Berani kerana benar, Sembunyi dari dicedera gangster

Membaca beberapa komentar yang kami saja lepaskan di sini begitu menggelikan hati. Mereka mempertahankan Zahid Hamidi dengan hujah-hujah lapok ketinggalan zaman ala mentaliti dunia ketiga.

Hujah pertama mengatakan kami tidak mengenali Zahid. Berapa tahun kamu mengenali Zahid, kami tanya balik? Ingatkah kamu semasa Zahid ada begitu banyak kereta bernombor 38?

Sejauh mana dan mendalam keperibadiaan Zahid yang kamu faham? Tahukah mereka macam mana Zahid mencantas sesiapa yang bersaing dengannya dalam pejabat? Caranya dengan gelak-gelak.

Mereka bertanya apa kami rasa kalau kami berada dalam keadaan Zahid. Biar kami jawab dengan mudah. Kami tidak akan berada dalam keadaan seperti Zahid kerana sifat, perangai dan tingkah laku kami tidak seperti Zahid. Muga Allah lindungi kami supaya sentiasa menyedari tingkah laku kami.

Perlukah kami hurai dan perincikan lagi kenyataan itu untuk mentaliti dunia ketiga yang susah nak faham sesuatu ide moden seperti ketanggungjawaban, prinsip dan bedal orang itu salah.

Satu lagilah, nak hentam orang biarlah orang boleh baca apa yang kamu tuliskan. Setiap perkataan mempunyai hurup-hurup besar atau kecil, kosong antara perkataan, perenggan untuk lain-lain isi, dll. Lulus darjah berapa di sekolah dahulu?

Komentar kedua adalah yang mentaliti kutu berahak duduk tepi jalan buang masa main gitar di waktu senja. Berikut komennya sepenuhnya:

lu orang cakap mcm lu orang ni pandai sangat je pasal politik ni, yg mmg lu dengki sama zahid ni..lu mmg baguslah..rajin gila lu bagi zahid ni naikkan publisiti, lu cerita mcm ni pun bukan ada kesan pun bro, makin popular dia lu tau tak..bagus lu, gua respect dgn niat baik lu dalam menaikkan nama zahid jadi popular, dah lama gua tak baca hal zahid, tiba2 lu kuarkan pulak, baguslah lu.

Adik jauhi najis dadah ya ... Kalau penulis ini bodoh sekali pun, hujah dan maklumat yang penulis tulis boleh dinafikan dengan hujah. Hujah apa yang boleh pembaca guna untuk sangkal tulisan-tulisan di sini.

Boleh pakailkah hujah "mcm lu orang ni pandai sangat je pasal politik ni"? Bolehkah teryakinkah mereka yang membaca "lu dengki sama zahid" melainkan kalau mereka menghadapi krisis nilai akibat terbelenggu dalam kultur ala feudal lapuk?

Komentar mbah berhujah kalau Zahid gila kuasa, sudah lama Malaysia dipimpin tentera. Alahai Mat ini sorang.

Apa langsung tentera memerintah, Zahid jadi Perdana Menteri? Dia adalah sebahagian dari pemerintahan sivilian, buat apa tentera ambil dia jadi Perdana Menteri? Mestilah tentera letak tentera.

Cakap untuk sembang kedai kopi bolehlah, tapi ingat senang nak buat rampasan kuasa tentera? Adakah tentera kita berupaya lakukan sedemikian? Habis tumpas situ saja hujah angan-angan Mat Jenin.

Buat komentar mbah, biar diperingatkan bahawa sekiranya Zahid benar ada niat untuk lakukan sedemikian, fikirkan baik-baik. Kalau ditangkap dan sahih, dia boleh dihukum mati atas kesalahan treason (pembelotan) kepada kerajaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DIpertuan Agong kerana mahu menjatuhkan kerajaan yang dipilih dengan sah mengikut Perlembagaan.

Dalam hal Zahid mencederakan Amir Bazli, sudah sampai bosan kami nak siarkan hujah-hujah mereka yang menyokong Zahid.

Zahid sudah belasah seseorang hingga cedera teruk. Pihak yang dicederakan sudah bawa kes ini ke Mahkamah. Pihak Mahkamah sudah terima untuk diadili. Zahid sedang cuba untuk buang kes. Tidak lihat dia akan berjaya dan sebulan dua ini. Bicara yang dielaknya akan bermula. Terpulang kepada Mahkamah dan proses untuk tentukan salah betulnya Zahid.

Tak payah lagi hujah bodoh nak pertahankan Zahid? Tak payah dan tak guna hujah-hujah konon ugama atau pandangan syariah. Kalau setakat standard demikian yang berhujah, memalukan Zahid saja.

Ini terpulang untuk mahkamah adili mengikut peruntukan undang-undang yang ada. Undang-undang adalah undang-undang. Tak guna cerita dah.

Harapnya semua komentar ini bukan penyokong Zahid kerana ia hanya memberi gambaran mentaliti cetek dan peringkat keintelektualan yang surut sekali antara peminat dan penyokong Zahid. Pendik kata, jelas bodoh-bodoh belaka ... sama macam Zahid yang sentiasa gabra dan gopoh menjawab soalan Parlimen setiap kali Parlimen mulakan sesi.

Untuk komentar buat serangan peribadi, kamu tidak kenal penulis. Kamu tidak tahu umur, pengalaman, rangkaian kenalan, dan kuasa yang ada pada penulis. Itu yang penulis perlu berahsia identiti supaya fokus adalah terhadap apa yang diperkatakan dan bukan keperibadiaan penulis.

Ingat ya, setiap yang penulis tulis, lebih dari itu yang penulis tahu mengenai Zahid. Ramai pihak baru hendak syaki Zahid, tapi kami sudah tulis lama.

Perpatah Melayu ada kata berani kerana benar. Walaupun ianya tidak sesuai untuk penulis yang identiti berahsia, ianya sesuai untuk Zahid. Kalau dia tidak bersalah dan berani kerana benar, kenapa dia sibuk sana sini bertanya-tanya siapa penulis ini? Kalau ada otak, guna satu saloran saja. Buat sampai guna macam-macam orang? Ada pula memberitahu melalui e-mail.

Satu lagi, kalau Zahid ini berani kerana benar, kenapa asal orang kritikal terhadapnya mesti perlu sampai ugut-ugut? Ingat pesan penulis, setiap yang penulis tulis, lebih dari itu yang kita tahu.

Kami "Berani kerana benar, Sembunyi dari dicedera gangster."