Dia telah menunda mahkamah lagi lama dari pasukan peguam anwar tundakan mahkamah. Sebelum keputusan baru-baru ini, Zahid berupaya menghilangkan file hingga dapat tunda sampai 6 bulan. Peguam Zahid dapat mengalahtunda Karpal Singh yang kini digelar peguam tunda.Mohon maaf di atas kesalahan tarikh perbicaraan. Zahid Hamidi akan dibicarakan pada Jun 14-20.
Takpalah kerana setelah percubaan demi percubaan untuk buang kes, Zahid kena mengadap Mahkamah Tinggi pada Jun 4-10. Dia tidak boleh lari lagi. Wartawan usah malu untuk datang membuat liputan.
Atas asas ini, Zahid perlu bercuti untuk menghadap kes ini dan tidak patut menyambung kerjanya sebagai Menteri. Bukankah itu yang dituntut terhadap Menteri Besar Selangor dalam kes pasir?
Harap tidak ada lagi penangguhan kerana peguam Zahid lebih handal menunda tarikh mahkamah dari peguam Anwar, Karpal Singh yang digelar orang ramai sebagai peguam tunda.
Secara kebetulan Amir Bazli menggunakan Karpal Singh sebagai peguam kerana dia saja sedia mewakili Amir tanpa apa-apa bayaran. Tidak dapat dipasti kenapa, kebanyakkan peguam takut untuk ambil kes Amir Bazli.
Mungkinkah kerana peguam-peguam takut diugut dan dikasari oleh Zahid Hamidi atau gangster bayarannya? Salah seorang menantu Zahid adalah anak gangster Klang arwah Zakaria Derus.