan dalam akhbar Harakah dan penerbitan yang pro bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Salah satu dokumen yang dikeluarkan dalam senarai itu bertajuk Pemberian Projek Penswastaan Kepada Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) (Perjanjian Telah Ditandatangani).

Projek pembangunan kerajaan yang diluluskan kepada kroni Anwar adalah pelbagai daripada penswastaan pembetungan najis, penswastaan perkhidmatan ambulans hinggalah kepada pembangunan mengeluarkan lapan dokumen pada Perhimpunan Agung UMNO, dan daripada senarai itu terdapat dua senarai yang mengandungi maklumat berhubung 27 buah projek yang diberikan kepada penyokong-penyokong Anwar.

Hanya 14 daripada 27 projek itu dicatatkan kosnya. Nilai terkumpul 14 projek itu ialah RM33.92 bilion. Dijangkakan, jika kos projek-projek lain diperoleh, nilai keseluruhan akan jauh lebih tinggi.

Selain Kamaruddin, nama-nama lain yang mendapat faedah ialah Datuk Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad Bahrim Ayob dan Datuk Ghazi Ramli.

Dalam satu senarai berasingan, nama bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, juga dicatatkan sebagai menerima kelulusan prinsip projek Pembangunan Semula Kampung Haji Abdullah Hukum di Kuala Lumpur.

Selain beliau, nama penyokong Anwar lain juga disebut dan mereka kebanyakan adalah bekas para pemimpin ABIM dan pemimpin UMNO yang rapat dengan Anwar. Mereka ialah Datuk Ahmad Ismail, Datuk Iqbal Mohd., Kuppa Pitchai Rawther, Datuk Nasruddin Jalil dan Datuk Ahmad Saad.

Tindakan menyenaraikan nama individu dan syarikat bumiputera yang mendapat saham dan projek itu adalah langkah kali kedua selepas Dr. Mahathir mengejutkan ahli-ahli UMNO dengan senarai yang sama pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

Senarai tersebut dikeluarkan oleh kerajaan bagi menangkis dakwaan Anwar yang menuduh kerajaan mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah. Ia dipamerkan untuk diteliti oleh para perwakilan dan ahli-ahli UMNO yang menghadiri perhimpunan agung parti itu di sini.

Kamaruddin, Ketua UMNO bahagian Tumpat, juga tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta).

Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh, Kamaruddin Mohd. Nor, yang juga bekas Setiausaha Agung ABIM pula memegang saham sebanyak 250,000 unit dalam syarikat Eastern dan Oriental.

Bapa Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon dan Marzukhi yang memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. Syarikat itu ialah Pengkalen Holdings Berhad (Ibrahim dan Farizon) masing-masing 250,000 saham pada 2 Mei 1998; Nissan Industrial Oxygen Incorporated (Ibrahim) sebanyak 3,790.500 dan Penas Corporation (Marzukhi) sebanyak 2,800,000.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, memiliki sebanyak 6,751,493 saham dalam syarikat Tekala Corporation (TCB). Menerusi syarikat Pantai Dalam Sdn. Bhd., beliau juga telah mendapat kelulusan prinsip untuk projek pembangunan semula Kampung Haji Abdullah Hukum.

Senarai-senarai pemberian saham dan projek itu dipamerkan di tingkat empat, bertentangan dengan pintu masuk utama ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Senarai pertama melibatkan pemberian 18 projek penswastaan menerusi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang perjanjiannya telah ditandatangani sehingga 15 Jun lalu.

Para penyokong Anwar yang paling kerap tertera daripada 18 projek itu ialah Mohd Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nadzri Abdullah dan Datuk Khalid Ahmad yang memiliki saham utama dalam sembilan projek.

Projek-projek itu ialah projek Kuala Lumpur Central menerusi syarikat Freeway Properties dan bernilai RM713 juta; Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3); perkhidmatan telekomunikasi Satelite Network; projek Lebuh Raya Ipoh-Lumut bernilai RM1,000 juta dan projek perkhidmatan sokongan hospital Redicare Sdn. Bhd bersama Azmi Jaafar.

