Ramai orang menggelar Karpal Singh sebagai peguam tunda kerana kes Anwar dapat ditunda dengan pelbagai alasan remeh temeh. Walau bagaimana hebat Karpal Singh, dia tewas kepada peguam-peguam Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kes Anwar bermula pada lebih kurang Jun 2008 dan telah ditunda 29 kali. Itu tidak hebat berbanding dengan Zahid. Kes terhadap Zahid bermula pada 5 Julai 2007 tetapi sampai sekarang belum mula apa pun di mahkamah.
Dua tarikh terakhir mahkamah tidak dapat mula kerana dipercayai fail tidak sampai ke mahkamah.
Siapa pula tolong hilangkan fail dari dalam mahkamah? Mestilah orang yang ada kausa dan pengaruh.
Besuk rabu 21 April pada pukul 8 pagi adalah tarikh mahkamah untuk kes Zahid bedal orang. Adakah kes akan ditangguhkan lagi? Adakah alasan kali ini fail hilang terus dan tidak boleh dikesan? Jika demikian, adakah kes ini kena bermual semua dan memberi Zahid lagi banyak masa?
Apa-apa hal sekali pun, kalau ditangguh, sahlah juara peguam tunda adalah pasukan peguam Zahid! Mana-mana kepala gangster, penjenayah dan peliwat nak tundakan kes harus guna khidmat peguam Zahid.