Maklumat baru diterima bahawa mahkamah telah mendapati cukup asas untuk kes saman Amir Bazli terhadap Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi dan tarikh bicara telah ditetapkan pada Januari 25hb, 2010.
Zahid telah sedaya upaya bermain taktik menangguhkan hari bicara sebagaimana cara Anwar menangguhkan proses mahkamah dari mula permohonan ini dibuat di mahkamah Shah Alam pada July 7hb 2007.
Dia berjaya mendapat penanguhan yang lama hampoir tiga bukan sebelum hari pemilihan UMNO yang membolehkannya memenangi tempat teratas dalam perlumbaan untuk jawatan Naib Presiden UMNO.
Setelah lebih dua tahun setengah dan pelbagai tipu helah melengah-lengahkan, akhirnya Zahid terpaksa hadapi hari bicara yang jatuh pada hari sama dengan mentor politiknya dibicara kerana kes sodomi.
Perbicaraan adalah pada pukul 8 pagi Januari 25hb, 2010 di Mahkamah Tinggi No. 5, Shah Alam yang bertempat di Plaza Massalam. Hakim yang mengadili kes ini adalah Dato Zabariah. Setakat ini, sudah bertukar-tukar empat hakim untuk kes ini. Sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh Mentor politik Zahid.
Mentor politiknyalah yang mengarahkan Zahid membelasah Presiden parti ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad atas tuduhan mengamalkan korupsi, kronisma, dan nepotisma.
Menjawab tuduhan Zahid, Dr Mahathir telah mendedahkan semua nama-nama yang mendapat projek pengswasataan kerajaan. Zahid dijumpa nama sebagai salah seorang penerima.
Terdedah juga Zahid sebagai memegang saham Kretam yang sepatutnya berada di bawah nama Yayasan Gerak Bakti. Ini adalh salah satu kesalahan di bawah Akta Trustee kerana dia adalah salah seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah.
Berbalik kepada kes yang bakal dihadapai Zahid, perbicaraan ini adalah kes saman sivil yang difailkan oleh mangsa Amir Bazli.
Zahid dan beberapa orang lain termasuk anak dan menantu telah mencederakan Amir Bazli dengan "tujuan untuk membunuh."
Siasatan polis nampaknya seperti telah berhenti dan ditahap NFA (No Further Action). Tanpa penyerahan maklumat dari polis, pihak pendakwa tidak dapat membawa perkara ini ke mahkamah.
Namun begitu, beberapa orang saksi tidak langsung diusahakan oleh pihak polis untuk ditemu siasat. Ini yang mendorong Amir Bazli untuk membuat 'pendakwaan' cara permohonan di mahkamah sivil.
Cara ini menyerupai kes Ojay Simpson di Amerika. Pada kes pertama, Ojay Simpson terlepas dari tuduhan bunuh terhadap isterinya yang dibuat oleh Pendakwaraya Awam (Public Prosecutor).
Dalam kes sivil yang difailkan oleh keluarga mendiang isterinya, mahkamah mendapati bukti dan saksi yang dibawa oleh keluarga mendiang isteri dapat membuktikan Ojay adalah pembunuh.
Caranya yang sama dengan cara Amerika yang meletakkan beban membuktikan ("burden of proof") pada Amir Bazli. Peguam yang akan mewakili Amir Bazli untuk berhujah adalah Karpal Singh.
Amir Bazli tidak akan berani membawa kes ini habis-habisan tanpa cukup bukti dan saksi. Karpal Singh tidak akan membuang masa mengambil kes ini jika bukti dan saksi tidak kuat.
Memandangkan Amir Bazli bukan berduit, kemungkinan besar Karpal menanggung belanja kes dan hanya dibayar dari kongsi jumlah tuntutan.
Kalau kalah, Zahid akan turut juga berhadapan dengan hukuman penal code atau dibawa ke penghadapan mahkamah jenayah.
Remember Zahid, crime doesn't pay. And you can run but you cannot hide (forever).
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
6 hari yang lalu