Ketiga, semasa Zahid ditahan dibawah ISA, antara mereka yang kuat membela Zahid adalah cucu saudara Tun Ghaffar, Zahid Mat Arip. Zaid adalah salah seorang penggerak Reformasi dan pemuda Parti Keadilan. Dia kini kembali ke UMNO bersama Ezam dan berkempen untuk UMNO di Permatang Pauh baru-baru ini. Ramai melihat mereka ini sebagai 'Kuda Trojan' Anwar

Semasa itu, Zahid Mat Arip dan Johari Abdul adalah pegawai Yayasan Gerakbakti yang sama menyonglap untuk Zahid Hamidi saham Kretam. Bersungguh dia mempertahankan bos hingga menyiarkan surat terbuka kepada Tun Dr Mahathir. Sedutan berikut:

Datuk Zahid telah hadir di rumah Datuk Seri Anwar sebagai tanda simpati dan atas dasar persahabatan untuk beberapa waktu. Selepas mesyuarat Exco memutuskan bahawa Datuk Zahid diminta tidak lagi berdampingan dengan Datuk Seri Anwar sehingga nasibnya diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO, beliau telah akur dengan keputusan itu dan tidak lagi dilihat bersama di rumah Datuk Seri Anwar. Dalam tempoh itu, beliau telah menumpukan tugas-tugasnya sebagai Penegrusi di Bank Simpanan Nasional dan di Kretam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau telah ke Sabah atas urusan Kretam. Di Sabah, saudara telah mengeluarkan perintah supaya beliau di tahan di bawah ISA.
Jika diterima penjelasan Dr Mahathir bahawa ISA digunakan mengikut peraturan dan adalah atas nasihat polis, ini bermakna Zahid telah diikuti sekelian lama oleh Polis Cawangan Khas dan mempunyai justifikasi untuk dianggap dan ditahan sebagai ancaman keselamatan dalam negeri.

Difahamkan Zahid dilepaskan setelah beberapa hari kerana isterinya merayu kepada anak Dr Mahathir, Dato Mokhzani membantu. Mokhzani merupakan Bendahari Pemuda UMNO yang dilantik Zahid. Dia telah menolong mendesak ayahnya untuk mengkajisemula kes Zahid.

Keempat, selepas berhenti dari jawatan Ketua Pemuda UMNO, dia dikata dikalangan penggiat-penggiat reformasi semasa itu sering kelihatan berada di Jakarta bersama Abdul Rahim Ghouse yang telah melarikan diri.


Zahid juga dikatakan sering bersama Amin Rais, Gus Dur, dan lain-lain pemimpin-pemimpin Indonesia yang menyokong Anwar. Mereka ini mempunyai hubungan rapat dengan maerika Syarikat dan merupakan pembawa agenda mereka.


Kelima, Zahid mempunyai pertalian kerja dengan strategis PKR dan Wakil Rakyat PKR, Saifuddin Nasution yang dilantik memegang jawatan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO. Ahli Parlimen PKR, Johari Abdul pernah bersamanya di Kementerian Pertahanan. Dikalangan pemerhati-pemerhati Zahid, pertalian rapat ini dikekalkan sebagai opsyen politik dan penghubung dengan Anwar.

Keenam, Zahid dikatakan dihubungi agen-agen PKR untuk lompat parti ke Pakatan Rakyat. Dia mengaku dihubungi tetapi mengatakan walaupun dia berkawan dengan mereka, kesetiaannya masih kepada UMNO. Tetapi yang didengari dari kalangan penggiat PKR adalah Zahid ada berkata, jika belum cukup satu, dia akan mencukupkan. Ini mencurigakan.

Ketujuh, pertalian rapatnya dengan pemimpin-pemimpin PKR merupakan salah satu sebab kes Amir Bazli tidak menjadi isu. Ini boleh dianggap sebagai salah satu petunjuk hubungan baik Zahid dengan Anwar. Saifuddin dikatakan enggan menjadikan isu kerana mengenangkan budi Zahid melantiknya Setiausaha Kerja Pemuda UMNO. Malah, Anwar Ibrahim pun mengetepikan kes Amir Bazli walaupun kes ini sudah dalam pengetahuannya.

