Kenapa Zahid makan masa 19 hari untuk perbetul salah nilai enjin F5-E?

Cukupkah untuk Zahid jadi PM dengan hanya berbekal kerang dan hati busuk tanpa ada otak yang berfungsi baik?

Semasa Dato Ahmad Zahid Hamidi mula memberi kenyataan mengenai kehilangan enjin jet pada Disember 19hb dan dilaporakn akhbar NST Disember 20hb, dia menyebut harga enjin yang hilang bernilai RM50 juta.

Setelah ditimbulkan oleh beberapa blog di MyKMU dan Malaysia Instinct, baru Zahid menafikan nilai RM50 juta itu. Penafiannya dibuat selepas 19 hari dari mula dia sendiri umumkan dan dinafikan adalah kenyataannya sendiri.

Laporan yang mengandungi penafian Zahid disiarkan Utusan Malaysia hari ini bertarikh Januari 7hb seperti berikut:

Enjin F5-E bernilai RM8.5 juta hingga RM28 juta

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Nilai sebenar untuk sebuah pesawat tempur, F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hanyalah antara RM8.5 juta hingga RM28 juta.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan perkara itu berkata, nilai RM50 juta yang diperkatakan untuk sebuah enjin pesawat itu adalah tidak benar.

"Harga sebenar pesawat F5-E adalah sekitar RM8.5 juta hingga RM28 juta mengikut peralatan dan kecanggihannya.

"Jadi nilai RM50 juta yang diuar-uarkan sebelum ini adalah tidak benar kerana nilai pesawat termasuk enjin yang paling mahal adalah RM28 juta dan paling murah RM8.5 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini hari ini.

Ia bagi pelaksanaan bayaran elaun pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Pada Jun dan November 2007, dua enjin pesawat F-5E yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth, Pulau Pinang dilaporkan hilang ketika proses penyenggaraan rutin.

Kehilangan enjin itu yang dijual sebagai komponen alat ganti kepada sindiket antarabangsa di luar negara dipercayai didalangi orang dalam syarikat penyenggaraan pesawat dan skuadron tersebut.

TUDM mula mengoperasikan pesawat F-5E pada 1974 dan pada 1999 perkhidmatan pesawat itu dihentikan setelah tugasnya diambil alih oleh pesawat MiG-29N dan F/A-18D.

Ahmad Zahid berkata, beliau berpuas hati dengan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini yang mendakwa seorang sarjan TUDM dan pengarah syarikat di Mahkamah Sesyen atas dakwaan terlibat dalam mencuri dan menjual enjin pesawat itu ke luar negara.