Sepanjang tahun 2008, empat tarikh mahkamah telah ditetapkan untuk mula bicara kes saman sibil
Amir Bazli terhadap
Zahid Hamidi. Semua tarikh itu tertangguh kerana ada saja
Zahid memasukkan permohonan. Ini menyerupai taktik yang diguna Anwar Ibrahim untuk melewat-lewatkan perbicaraan kes liwatnya.
Setelah tertangguh berkali-kali dan affidavit menunjukkan kes ini ada asas, mahkamah terpaksa menetapkan tarikh bicara. Tarikh bicara pertama adalah pada Mac 2009. Apabila sampai masanya, tarikh tersebut telah ditunda pula ke selepas Mesyuarat Agung UMNO yang berjalan pada akhir bulan Mac 2009. Ianya seolah-olah membantu supaya kes ini tidak merosakkan peluang
Zahid untuk memenangi jawatan Naib Presiden UMNO. Tarikh baru ditetapkan pada Mei 12hb, 2009.
Sampai ke tarikh tersebut, ditangguh pula ke bulan. Lepas itu bulan Ogos. Tarikh bicara terkini yang telah ditetapkan adalah besuk,
September 10hb 2009. Adakah kali ini akan bermula bicara atau
Zahid ada lagi alasan untuk menangguh?
Usaha
Amir Bazli mencari keadilan adalah pengembaraan yang jauh. Dari masa peristiwa ganas ini berlaku pada Januari 18hb, 2006, Amir menghadapai banyak masaalah untuk mendapat keadilan pada dirinya yang teraniaya.
Polis enggan membantu dan tanpa bantuan polis, tidak ada kes untuk Peguam Negara dakwa
Zahid. Inilah yang terjadi, apabila seorang marhaen tanpa wang dan kuasa ingin menentut keadilan.
Kecaman demi kecaman dan pelbagai fitnah dihala kepada
Amir Bazli. Konon dia mempunyai kisah masa silam dan pelbagai cerita peribadinya diungkit dalam komentar blog ini. Ada bunyi berdendam dan ada bunyinya padan muka kau. Sudah malas mahu dilepaskan komentar-komentar sedemikian.
Semua pihak enggan melihat perkara ini dari perspektif kes ini hanya dari aspek kes. Ada cuba memutarbelit dengan cuba mengaitkan kepada perkara-perkara yang langsung tidak ada kaitan. Satu perbuatan jenayah telah dilakukan dan penjenayah tersebut perlu dikenalpasti dan dihukum. Mana rasional bagi mangsa jenayah pula dipersalahkan kerana perkara-perkara lain yang tidak ada kena mengena dengan tindakan
Zahid mengganas dan memukul anak muda
Amir Bazli.
Sementara perkara yang dituduh terhadap
Amir Bazli masih tidak dapat dijelaskan betul atau salahnya, kes
Amir Bazli sudah ada bukti dan saksi. Kes ini adalah mengenai kes assault dan mungkin berniat membunuh. Walau apa sekali pun
Amir Bazli pernah lakukan di masa lepas, ia tidak memberi justifikasi untuk
Zahid melakukan jenayah. Tiada alasan politik boleh menjustifikasi melakukan keganasan terhadap
Amir Bazli, tidak kira dia Menteri atau orang biasa.
Ada pihak cuba memberi putarbelit politik dengan menuduh
Amir Bazli adalah budak PAS yang berhasrat untuk jatuhkan
Zahid. Kalau dia orang PAS, sudah tentu dia di bela. Mana dia YB Salahuddin Ayub yang merupakan wakil rakyat
Amir Bazli yang berasal dari kawasan Kubang Kerian? Anwar dan PKR boleh jadikan isu ini untuk mengenakan seorang Naib Presiden UMNO, tetapi ini tidak berlaku.
Amir Bazli tidak dapat mana-mana pembelaan ahli politik. Kes ini memang tidak ada elemen politik. Budak muda ini tidak ambil peduli pun mengenai perkara-perkara seperti politik dan hal ehwal semasa. Dia berkenal dengan
Zahid dan anaknya melalui acara membawa motor besar.
Sebagaimana yang berlaku pada Saiful Bukhary yang kes menjadi lewat, begitu juga yang dihadapi oleh
Amir Bazli dan dalam kesnya, ia dilewatkan oleh salah guna kuasa dan pengaruh
Zahid Hamidi. Adakah
Amir Bazli akan dapat keadilan yang diharapkan selama ini besok? Kita sama-sama lihat samada kes ini akan ditangguhkan lagi atau tidak?