Eh ...belum muktamad? Siapa punya agaknya?


Kontrak Penyelenggaraan Dua Kapal Selam Belum Dimuktamadkan: Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara jenis Scorpene masih belum dimuktamadkan, demikian Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan kini sedang berunding dengan syarikat bagi mendapatkan tawaran dan harga yang terbaik serta menguntungkan kerajaan.

"Isu mengenai syarikat DCNS (Perancis) menawarkan 6 juta atau RM30 juta kepada Boustead Naval Corporation Sdn Bhd selama tiga tahun adalah merupakan satu tohmahan dan fakta ini adalah tidak berasas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung ucapan penangguhan oleh Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan itu.

Ahmad Zahid turut menafikan dakwaan Tian Chua bahawa kapal selam dilengkapi sistem keselamatan navigasi, sistem tempur, sensor dan simulator periskop.

"Kontrak pembekalan dan penyampaian sistem navigasi, sistem tempur, sensor, simulator periskop dan perkhidmatan berkaitan bagi kapal selam itu bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (LTDM) bernilai RM128.5 juta.

"Perjanjian itu ditandatangani semasa Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 adalah bagi perolehan simulator untuk tujuan latihan krew kapal selam itu,” katanya,.

"Simulator ini tidak dibina di dalam kapal selam dan hanya dipasang di dalam bilik latihan,” katanya.

Tian Chua dalam ucapannya mendakwa bahawa kos penyelenggaraan kedua-dua kapal selam itu adalah berjumlah RM270 juta setahun serta dakwaan bahawa DCNS telah menandatangani kontrak bernilai RM128.5 juta atau 27 juta bagi peralatan sistem keselamatan navigasi, sistem tempur, sensor dan simulator periskop.

Komentar: Takkanlah orang beli perkakasan militeri tanpa mengetahui kos penyelanggaraan? Masa submarine dah operational sekarang baru nak berunding mengenai penyelenggaraan submarine?

Gila ke? Ini mesti nak menyamun untuk kensel kontrak yang ada.

Baca Pure Shiite sini tentang betapa cekapnya Zahid sebagai Menteri Pertahanan.

Zahid ini betul-betul macam Musa Hitam. Hanya politik berpura-pura di hadapan dan bertikam menikam dari belakang. Kerja tak tahu apa.