Apa disebalik rancangan Zahid membangun tanah-tanah Wakaf, dan Baitul Mal?


Kongres Ekonomi Islam Ketiga yang berlangsung pada 12 - 15 Januari 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur merumuskan dalam salah satu resolusinya untuk memperkasakan institusi zakat, wakaf, dan dana Muslim.

Dalam tiga minggu selepas itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Jabatan Perdana Menteri, Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan Berita Harian Februari 8hb, 2009 menyaksikan tandatangan Memorandum Persefahaman antara anak syarikat UDA, Uda Land North Sdn Bhd dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIP) untuk memajukan tanah wakaf Pulau Pinang.

Pada Februari 15hb pula, sebuah pusat kegiatan saudara baru berharga RM7 juta di Taman Seri Rahang, Seremban telah dirasmikan pembinaan di bawah program pembangunan tanah wakaf.

Pada Februari 25hb, satu upacara majlis perasmian pecah tanah Hotel Wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pula. Hotel lapan tingkat bertiga bintang di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka yang berharga RM22 juta dikatakan adalah hotel yang berkonsep Islam.

Pelancaran bertubi-tubi ini kemungkinan adalah rancangan pembinaan imej politik Zahid. Namun begitu, ia memang sebahagian dari perancangan penubuhan Perbadanan Wakaf Nasional(PWN) yang diumumkan Ahmad Zahid. PWN ditubuhkan di bawah Yayasan Wakaf Malaysia dan berpfungsi menyelaras urusan pembangunan tanah-tanah wakaf di seluruh negara.

Dari angka yang diberitahu Ahmad Zahid, terdapat RM1.9 billion nilai tanah wakaf yang tidak dimajukan iaitu tanah wakaf am seluas 2,700 hektar, dan tanah wakaf khusus seluas 3,500 hektar.

Ini satu jumlah yang boleh dikira besar. Namun begitu, persoalannya adalah mengapa perlu untuk menubuhkan lagi satu entiti untuk membangunkan tanah wakaf? Padahal sudah ada usaha-usaha lain untuk memajukan tanah wakaf bawah rancangan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (Jawhar). dan lain-lain usaha.

Konsep yang dibawa Ahmad Zahid jelas merupakan model dan struktur menyerupai Dana Amanah Hartanah yang mengumpul dana dan membangunkan tanah-tanah wakaf. Mungkin sekali, peruntukkan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perdana Menteri sejumlah RM256 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tidak mencukupi.

Membangunkan tanah wakaf adalah sesuatu yang perlu dilakukan untuk membangunkan ekonomi ummah. Perkara ini sering dibincangkan sebagai satu cara untuk membangunkan ekonomi orang Islam di Pulau Pinang.

Masaalahnya adalah cara struktur korporat yang diusahakan oleh Ahmad Zahid itu membawa kepakaran dan pengurusan yang efisyen akan juga membawa bersama amalan buruk dan penipuan halus dan licik dari dunia korporat. Ini susah untuk dikesan dan disedari oleh pentadbir-pentadbir ugama yang tiada kemahiran dalam perniagaan ala korporat.

Seorang konsultan hartanah mendedahkan rancangan yang dibuat oleh Ahmad Zahid di Pulau Pinang itu tidak akan dapat memanafaatkan ekonomi umat Islam Pulau Pinang.

Kalau mengikut hukum Islam, bukan Islam tidak boleh mengguna atau menyewa tanah wakaf. Dengan rancangan pembangunan yang dilancarkan oleh anak syarikat UDA, konsultan itu berpendapat ia membolehkan orang bukan Islam menyewa dan akhirnya akan hanya memanafaatkan orang bukan Islam.

Menurutnya, anak tempatan Pulau Pinang curiga dengan usaha Ahmad Zahid yang sudah dikenali reputasi sebagai seorang opportunis.

Untuk mendapatkan keyakinan tempatan, helah Ahmad Zahid adalah dengan merancang pembangunan dengan usahasama UDA di bawah Kementeriaan Pembangunan Ushawan dan Pembangunan Koperasi. Dato Noh Omar dipercayai tidak menyedari muslihat Ahamd Zahid dan tidak memahami implikasi kerjasama ini.

Selain itu, Ahmad Zahid telah mengusahakan rancangan pembangunan untuk tanah wakaf termahal di Malaysia. Tanah yang satu masa digunakan sebagai tapak letak kereta dan gerai makan terletak di Jalan Pinang, di belakang Kompleks Antarabangsa, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Tanah itu kini sedang dibangunkan oleh Tabung Haji Development dalam satu projek bangunan komsersil yang cantik dan indah. Konsultan ini menyatakan perkara yang sama akan berlaku seperti di Pulau Pinang.

Pembangunan yang berteraskan kepada objektif komersil akan melibatkan tuntutan pulang setimpal dengan pasaran oleh rakan kongsi dan pemegang amanah dana pelaburan. Tidak kira samada rakan kongsi itu syarikat Tabung Haji dan dana itu dana wakaf. Orang Melayu tidak mampu untuk menyewa mengikut harga sewaan pasaran dan akhirnya ia akan diduduki oleh syarikat bukan Islam tempatan atau antarabangsa.

Walaupun Ahmad Zahid dapat menukar imej luarannya dengan imej ugama, ia tidak dapat melarikan dari realiti bahawa Ahmad Zahid bukan seorang berlatarbelakang ugama. Latarbelakang kerjaya sebelum menceburi politik adalah dalam dunia korporat dan perniagaan.

Apabila dia dilantik ke jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mentadbir hal ehwal ugama, bagaikan semulajadi dia jelas menitikberatkan kepada hal ehwal ekonomi daripada hal ehwal spiritual.

