Kongres Ekonomi Islam Ketiga yang berlangsung pada 12 - 15 Januari 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur merumuskan dalam
salah satu resolusinya untuk memperkasakan institusi zakat, wakaf, dan dana Muslim.
Dalam tiga minggu selepas itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Jabatan Perdana Menteri, Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan Berita Harian Februari 8hb, 2009 menyaksikan tandatangan Memorandum Persefahaman antara anak syarikat UDA,
Uda Land North Sdn Bhd dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIP) untuk memajukan tanah wakaf Pulau Pinang.
Pada Februari 15hb pula, sebuah
pusat kegiatan saudara baru berharga RM7 juta di Taman Seri Rahang, Seremban telah dirasmikan pembinaan di bawah program pembangunan tanah wakaf.
Pada Februari 25hb, satu upacara
majlis perasmian pecah tanah Hotel Wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pula.
Hotel lapan tingkat bertiga bintang di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka yang berharga RM22 juta dikatakan adalah hotel yang berkonsep Islam.
Pelancaran bertubi-tubi ini kemungkinan adalah rancangan pembinaan imej politik Zahid. Namun begitu, ia memang sebahagian dari perancangan penubuhan Perbadanan Wakaf Nasional(PWN) yang diumumkan Ahmad Zahid. PWN ditubuhkan di bawah Yayasan Wakaf Malaysia dan berpfungsi menyelaras urusan pembangunan tanah-tanah wakaf di seluruh negara.
Dari angka yang diberitahu Ahmad Zahid, terdapat RM1.9 billion nilai tanah wakaf yang tidak dimajukan iaitu tanah wakaf am seluas 2,700 hektar, dan tanah wakaf khusus seluas 3,500 hektar.
Ini satu jumlah yang boleh dikira besar. Namun begitu, persoalannya adalah mengapa perlu untuk menubuhkan lagi satu entiti untuk membangunkan tanah wakaf? Padahal sudah ada usaha-usaha lain untuk memajukan tanah wakaf bawah
rancangan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (Jawhar). dan lain-lain usaha.
Konsep yang dibawa Ahmad Zahid jelas merupakan model dan struktur menyerupai Dana Amanah Hartanah yang mengumpul dana dan membangunkan tanah-tanah wakaf. Mungkin sekali, peruntukkan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perdana Menteri sejumlah RM256 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tidak mencukupi.
Membangunkan tanah wakaf adalah sesuatu yang perlu dilakukan untuk membangunkan ekonomi ummah. Perkara ini sering dibincangkan sebagai satu cara untuk membangunkan ekonomi orang Islam di Pulau Pinang.
Masaalahnya adalah cara struktur korporat yang diusahakan oleh Ahmad Zahid itu membawa kepakaran dan pengurusan yang efisyen akan juga membawa bersama amalan buruk dan penipuan halus dan licik dari dunia korporat. Ini susah untuk dikesan dan disedari oleh pentadbir-pentadbir ugama yang tiada kemahiran dalam perniagaan ala korporat.
Seorang konsultan hartanah mendedahkan rancangan yang dibuat oleh Ahmad Zahid di Pulau Pinang itu tidak akan dapat memanafaatkan ekonomi umat Islam Pulau Pinang.
Kalau mengikut hukum Islam, bukan Islam tidak boleh mengguna atau menyewa tanah wakaf. Dengan rancangan pembangunan yang dilancarkan oleh anak syarikat UDA, konsultan itu berpendapat ia membolehkan orang bukan Islam menyewa dan akhirnya akan hanya memanafaatkan orang bukan Islam.
Menurutnya, anak tempatan Pulau Pinang curiga dengan usaha Ahmad Zahid yang sudah dikenali reputasi sebagai seorang opportunis.
Untuk mendapatkan keyakinan tempatan, helah Ahmad Zahid adalah dengan merancang pembangunan dengan usahasama UDA di bawah Kementeriaan Pembangunan Ushawan dan Pembangunan Koperasi. Dato Noh Omar dipercayai tidak menyedari muslihat Ahamd Zahid dan tidak memahami implikasi kerjasama ini.
Selain itu, Ahmad Zahid telah mengusahakan rancangan pembangunan untuk tanah wakaf termahal di Malaysia. Tanah yang satu masa digunakan sebagai tapak letak kereta dan gerai makan terletak di Jalan Pinang, di belakang Kompleks Antarabangsa, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Tanah itu kini sedang dibangunkan oleh Tabung Haji Development dalam satu projek bangunan komsersil yang cantik dan indah. Konsultan ini menyatakan perkara yang sama akan berlaku seperti di Pulau Pinang.
Pembangunan yang berteraskan kepada objektif komersil akan melibatkan tuntutan pulang setimpal dengan pasaran oleh rakan kongsi dan pemegang amanah dana pelaburan. Tidak kira samada rakan kongsi itu syarikat Tabung Haji dan dana itu dana wakaf. Orang Melayu tidak mampu untuk menyewa mengikut harga sewaan pasaran dan akhirnya ia akan diduduki oleh syarikat bukan Islam tempatan atau antarabangsa.
