Akhirnya menyusahkan orang lain untuk terpaksa menutupkan kesalahan, jika bukan ramai yang terbeban oleh salah kata Zahid. Berikut adalah rencana Utusan Malaysia oleh Shahbuddin Embun untuk menutup kesalahan Zahid yang bercakap tanpa berfikir dan membuat kajian:
Lihat Dalam Konteks Positif Kenyataan ZahidLihat bagaimana penulis terus mengetepikan isu-isu yang dibahaskan awam yang timbul dari kata-kata Zahid. Dalam penulis kata tidak perlu dipanjangkan, dia menekankan realiti bahawa ramai Melayu teramat sangat dalam askar.
Mungkin apa yang dikatakan baru-baru ini di Parlimen oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang bangsa bukan Melayu yang kurang patriotik kerana tidak ramai menyertai tentera telah menimbulkan kontroversi, sehinggakan ramai yang mempertikaikan kenyataan itu.
Kontroversi itu juga menyebabkan Kabinet mendesak Zahid menjelaskan isu ini.
Kalau nak berbahas tentang isu ini, sampai bila pun tidak akan habis. Apa kata kita ambil hikmah daripada kenyataan Zahid ini.
Sama ada apa yang dikatakan oleh Zahid ini sesuatu yang betul ataupun tidak, kita lihat pada fakta di bawah ini.Namun begitu, ada caveat dalam tulisannya. Cara tone down juga.
Fakta: 90 peratus daripada rekrut tentera untuk tahun 2009 ialah bangsa Melayu, manakala 1.1 peratus terdiri daripada kaum Cina dan kaum India. Dan yang selebihnya (lebih kurang 8.8%) terdiri daripada beberapa kaum di Sabah dan Sarawak.
Persepsi: Daripada kenyataan di atas, ternyata persepsi umum ialah kaum lain di Malaysia selain daripada kaum Melayu tidak banyak yang menganggotai tentera.
Sememangnya semangat patriotisme tidak boleh diukur daripada berapa ramai yang menjadi tentera. Penulis pun tidak pernah memohon untuk menjadi tentera, tetapi tidak bermakna penulis seorang yang tidak patriotik.Dari situ, satu putar alam yang hebat untuk mengalih pandang dari perbahasan kepada sesuatu yang konon-konon pemikiran positif.
Sungguhpun begitu, kita masih tidak boleh menyangkal persepsi umum yang kaum lain mungkin 'kurang patriotik' berdasarkan bilangan yang masuk tentera. Saya jelaskan sekali lagi, bahawa ini hanyalah persepsi umum dan bukannya sesuatu yang dipastikan.
[Zahid pun tidak pernah masuk tentera. Adakah dia patriotik? Atau lain kata, adakah penyamun kontrak, penjenayah dan pengamal politik wang seorang patriotik?]
Itu sebabnya kenyataan Zahid Hamidi perlu dilihat dalam konteks yang positif yang mana kita semua boleh mengambil iktibar daripadanya. Mungkin kenyataan Zahid telah membuka mata dan minda kita semua yang isu ini perlu dibuat kajian yang terperinci.Dengan spin yang cukup professional, berapa agaknya Zahid hadiah sebagai penghargaan kepada wartawan ini?
Jadi dalam hal ini, saya cadangkan ditubuhkan satu badan neutral yang membuat kajian "Sejauh manakah semangat patriotisme di kalangan remaja Malaysia hari ini?
Kajian yang menyeluruh ini mungkin diterajui oleh sebuah badan khas yang bebas daripada sebarang pengaruh. Badan tersebut perlu diberi tanggungjawab dan telus dalam kajian mereka. Ini disebabkan kajian yang dilakukan mungkin boleh dianggap sebagai sesuatu yang sensitif.
Badan ini mesti bertanyakan kepada golongan remaja hari ini, tidak kira kaum, "mengapa anda ingin masuk tentera?". Adakah kerana tidak ada pilihan lain atau sememangnya anda seorang yang patriotik?
Dan kepada yang tidak ingin masuk tentera pula, adakah disebabkan 'tidak ada daya penarik yang menyebabkan anda ingin masuk tentera", atau mungkin anda boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dalam pekerjaan lain. Ataupun mungkin anda memang tidak mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Badan ini juga perlu menjelaskan keputusan dan hasil kajian secara terperinci tanpa disekat. Bayangkanlah jika kajian mendapati yang sememangnya generasi kita kurang semangat patriotik? Tidakkah itu amat menyedihkan. - Utusan Malaysia
Untuk counter spin balik kepada isu kewibawaan Zahid, perkara enteng saja. Bukankah sepatut sebagai Menteri Zaid buat kajian sebelum bercakap?
Habis cerita ...