Difahamkan dari sumber-sumber di Tabung Haji, sebaiknya dia menyandang jawatan ini, dia telah menubuhkan satu bilik gerakan di Tabung Haji untuk mengenalpasti tanah-tanah Tabung Haji untuk dibangunkan segera.

Cara segera ini menimbulkan curiga staf Tabung Haji kerana pendekatan Tabung Haji dalam pembangunan hartanah adalah untuk jangkamasa panjang dan dirancang dengan cermat. Ianya seolah-olah ada perhitungan di belakang tabir dengan kontraktor, syarikat pembangunan hartanah, dan pembekal.

Selain dari mengenalpasti tanah-tanah Tabung Haji, pasukan Bilik Gerakan ini juga melihat juga mengkaji peluang-peluang untuk membangunkan tanah-tanah Baitul Mal dan Wakaf.

Dalam pasukan Zahid ini, dia telah meletakkan seorang birasnya yang digelar orang Bagan Datoh sebagai Amir Datuk. Dia kini sedang menjual nama Ahmad Zahid dalam urusan dengan pihak Jawi, Baitul Mal Wilayah dan pihak berkuasa ugama ditempat-tempat lain untuk pelbagai cadangan projek-projek.

Seorang lagi yang menggelar diri hanya sebagai Idris kini dipertanggungjawab untuk mengenalpasti syarikat pembangunan hartanah, kontraktor dan pelabur yang sedia membangunkan tanah-tanah baitulmal dan wakaf. Oleh kerana peluang usahasama ini memerlukan komisyen pendahulu yang perlu dikutip oleh Idris, maka mereka bersedia melayani cadangan dari syarikat-syarikat Cina.

Diberitahu sumber bahawa sekeping tanah di hadapan Balai Polis Jalan Campbell, Kuala Lumpur telah ditransaksikan dengan seorang pelabur Cina untuk membuat hotel. Adakah projek hotel ini berupa hotel cara Islam seperti di Pantai Puteri, Melaka?

Dari yang difahami, projek sedemikian tidak cukup menguntungkan dan hotel yang akan dibina hanya bertaraf sederhana. Masaalahnya pendekatan Cina dalam pengurusan hotel sederhana sering melanggar hukum hakam Islam.

Projek hotel ini mendapat kelulusan kerana pihak pelabur sedia membayar wang pendahulu sebanyak RM1 juta. Wang pendahulu yang dimaksudkan itu masuk terus ke poket Ahmad Zahid dan kroninya. Untuk projek ini, satu perjanjian telah ditandatangan untuk mengubah syarat tanah wakaf untuk penggunaan konvensyenal.

Dari cara pembangunan ini dilakukan, Menteri Hal Ehwal Ugama yang apologetik terhadap rasuah politik ini jelas sekali melakukan ketirisan untuk membina 'dana perang' (war chest) untuk politiknya.

Yang jelas sekali adalah kemunculan seorang Akauntan yang bernama Azri sebagai bakal CEO Perbadanan Wakaf Nasional. Azri ini berkait rapat dengan Ahmad Zahid dari masa Kretam dan Inno Sabah. Selepas itu, dia telah masuk Syarikat Maju Perak dan kemungkinan berhenti semasa Perak jatuh kepada pakatan pembangkang. Ahmad Zahid menggunakan Azri kerana kecekapannya memanipulasi buku kira-kira.

Orang kata, harimau bintang tidak boleh membuang tompok. Kalau sudah mula dengan cara haram dan menyalahguna kuasa, apa lagi setelah punya kuasa sebagai Menteri.

Sayang sekali, perwakilan-perwakilan UMNO pendik sekali penilaian politik dan pengukur moral mereka. Mereka mudah tertipu dengan kepitahan Zahid berpidato, imej wara' yang dilakunkan dan sifat ramah mesranya. Nampak gayanya dengan pengaruh Najib, Zahid akan menang sebagai Naib Presiden UMNO.

UMNO perlukan satu reformasi dalam membersihkan parti dari imej rasuah. Adakah boleh seorang perasuah dan penyalahguna kuasa yang tegar seperti Zahid membawa reformasi yang diperlukan UMNO untuk membersihkan dari imej buruk ini. Zahid tidak percaya dan setuju dengan tanggapan ini dan kata ianya hanya dakyah pembangkang.

Bolehkah UMNO terselamat dengan pemimpin korup sedemikian?

Zahid apolegis politik wang

Saya menonton siaran program Agenda Awani yang disiarkan mulai jam 8.30 malam melalui Astro Awani saluran 501 untuk mendengar Zahid Hamidi membincang mengenai tajuk “Persepsi UMNO Parti Korup”.

Dari cara dia menjawab, Zahid Hamidi kelihatan seperti apolegis atau berhujah mempertahankan pengamal politik wang atau rasuah politik yang berlaku dalam UMNO.

Dia menganggap ianya seperti "kesalahan trafik" yang bermaksud salah hanya bila tertangkap. Disamping itu, dia menyebut penangkapan beberapa ahli pemimpin dan ramai ahli UMNO sebagai adalah disebabkan "orang buang kulit pisang" untuk orang jatuh.

Jika saya seorang saja yang menyedari kelemahan hujah Zahid, mungkin ada menuduh saya bias. Saya lamirkan di bawah ini komen seorang sahabatnya, ia-itu Dato Fuad Hassan yang bersamanya dalam Abim, Timbalan Presiden Perkasa dan AJK Bahagian UMNO Gombak.

Saya juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan saya terhadap sahabat saya Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ternyata hambar, kontang idea dan tenggelam dalam kepetahan Dr. Puad..

