Oleh Aziz A. Shariff
Kuala Lumpur, 12 Nov - Penyertaan dalam angkatan tentera tidak patut dijadikan ukuran tahap taat kesetiaan kepada negara. Maka disebabkan ini tidak hairanlah ada sesetengah bukan Melayu yang berasa tersinggung dengan kenyataan tersebut.
Dan berdasarkan rasa tersinggung itu juga ahli-ahli politik Pakatan Rakyat dengan pantas turut tumpang sekaki untuk membidas dan menyerang Menteri Pertahanan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan cuba mempersoalkan keprihatinan sesetengah pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam hal-hal berkaitan.
Justeru apa yang dianggap ‘keceloparan’ atau jika ekspresi itu agak keterlaluan, penyataan yang dianggap tidak sensitif kepada rakyat Malaysia bukan Melayu, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Zahid perlu menjelaskan pendiriannya jika perlu.
Sekali gus mengasingkan pendirian Zahid, Muhyiddin menegaskan kerajaan tidak pernah mempersoalkan tahap patriotisme rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Timbalan Perdana Menteri yang merasakan ada pelbagai sebab kurang bukan Melayu menyertai angkatan tentera berkata Zahid mesti mengupas secara terperinci kenyataannya itu.
Katanya, sekiranya Zahid keterlaluan dan tersilap membuat pengukuran dalam hal itu, beliau patut memohon maaf kerana “sebagai manusia kita memang macam itu...saya sendiri pernah meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan.”
Sememangnya Zahid patut segera memohon maaf dan tidak berdalih dalam hal ini. Lagi lama diperam isu ini, lagi mudarat keadaan berikutan tunggangan pihak pembangkang.
Sebagai menteri yang mengetuai sebuah kementerian yang bertanggung jawab di atas pertahanan negara, beliau patut menilai strateginya secara holistik dan bertindak meniti di antara apa yang praktikal dan apa yang terbaik dalam menguruskan krisis sebegini.
Kita tidak perlu satu lagi elemen negatif yang boleh mengeruhkan keadaan dalam usaha mencapai aras perpaduan nasional lebih tinggi bersama konsep 1Malaysia yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
-Malaysiaaktif-Nak buat macam mana? Zahid ini nama saja ada doktor dan konon-konon ada sijil kedoktoran. Mana dia ada otak untuk fikir?
Tiada yang pernah diceramah Zahid yang berisi!