Walaupun Ahmad Zahid dapat menukar imej luarannya dengan imej ugama, ia tidak dapat melarikan dari realiti bahawa Ahmad Zahid bukan seorang berlatarbelakang ugama. Latarbelakang kerjaya sebelum menceburi politik adalah dalam dunia korporat dan perniagaan.
Apabila dia dilantik ke jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mentadbir hal ehwal ugama, bagaikan semulajadi dia jelas menitikberatkan kepada hal ehwal ekonomi daripada hal ehwal spiritual.
Difahamkan dari sumber-sumber di Tabung Haji, sebaiknya dia menyandang jawatan ini, dia telah menubuhkan satu bilik gerakan di Tabung Haji untuk mengenalpasti tanah-tanah Tabung Haji untuk dibangunkan segera.
Cara segera ini menimbulkan curiga staf Tabung Haji kerana pendekatan Tabung Haji dalam pembangunan hartanah adalah untuk jangkamasa panjang dan dirancang dengan cermat. Ianya seolah-olah ada perhitungan di belakang tabir dengan kontraktor, syarikat pembangunan hartanah, dan pembekal.
Selain dari mengenalpasti tanah-tanah Tabung Haji, pasukan Bilik Gerakan ini juga melihat juga mengkaji peluang-peluang untuk membangunkan tanah-tanah Baitul Mal dan Wakaf.
Dalam pasukan Zahid ini, dia telah meletakkan seorang birasnya yang digelar orang Bagan Datoh sebagai Amir Datuk. Dia kini sedang menjual nama Ahmad Zahid dalam urusan dengan pihak Jawi, Baitul Mal Wilayah dan pihak berkuasa ugama ditempat-tempat lain untuk pelbagai cadangan projek-projek.
Seorang lagi yang menggelar diri hanya sebagai Idris kini dipertanggungjawab untuk mengenalpasti syarikat pembangunan hartanah, kontraktor dan pelabur yang sedia membangunkan tanah-tanah baitulmal dan wakaf. Oleh kerana peluang usahasama ini memerlukan komisyen pendahulu yang perlu dikutip oleh Idris, maka mereka bersedia melayani cadangan dari syarikat-syarikat Cina.
Diberitahu sumber bahawa sekeping tanah di hadapan Balai Polis Jalan Campbell, Kuala Lumpur telah ditransaksikan dengan seorang pelabur Cina untuk membuat hotel. Adakah projek hotel ini berupa hotel cara Islam seperti di Pantai Puteri, Melaka?
Dari yang difahami, projek sedemikian tidak cukup menguntungkan dan hotel yang akan dibina hanya bertaraf sederhana. Masaalahnya pendekatan Cina dalam pengurusan hotel sederhana sering melanggar hukum hakam Islam.
Projek hotel ini mendapat kelulusan kerana pihak pelabur sedia membayar wang pendahulu sebanyak RM1 juta. Wang pendahulu yang dimaksudkan itu masuk terus ke poket Ahmad Zahid dan kroninya. Untuk projek ini, satu perjanjian telah ditandatangan untuk mengubah syarat tanah wakaf untuk penggunaan konvensyenal.
Dari cara pembangunan ini dilakukan, Menteri Hal Ehwal Ugama yang
apologetik terhadap rasuah politik ini jelas sekali melakukan ketirisan untuk membina 'dana perang' (
war chest) untuk politiknya.
Yang jelas sekali adalah kemunculan seorang Akauntan yang bernama Azri sebagai bakal CEO Perbadanan Wakaf Nasional. Azri ini berkait rapat dengan Ahmad Zahid dari masa Kretam dan Inno Sabah. Selepas itu, dia telah masuk Syarikat Maju Perak dan kemungkinan berhenti semasa Perak jatuh kepada pakatan pembangkang. Ahmad Zahid menggunakan Azri kerana kecekapannya memanipulasi buku kira-kira.
Orang kata, harimau bintang tidak boleh membuang tompok. Kalau sudah mula dengan cara haram dan menyalahguna kuasa, apa lagi setelah punya kuasa sebagai Menteri.
Sayang sekali, perwakilan-perwakilan UMNO pendik sekali penilaian politik dan pengukur moral mereka. Mereka mudah tertipu dengan kepitahan Zahid berpidato, imej wara' yang dilakunkan dan sifat ramah mesranya. Nampak gayanya dengan pengaruh Najib, Zahid akan menang sebagai Naib Presiden UMNO.
UMNO perlukan satu reformasi dalam membersihkan parti dari imej rasuah. Adakah boleh seorang perasuah dan penyalahguna kuasa yang tegar seperti Zahid membawa reformasi yang diperlukan UMNO untuk membersihkan dari imej buruk ini. Zahid tidak percaya dan setuju dengan tanggapan ini dan kata ianya hanya dakyah pembangkang.
Bolehkah UMNO terselamat dengan pemimpin korup sedemikian?