Saya kecewa seorang yang berpengalaman seperti Dr. Zahid ternyata lemah sekali dalam berhujah dan inilah juga tanggapan ramai terhadap Dr. Zahid seperti yang disampaikan oleh kawan-kawan saya.

Beliau menyebut berkali-kali tentang perlunya beliau menang untuk membolehkannya membuat perubahan dan rombakan terhadap sistem politik UMNO di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Nampak macam beliau ‘enjoy’ menyebut hubungan baiknya dengan Najib.

Dr. Zahid berjanji untuk membuat kursus-kursus untuk mendidik ahli-ahli UMNO sekiranya beliau menang. Soalnya beliau telahpun berkuasa sekian lama dan menjadi ahli majlis tertinggi yang paling atas melalui persepsi ahli-ahli UMNO yang tinggi terhadap beliau.

Dr. Zahid gagal mengupas tajuk ini dengan bernas dan petah. Beliau nyata teragak-agak dan khayal dalam kelancaran Dr. Mohd Puad. Ini jelas apabila ditanya oleh salah seorang ahli penal mengenai bagaimana Islam boleh membenteras rasuah, beliau menjawab, “semua agama menganggap rasuah itu haram” dan “kita kena melakukan kaedah face to face untuk mencegah rasuah”. Full Stop.

Tercenggang saya akan jawapan beliau. Saya amat mengharapkan seorang yang keluar dari Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dapat memberikan huraian Islam mengenainya, ternyata hampa. Tidak terserlah keintelektualannya.

Salah seorang kawan saya yang bekerja di media letronik memberikan komennya bersahaja. “Mungkin tajuk itu terlalu berat dan beliau ada 'baggage' yang dibawa”.

Begitu mendalam mesej beliau, namun saya menjangkakan Dr. Zahid akan menang salah satu daripada jawatan Naib Presiden yang ditandinginya. Jika tidak siapa lagi yang tinggal dalam UMNO, Hishamuddin ?


Tak payah kita berhujah dan berlapik. Zahid memang seorang pengamal politik wang. Maka demikianlah hujahnya.

Sejarah kedurjanaan politik Zahid

Rumah Zahid di Bagan Datoh

Sedikit sangat maklumat latarbelakang mengenai Zahid Hamidi yang boleh diperolehi di Internet. Kalau ada pun kisah awal politik Zahid, ianya datang dari sumber pembangkang berkenaan syarahan KKN oleh Zahid sebagai Ketua Pemuda UMNO semasa pembukaan Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO tahun 1997. KKN adalah pendikkan untuk Kronisma, Korupsi dan Nepotisma.

Sumber Wikipedia Bahasa Melayu hanya memberi sedikit maklumat mengenai jawatan terakhirnya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan sejarah pendidikkan di Ipoh, Kelang dan Universiti Malaya. Disebut juga Zahid ditahan di bawah ISA pada 21 Sepetember 1998 kerana terlibat dengan gerakan subversif menyokong reformasi.

Sejarah politik Zahid bermula pada lebih kurang tahun 1982 apabila dia dibawa masuk sebagai AJK Terlantik Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh, Perak oleh Ketua Pemuda Bahagian. Ketua Pemuda Bahagian semasa itu adalah Hj Mohamad Khairi Yahya, yang kini seorang pesara Pengetua Sekolah Menengah.

Semasa itu, Zahid sedang bekerja dengan Amanah Saham MARA dan secara part-time mengajar di Yayasan Anda bersama Roslan Kassim dan Anwar Ibrahim. Kalau ada yang masih ingat, Zahid mundir ke sana ke mari dengan kereta Nissan March semasa itu.

Zahid dibawa masuk dalam politik UMNO oleh seorang sepupunya bernama Azhari Mokhtar yang memberinya laluan untuk menjadi Ketua Pemuda Cawangan. Azhari melihat Zahid mempunyai potensi dan masa depan politik yang baik sebagai seorang keluaran Universiti. Dia yang melobi kepada Mat Khairi untuk mengambil Zahid ke dalam AJK Pemuda Bahagian.

Mat Khairi pada masa itu sudah menghampiri umur 40 tahun. Dia sudah merancang peralihan kuasa kepada Zahid. Untuk pemilihan di akhir tahun 1982 itu, dia mencadangkan Zahid tandingi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian bagi memudahkan peralihan kuasa kepadanya beberapa tahun lagi.

Rupa-rupanya niat baik Mat Khairi itu dibalas dengan tuba oleh Zahid. Di belakang, Zahid merancang untuk menjatuhkan Mat Khairi. Dia merasa angkuh dan jijik untuk menjadi Naib kepada orang kampung. Mana tidak, dia sudah berlaga bahu dengan pemimpin-pemimpin besar UMNO seperti Musa Hitam di Kuala Lumput.

Nasibnya baik kerana dia berjaya mengalahkan Ketua Pemuda Bahagian yang ada. Dari situ, dengan bantuan kawan-kawan, dia mula dapat lebih banyak perkenalan dengan orang-orang penting politik. Dengan meletakkan dirinya sebagai "orang Anwar", kerjaya politiknya berjaya meningkat hingga menjadi ahli Exco Pemuda Pusat.

Kenaikkan Zahid di cawangan dan bahagian bermula dengan laluan dari sepupunya Azahari dan ahli-ahli tempatan Bagan Datoh. Apabila dia sudah naik, ditinggalkan semua mereka yang membantunya tanpa pembelaan. Azahari sendiri dibiarkan begitu saja selama pulohan tahun tanpa dibantu dari keuntungan nasib baiknya.

