Sejak bloger-bloger baru sedar akan sikap Zahid Hamidi sebenar dan bertubi-tubi menhentamnya, Zahid sudah macam cacing kerawit kepanasan.
Dia hairan macam mana dirinya sebagai Naib Presiden yang paling tinggi undi atau pada pandangannya paling popular kini dihentam sana sini oleh bloger. Selama ini dia ingat hanya blog Dua Dunia saja yang tidak suka padanya. Dan selama ini, Zahid ingat Dua Dunia tidak berpengaruh. Pedulikan saja.
Zahid perlu sedar bahawa orang sudah mula sedar apa yang dikatakan oleh Dua Dunia ada kebenaran. Salah satu artikel Dua Dunia telah keluar di portal Malaysia Instinct, sebuah portal yang keliahtan seperti portal Pro Najib.
Ini menjadi Zahid tidak senang duduk. Lalu dipinta pegawai-pegawainya untuk menyiasat siapa bloger anti_zahid pengendali Dua Dunia.
Zahid kepanasan sebab dia baru merancang tapi orang sudah tahu. Maka itu yang apabila ditanya pengikut dan penyokong apa nak buat, Zahid hanya arahkan suruh buat duit sebanyak mungkin. Ini memungkinkan dua perkara iaitu Zahid mahu bersedia untuk berperang dalam peperangan politik yang berisiko tinggi.
Pejabat Zahid sudah jadi macam klinik 24 jam. Ada saja pengikut dan penyokong yang sedang sakit datang membawa kertas cadangan dan surat sebutharga. Ini teringat kita semasa Zahid jadi Pengerusi BSN di mana digula-gulakan penyokong dengan kad kredit. Apalagi mereka pun joli. Kad-kad ini semua tidak dibayar dan akhirnya menjadi bad loan yang BSN terpaksa write-off.
Klinik Zahid kali ini lebih canggih kerana pembekalan untuk MINDEF banyak. Dari persenjataan ke sudu garfu dan makan minum.
Cuba bayangkan dengan begitu segera dan cepat keputusan dan sokongan kepad apelbagai permohonan dan cadangan, adakah dia dapat penuhi kesemua kehendak pengikut dan penyokong? Rasanya tidak. Kalau mahu dipenuhi kehendak mereka, siap-siap sudu orang lain supply, garfu orang lain supply dan pisau orang lain supply. Pasti cacamarba jadinya.
Berbalik cerita kenapa Zahid mahu kumpul duit banyak-banyak, mula-mula dirasakan Zahid bersedia jika dia lompat ke PKR. Rupanya tidak, Zahid ada cita-cita untuk cuba jawatan Timbalan presiden UMNO.
Lojiknya mudah. Dia tahu Hishamuddin tidak akan berani cuba lawan Muhyiddin kerana mereka sama-sama orang Johor. Zahid pun kini sudah dianggap sebagai orang Pak Lah dan permintaan Pak Lah yang mendapatkan dia sebagai Menteri Pertahanan. Zahid mungkin sekali menjalankan dendam untuk Pak Lah terhadap Muhyiddin yang telah disalahkan menyebabkan Pak Lah berundur.
Kalau dia tidak lawan Muhyiddin, dia risau nanti bila Muhyiddin mengundur diri, dia dan Najib akan beri laluan pada Hishamuddin. Melepas lagi Zahid.