Kelapan, pertalian Zahid dengan Saifuddin dan Johari Abdul telah membukakan ruang untuknya mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang. Untuk mengaburi mata rami, dia mewar-warkan ramai pemimpin-pemimpin PAS dan ABIM adalah rakan sekolah.

Kesembilan, Zahid mempunyai hubungan rapat dengan wartawan-wartawan, akhbar-akhbar dan portal-portal pembangkang yang pro-Anwar. Salah seorang darinya adalah Mohd Sayuti Omar yang dikatakan telah menemui Amir Bazli untuk menawarkan wang bagi pihak Zahid untuk mendiamkan kes. Dia juga telah dibiayai Zahid untuk pergi Haji tahun lepas yang mana telah dilaporkan sebagai pertemuan yang tidak dijangka di Mekah. Sejak itu, tidak lagi kedengaran Siasah melaporkan kes Zahid.

Adakah kerana sahabat rapat, maka Syed Huseein AlAttas, penulis politik 'lallang' ini pertahankan Zahid?

Portal Malaysia Today yang pro-Anwar pun tidak ada membuat pendedahan terhadap Zahid. Secara kebetulan atau tidak, Sayuti adalah penulis ruangan Antara Kita yang berbayar di MT. Mungkinkah ini akan berubah selepas Raja Petra dimalukan Zahid sebagai orang tidak sembahyang?

Yang hairannya bagaimana Zahid boleh tahu Raja Petra tidak sembahyang? Adakah mungkin dia sangat rapat dengan Raja Petra dan pernah menyogok diam penulis pereka konspirasi upahan Anwar ini?

Lain-lain orang Zahid yang terlibat dengan media dan Anwar adalah Hanapiah Man yang keluar PKR, masuk balik UMNO dan kini bersama Agendadaily. Dia adalah bekas pegawai media Zahid bersama Rozaid Abdul Rahman. Agendadaily kini membantu membiaskan untuk Zahid.

Kesepuloh, didedahkan oleh blog Masterdedah bahawa Zahid telah membocorkan tarikh pembubaran Parlimen dan menyumbang jutaan ringgit membantu Anwar Ibrahim untuk PKR bersedia bagi PKR 12. Maklumat ini dilaporakan telah disahkan Faisal Mustaffa, AMK PKR kepada blogger tersebut.

Kesebelas, sebagaimana yang pernah dilaporkan dalam blog ini, Zahid telah dilaporkan Raja Petra di FAC sebagai tidak percaya Anwar melakukan meliwat. Dalam pertuduhan terbaru melibatkan Saiful, Zahid tidak bersungguh menuntut Anwar melakukan Muhabalah dan bersikap lebih berkecuali berkenaan isu ini. Ia seolah-olah memberi isyarat kepada pegawai-pegawai Jakim untuk memberi ruang keluar kepada Anwar.

Benar atau bohong? Fitnah atau fakta?

Risikonya akan diambil oleh perwakilan-perwakilan UMNO yang akan mengundi untuk jawatan Naib Presiden UMNO di Persidangan Agung UMNO pada akhir bulan Mac 2008. Tanya pada diri sendiri, adakah Zahid risiko yang harus diambil oleh UMNO? Adakah dia layak dinaikkan keperingkat lebih tinggi dalam UMNO? Atau kerjayanya yang mencurigakan layak di akhiri? Tepuk dada tanya selera.

2 ulasan:

ustazSAID berkata...

Salam,
Klu nak sokong calon ttentu pun bukan bgini caranya...sampai bilalah kita nak insaf ni?

Keadilan untuk Amir Bazli berkata...

Bila dalam tulisan ini saya menokong mana2 calun tertentu, ustaz?

Perhati betul2. Cuba ustaz baca begitu banyak tulisan sini. Jangan berhujah cara yang jumud dan cetek.

Saya HANYA tak sokong dan tentang Zahid Hamidi. Percayalah, dia akan hanya membawa huru hara.

Dari ustaz cuba menimbulkan kesangsiaan, cuba bincang satu persatu fakta2 yg saya bentangkan.

Pernah fikirkan kenapa zahid tidak pernah dikritik dan diserang pembangkang???? Salahnya banyak sekali.