Politik Zahid penuh dengan peristiwa-peristiwa dan tingkah laku yang tidak menunjukkan kesetiakawanan dalam berpolitik. Banyak rakan politik yang ditikam dari belakang apabila timbul peluang.

Bukan setakat itu, Zahid tidak malu mengutuk pihak-pihak yang pernah membantunya. Tetapi apabila terjebak dengan masaalah, dia tidak malu untuk merayu pertolongan. Setelah pulih semula keadaan, dia sedia menghentam mereka yang menolongnya itu kembali.

Semasa Rahim Tamby Chik menghadapi masaalah mengenai tuduhan salahlaku seks dengan anak bawah umur, Zahid adalah dalang yang meletakkan tekanan memaksanya mengundur dari jawatan Ketua Pemuda. Jawatan pemangku Ketua Pemuda diganti oleh Nazri Aziz. Dapat Zahid naik menjadi pemangku Naib Ketua Pemuda.

Sehabisnya tempuh, Nazri enggan bertanding jawatan Ketua Pemuda. Zahid yang bertanding dan menang dalam satu pertandingan empat penjuru. Semasa dapat menyandang jawatan itu, begitu menjunjung tinggi dia memuji Dr Mahathir. Dia pernah menyebut, "Aku sayang orang tua itu."

Rupa-rupanya manis dibibir saja. Dalam diam-diam, dia membantu rancangan Anwar untuk memalukan Dr Mahathir dengan syarahan KKN. Semasa itu, Anwar sudah tidak sabar untuk menggantikan Dr Mahathir dan merancang menjatuhkannya.

Reaksi Dr Mahathir kepada tuduhan KKN Zahid adalah dengan mendedahkan semua nama-nama yang mendapat projek kerajaan dan projek pengswastaan. Zahid didapati mendapat projek pengswastaan dan pegang saham Kretam bawah namanya.

Terdedahlah salah laku CBT dalam saham Kretam kerana ia dipunyai oleh Yayasan Gerak Bakti. Zahid adalah salah seorang ahli Lembaga Amanah. Rupanya dia telah menyalurkan saham yang diperuntukkan MITI kepada Yayasan Gerakbakti kepada sebuah syarikat kepunyaannya suami isteri. Kesalahan pecah amanah sedemikian boleh membawa hukuman penjara.

Dengan bantuan Najib, dia meminta pertolongan Dr Mahathir untuk membantu menyelesaikan masaalah tersebut. Zahid pun terlepas dari hukuman.

Selain salahlaku Kretam, Zahid menggunakan kedudukkannya sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional untuk merasuah perwakilan Pemuda dengan kad kredit.

Itu pun apabila berlaku reformasi akibat pemecatan Anwar Ibrahim atas salahlakunya, Zahid berpihak kepada Anwar dan membelakangkan Dr Mahathir sekali lagi. Semasa dia berada di Kota Kinabalu, dia ditangkap bawah ISA. Ada pihak berkata Zahid cuba melarikan diri ke luar negara.

Semasa dalam tahanan ISA, isterinya Hamidah telah merayu bantyuan dari bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Nordin Mohd Noor. Nordin telah berjumpa dengan Mokhzani untuk meminta merayu pada Dr Mahathir. Sepanjang dilantik Zahid sebagai Bendahari, dia telah meminggirkan Mokhzani dan dia digunakan untuk mendekatkan diri dengan Dr Mahathir.

Dr Mahathir membantu dan lepas lagi Zahid. Dia pun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sepanjang tidak mempunyai jawatan, dia telah berusaha untuk datang kembali. Pelbagai usaha diguna untuk memujuk hati Dr Mahathir.

Dikatakan dia memberi baksis kepada salah seorang ADC Dr Mahathir untuk mengetahui jadual Dr Mahathir. Dia akan muncul di Majlis-Majlis yang ada Dr Mahathir. Bila ada peluang, dia akan memunculkan diri berkongsi lift dengan Dr Mahathir. Itu yang membolehkan dia kekal sebagai ahli Parlimen Bagan Datoh.

Nasibnya baik. Apabila Abdullah Badawi naik, dia memberinya peluang untuk menjadi Timbalan Menteri. Walaupun Abdullah melihatnya sebagai orang Najib, dia berjaya meyakinkan Pak Lah.

Dengan cekap, dia berjaya temberang Abdullah engan kata-kata kononnya ayah Zahid telah berpesan supaya berbaiah setia kepada Pak Lah. Diberitahu Pak Lah bahawa ayahnya pernah berguru dengan Abdullah Fahim, Datok kepada Abdullah di Kepala Batas.

Abdullah Fahim pernah mengajar sekejap di Sekolah Izzudin yang ayahnya bersekolah dan dipanggil pulang ke Kepala Batas. Menurut Zahid, ayahnya mengikut Abdullah Fahim pulang ke Kepala Batas dan berguru dengannya. Walluhu Alam, ini Zahid yang bercakap.

Bagaikan roda yang berputar, tidak lama lepas dia merasa jawatan Timbalan Menteri, dia telah mengikut rasmi lalang untuk mengenepikan jasa dan bantuan Dr Mahathir kepadanya. Apabila Dr Mahathir mula menegur Abdullah pada tahun 2005, Zahid dan Ali Rustam adalah antara suara yang paling lantang mengkritik dan menghina Dr Mahathir.

Bukan setakat ayah, Zahid berdendam kepada anaknya, Mukhriz. Mukhriz adalah adik kepada Mokhzani yang pernah membantunya lepas dari ISA. Dia dikritik dengan kasar dan keras semasa memberi komen ikhlas mengenai ucapan Abdullah di Persidangan Agong UMNO 2006. Sememang benar ucapan Pak Lah cetek dan hanya mengulang ucapan bujet di Parlimen.

Zahid dijangka mendapat tempat dalam kebinet Najib kerana hubungan lamanya dengan Najib. Dia pernah bersama dalam exco semasa Najib memegang jawatan Ketua Pemuda. Semasa Najib pertama kali memegang jawatan Menteri Pertahanan pada awak tahun 90an, Zahid adalah Setiausaha Politik Najib. Zahid pun baik dengan Rosmah dan ini satu kelebihan utama.

Ramai pegawai-pegawai MINDEF yang bertugas semasa itu bercerita mengenai persekongkolan terbuka antara Zahid dan Rosmah untuk membalun pelbagai kontrak-kontrak di MINDEF.

Ura-ura mengatakan Zahid akan diletakkan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dalam kabinet Najib. Dalam jawatan Menteri Ugama pun dia boleh mengatur "rancangan" untuk menyapu komisyen dan baksis dari pembangunan tanah-tanah wakaf. (Pendedahan akan datang) Di MECD, Zahid akan bagaikan tikus jatuh ke tepong.

Inilah pemimpin yang satu masa dahulu berdegar-degar atas pentas dan TV berpidato mengenai amalan korupsi, kronisma dan nepotisma.

Begitulah sejarah politik Zahid yang penuh dengan sifat bermuka-muka. Pendirian yang bagaikan lalang mudah ditiup ke sana ke mari untuk politik. Perjuangan dalam dirinya hanya menanam tebu di bibir. Apabila dia dalam kesusahan, dia serupa melepaskan anjing tersepat. Segala budi dibalas dengan tuba.

- Disunting pada Mac 18hb 2009 8:30 am

Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi XIII: Kesalahan dah terang dan jelas

Dari Bhg 12

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH


  • Perhubungan Amir Bazli Abdullah dengan Nurulhidayah adalah benar. Percintaan ini dihalang oleh Dato Ahmad Zahid Hamidi.
  • Amir Bazli Abdullah di pukul oleh sekumpulan samseng “Dato Ahmad Zahid Hamidi”.
  • Hasil dari serangan samseng ini Amir Bazli Abdullah cedera sehingga meninggalkan kecacatan kekal. Serangan ini juga dipercayai boleh membunuh beliau dan Datin Hamidah, isteri pada Dato Zahid Hamidi menahan dari serangan berterusan.
  • Tuduhan Dato Zahid Hamidi dalam akuan bersumpah “Afidavit pertama Dato Ahmad Zahid Hamidi adalah palsu. Tuduhan diculik tetapi tidak di repot kepada pihak berkuasa meragukan. Gambar yang diberi oleh Amir Bazli Abdullah yang menunjukkan betapa ceria mereka adalah bukti itu BUKAN satu penculikan. Ini bermakna kenyataan akuan sumpah itu tidak benar dan pertuduhan menculik juga tidak benar dan satu akuan palsu.
  • Tuduhan culik dan mengurung Nurulhidayah dalam sebuah rumah pangsa puri di Kajang juga adalah satu akuan sumpah palsu. Gambar mereka di kawasan rumah pangsa adalah gambar percintaan dan bukan satu jenayah yang dilakukan oleh Amir Bazli Abdullah. Lebih dari itu perjanjian penyewaan rumah pangsa itu ditandatangani oleh anak Dato Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah sendiri.
  • Apa yang jelas sekarang ini adalah Amir Bazli Abdullah di pukul oleh sekumpulan samseng dan Dato Ahmad Zahid Hamidi cuba mencari helah untuk memberi justifikasi atas apa sahaja perbuatan yang dilakukan. Beliau mendakwa Amir Bazli Ahmad mahu memburukkan namanya adalah tanpa asas kukuh. Amir Bazli Abdullah diturut dikatakan mereka ceritanya sungguhpun yang jelas mereka justifikasi palsu adalah Dato Ahmad Zahid Hamidi.
Menuntut pembelaan

  • Semenjak kes kegiatan gengster Dato Ahmad Zahid Hamidi membelasah Amir Bazli Abdullah dan laporan polis yang dibuat oleh Amir Bazli Abdullah pada 20.12. 2006 sehingga ke hari ini tidak ada siasatan terbuka dibuat oleh pihak polis.
  • Malah pada hari laporan itu dibuat, pada 20.12.2006, seakan polis memaklumkan Dato Ahmad Zahid Hamidi kerana pada hari yang sama Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi menghantar mesej kecewa mengenai laporan yang dibuat oleh Amir Bazli Abdullah.
  • Amir Bazli Abdullah dalam usaha menuntut pembelaan telah menghantar laporan insiden ini kepada Tan Sri Musa Hassan, selaku Ketua Polis Negara, kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan DYMM Sultan Perak. Amir Bazli Abdullah juga telah memohon Ketua Unit Pendakwaan Selangor untuk mengetahui perkembangan laporan.
  • Tindakan Sivil turut diambil memandangkan kes siasatan jenayah ke atas Dato Ahmad Zahid Hamidi tidak mendapat respons yang memuaskan. Dalam tuntutan sivil inilah Dato Ahmad Zahid Hamidi berbohong mengenai insiden 16.01.2006.
Semua telah dilakukan untuk melunaskan proses-proses yang perlu diambil oleh kita sebagai rakyat Malaysia. Namun tidak ada pembelaan untuk saudara kita Amir Bazli Abdullah. Sehingga hari ini POLIS masih gagal menyiasat secara serius, mengadakan kawat cam untuk mengenal pasti siapa yang terlibat, tidak menahan untuk siasatan dan sebagainya.

Apa yang ada sekarang seakan membenarkan kata-kata Dato Ahmad Zahid Hamidi bahawa kes ini akan dibuang dalam tong sampah sekiranya dilaporkan juga kepada polis. Adakah ini tidak perlu kita bela. Malah apa yang kita lakukan ini adalah untuk menggesa pihak-pihak tertentu untuk bangkit menyempurnakan pembelaan atas anak Negeri Kelantan yang telah menjadi bukan sahaja mangsa kepada kepimpinan negara kita malah seakan menjadi mangsa kepada jabatan yang bertanggung jawab khususnya pihak polis. (SATU CABARAN KEPADA PDRM AGAR LEBIH TELUS DAN BERINTEGRITI.)

Adakah ini satu teladan kepada kita bahawa sekiranya kita hanya anggota rakyat biasa maka kita mempunyai hak yang kurang berbanding dengan kepimpinan.

Kedudukan isu ini bukan tidak diketahui oleh kepimpinan negara kita. Perkara ini juga pernah disebut dalam Parlimen dan berikut adalah keratan dari “hansard report” yang diperoleh oleh kami.



KESIMPULAN

Amir Bazli Abdullah hari ini mempunyai trauma dengan kecacatan pada dahinya setelah dibelasah oleh Dato Ahmad Zahid Hamidi. Namun mereka yang bertanggung jawab tetap berjaya sebagai Menteri, bakal Naib Presiden UMNO, bakal Pengerusi UMNO Perak sungguhpun terpalit dengan perbuatan jenayah.

Hari ini penghakiman yang adil belum lagi berlaku ke atas kezaliman yang telah dilakukan oleh Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Nukilan ini adalah bertujuan untuk melihat keadilan kembali bersinar dalam kehidupan Amir Bazli Abdullah.

Kita mempunyai mata untuk melihat, kita punyai telinga untuk mendengar dan kita punyai akal untuk berfikir siapakah yang telah melakukan kezaliman dalam kes ini.

Keadilan perlu ditegakkan dalam usaha kita menidakkan & meruntuhkan kezaliman. Jika hari ini kita biarkan jenayah berlaku, maka seolah-olah hari ini kita juga mehalalkan jenayah kejam seumpama ini dilakukan dan diteruskan andainya jenayah ini juga berlaku ke atas keluarga kita.

Renungkanlah wajah ayah, abang dan adik lelaki kita. Jika kita mahu apa yang terjadi terhadap Amir Bazli Abdullah berulang, kita perlu memastikan dan berdoa agar penjenayah seperti Dato' Ahmad Zahid Hamidi dihukum bahkan tidak layak untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri apatah lagi bagi memimpin Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang di bawah kelolaan beliau sekarang. Sikapnya sama sekali tidak mencerminkan sikap mulia an mempunyai kredibiliti sebagai seorang Menteri yang mempunyai tanggungjawab dalam bidan keagamaan.

Jenayah yang dilakukan oleh Dato' Ahmad Zahid Hamidi ini adalah suatu bentuk perbuatan khianat terhadap diri sendiri yang mempunyai latar belakang pendidikan agama. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersama-sama menjadi hakim yang cerdik akal dan mindanya untuk memastikan kezaliman jenayah Dato' Ahmad Zahid Hamidi ini mendapat penghukuman dan pembalasan yang setimpal. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha kita yang berani menyatakan kebenaran.

********** Habis **********

Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi XII: Menjawab pembohongan Zahid

Dari Bhg 11

Berikut juga adalah surat perjanjian yang mengandungi tanda tangan rumah pangsa yang di sewa. Ini sekali gus menyangkal Nurulhidayah telah dikurung dan dituduh diculik.

Dirakamkan “Perjanjian Penyewaan” yang telah ditandatangani oleh Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi

Berikut adalah imbasan afidavit plaintif dalam menjawab tuduhan penipuan Dato Ahmad Zahid Hamidi.





Hantarkan Dato Ahmad Zahid Hamidi ke penjara (Dakwa di mahkamah segera.)

(Sila klik imej untuk dapat membaca pengakuan bersumpah Amir Bazli.)

Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi XI: Pengakuan bersumpah Menteri Ugama pembohong

Dari Bhg 10

Berikut adalah dokumen akuan bersumpah Dato Ahmad Zahid Hamidi:







Mengandungi tanda tangan Dato Ahmad Zahid Hamidi


Dengan pengakuan bersumpah tetapi kenyataan berbohong Dato Ahmad Zahid Hamidi dengan mudah sepatutnya dihumban ke penjara.

(Sila klik imej untuk dapat membaca pengakuan bersumpah Zahid)

Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi X: Nurulhidayah laku dengan rela, Nafi Zahid

Dari Bhg 9

Dalam menjawab mengenai penculikan dan dibawa ke Kelantan, anak Dato Ahmad Zahid Hamidi sendiri telah pergi ke Kota Bharu dengan Amir Bazli Abdullah secara sukarela pada Disember 2005 bersama anak kecilnya tersebut.

Jjusteru itu, NurulHidayah juga telah pun bercadang agar saya menyewa rumah pangsa di Kajang seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 5 Afidavit tersebut. Saya telah pun berbuat demikian pada November 2005 di mana Nurulhidayah degnan sendirinya telah pun menandatangani Perjanjian Sewa yang berkenaan tersebut sebagai seorang saksi yang dilampirkan bersama di sini sebagai eksibit AB-1 (bawah)


Turut dalam Afidavit Amir Bazli Abdullah, beliau menegaskan

Saya juga menyatakan bahawa selepas saya menyewa rumah pangsa di kajang tersebut, Nurulhidayah dengan sendirinya telah pun secara rela datang tinggal di sana dengan anaknya dan juga pembantu-pembantu rumahnya:

Amir Bazli Abdullah turut dalam afidavitnya mengemukakan beberapa gambar yang diambil oleh saya bersama dengan saya di kota Bahru pada 1/12/2005 secara kolektif di sini sebagai ekshibit AB-5 yang jelasnya menunjukkan kerelaan dan kebahagiaan Nurulhidayah pada masa yang kononnya beliau diculik dan dikurung oleh saya yang mana adalah dinafikan dengan tegasnya.


Gambar Amir Bazli Abdullah, Nurulhidayah dan anak Nurulhidayah menunjukkan sikap kemesraan Amir Bazli Abdullah bersama kanak-kanak tersebut.




Ini adalah gambar pada 1.12.2005 Amir Bazli Abdullah bersama Nurulhidayah di rumah pangsa Kajang. Persoalannya adakah ini gambar Nurulhidayah yang di culik? Tambahan lagi, Nurulhidayah sendiri menandatangani Surat Perjanjian Sewa sebagai seorang saksi.


Ini adalah gambar sewaktu Amir Bazli dan Nurulhidayah di Kelantan. Adakah ini wajah orang yang diculik? Adakah ini sebenarnya wajah anak Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan Dato Ahmad Zahid Hamidi berada dalam keadaan bahaya dan dikurung?

Persoalan seterusnya, kalau benar ini satu perbuatan jenayah penculikan kenapa tidak dilaporkan kepada polis? Anak dan cucu Dato Ahmad Zahid Hamidi di culik dan suami Nurulhidayah memaklumkan isteri dan anaknya di culik dan mereka tidak melaporkan kepada polis. Apa motif penculikan itu? Wang ?

Sebenarnya jelas ini adalah satu pembohongan dalam satu akuan bersumpah dan ini adalah satu kesalahan yang boleh di hukum. Sebenarnya pembohongan Datuk Zahid Hamidi adalah jelas dengan bahan-bahan yang telah dikemukakan oleh Amir Bazli Abdullah bagi menyangkal tuduhan penculikan. Nurulhidayah tidak diculik dan pembohongan ini adalah untuk menutup perbuatan jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi IX: Zahid cuba menipu

Dari Bhg 8

AKAUN BERSUMPAH DATUK ZAHID HAMIDI – SATU PENIPUAN

Memandangkan polis masih tidak menjalankan siasatan maka atas nasihat peguam Amir Bazli Abdullah telah mengemukakan satu writ saman untuk menuntut ganti rugi bagi segala kecederaan yang dialami oleh Amir Bazli Abdullah.

Writ saman itu turut memuatkan insiden yang berlaku pada 16.01.2006. Maklumat mengenai writ saman itu terkandung dalam muka 10 dan muka 11 buku ini di bawah tajuk APA YANG BERLAKU PADA 16.01.2006.

Writ saman tersebut telah menerima respons “ Afidavit pertama Dato Ahmad Zahid Hamidi” Guaman Sivil No 22-11-1151-2007. Afidavit pertama Dato Ahmad Zahid Hamidi telah di balas dengan Afidavit balasan Amir Bazli Abdullah dalam Guaman Sivil No : MT1-22-1151 Tahun 2007

Dalam membalas writ saman, Dato Ahmad Zahid Hamidi telah menipu secara terang-terang apa yang telah berlaku. Kami akan mengemukakan kenapa kami dapati bahawa Afidavit Pertama Dato Ahmad Zahid Hamidi satu penipuan.

Afidavit Ahmad Zahid Hamidi menafikan apa yang berlaku sebaliknya telah menuduh bahawa Amir Bazli Abdullah telah menipu dan telah menculik anaknya berbulan-bulan.

DITEGASKAN

Dato Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan bersumpahnya memaklumkan:

Menurut anak menantu saya, isteri dan anaknya telah diculik dan dibawa lari oleh plaintif. Dia segera mencari mereka di seluruh rantau tetapi tidak berjaya mengesan di mana mereka. Akhirnya anak perempuan saya telah berjaya melepaskan dirinya dan membawa anak kecilnya.

Dari aduan anak perempuan saya, mereka telah dikurung di sebuah rumah pangsa pada suatu tempat di Kajang. Suaminya telah dapat mengesan alamat itu tetapi mendapati rumah pangsa itu sudah ditinggalkan dan penculiknya plaintif (Amir Bazli Ahmad) entah di mana. Suaminya terus berusaha mencarinya serta tempat duduknya.


Ini satu pembohongan dan pembohongan ini dilakukan dalam ikrar bersumpah Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Nota: Kenapa dikatakan Zahid menipu?

Ramai komentar menyalahkan Amir Bazli kerana kononnya membawa lari anak orang atau isteri orang. Ada yang kata padan muka. Reaksi mereka boleh difaham jika apa yang dikatakan Zahid itu betul. Penting sekali adalah adakah ini paksaan atau kerelaan?

Sama-sama kita ikuti dalam Bahagian selepas ini.

NST melaporkan Menteri 'Gangster' mendahului banci Naib Presiden

NST melaporkan satu bancian yang dibuat oleh Prof Dr Abu Hassan Hasbullah's Zentrum Future Studies Malaysia. Berdasarkan maklumat Memo Belakang, bancian ini sampel 163perwakilan.

Zahid dikatakan berada ditingkat teratas untuk pertandingan Naib presiden UMNO dengan peratusan 25%.

New Straits Times, March 29th, 2009

Survey: Ali the front-runner

By : Farrah Naz Karim

PUTRAJAYA: The pole position in the impending Umno election race has changed drastically since nominations were last tallied, according to a Universiti Malaya survey concluded last month.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, who secured about twice the number of nominations as his competitors for the deputy president's post, is now said to be lagging behind his closest rival, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, who has the support of 54 per cent of delegates compared to his 35 per cent.

Another candidate, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, remained in third place with 11 per cent of the votes in the survey conducted by Prof Dr Abu Hassan Hasbullah's Zentrum Future Studies Malaysia of the university.

The survey had some 2,030 respondents, including 163 Umno delegates.

In the same survey among members of other political parties, including Barisan Nasional components, 66 per cent preferred Muhyiddin, while 48 per cent of the public felt he should hold the post.

The survey of Umno ordinary members showed that 47 per cent wanted Ali as deputy president. However, if the numbers were lumped together, the difference in support for Ali and Muhyiddin was a mere two per cent, with the former securing 43 per cent.

The micro study on Political Influences of the 2009 party election, in detailing the strengths and weaknesses of the three candidates, said that a majority of candidates concurred that Muhyiddin was the most "intelligent, charismatic", the candidate with the best "international relations" and the one with "leadership".

He was also the one that "people trusted the most", the report said, adding that Muhyiddin was also viewed as the least corrupt.

However, he lost out to Ali in terms of "popularity, diplomacy" and "political experience".

Muhammad was picked as the most experienced candidate but was also viewed by respondents as the one with the most problems related to perceptions on nepotism, cronyism and corruption.

He recorded 48 per cent, compared with Ali and Muhyiddin, with 29 and 23 per cent, respectively.

The survey also concluded that Datuk Seri Hishammuddin Hussein, who led in the number of nominations for the vice-presidents' posts, has ended up as the one with the least support in the eight-candidate list.

Hishammuddin, who is vacating his Umno Youth chief post , is losing out to Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, who from the start had been trailing a spot behind him.

Zahid, according to the survey, secured 23 per cent of votes compared to Hishammuddin's six per cent.

The survey, which said that results from Sarawak, Sabah, Kedah and Perlis would only be processed later this week, also revealed that Datuk Seri Dr Rais Yatim and Datuk Seri Mohd Khaled Nordin had gone up to second (18 per cent) and third (14 per cent) positions respectively.

In the battle for the Wanita chief post between Tan Sri Rafidah Aziz and Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, it said that the latter was in the lead with 53 per cent.

The current standing of popularity among the three contenders for the Youth chief post showed leading nominee Datuk Mukhriz Mahathir moving down to second place with 39 per cent, while the wing's current deputy chief Khairy Jamaluddin had the support of 46 per cent of respondents.

Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, who was racing head and head with her competitor Datuk Shahaniza Shamsuddin, had fallen to third place, with the latter taking top spot with 27 per cent.

Datin Ismalina Ismail was in second place.
Nasiblah UMNO kalau seorang penjenayah gangster yang perasuah, hipokrit dan tidak berkebolehan dijadikan pemegang jawatan utama parti.

Blog 'Dua Dunia ... Zahid Hamidi' mendapat perhatian

Pihak Zahid Hamidi sudah menyedari akan kewujudan blog ini sepulangnya dari Mekah. Namun begitu, mereka mengambil sikap untuk tidak mempedulikan blog ini. Kononnya blog tidak akan mempengaruhi dan mengubah sikap dan pendirian perwakilan.

Biarlah sikap mereka demikian, lagi dibiarkan tanpa jawapan, lama-lama rakyat akansedar. Kini laman web UMNO Reform telah meberi pendedahan kepada kewujudan blog ini pada Mac 5hb, 2009. Berikut adalah tulisan ringkas mereka:

Pendedahan isu Zahid Hamidi

Written by Webmaster
Thursday, 05 March 2009

Membaca http://anti-zahid.blogspot.com/ mungkin akan membuka kita sendiri kepada apa yang berlaku atas calon Naib Presiden UMNO ini. Tuduhan ke atas beliau juga berat. Ini tuduhan jenayah - menculik - memukul dengan begitu dahsyat sekali dan menurut blog ini laporan polis telah dibuat tetapi tidak mendapat sebarang tindakan sehingga ke hari ini.

Perkembangan isu Zahid Hamidi ini amat memeranjatkan sungguhpun blog http://chegubard.blogspot.com pernah memberi prebiu mengenai isu Zahid Hamidi. Adakah UMNO akan membiarkan mereka ini di beri peluang untuk mentadbir negara. Mungkin adalah amat perlu kita melawati laman pendedahan Zahid Hamidi yang dikatakan oleh blogmaster, masih tidak mendapat pembelaan.

Apa pun perkara ini dikatakan masih tergantung dan isu ini sebenarnya tidak boleh dibiarkan lama. Dari makluman yang di tulis oleh blogmaster tersebut kes ini bermula dari tahun 2005 - kalau tidak silap dan telah melalui 4 tahun tanpa pembelaan. Ada yang berani komen mengenai isu ini dan adakah Zahid Hamidi sesuai untuk menjadi Naib Presiden dengan terbongkarnya isu ini.

Zahid kini kononnya berada ditahap tertinggi dalam survey yang dibuat mengenai pemilihan Naib Presiden. Dato Hishamuddin yang mendapat pencalunan terbanyak pun nampaknya menghadapi perjalanan mencabar ekoran dariperarakkan PPSMI. Hanya Dato Shafie Apdal yang dijangka stabil kerana wakilSabah akan diberi peluang oleh perwakilan-perwakilan.

Penentangan kita terhadap Zahid bukan kerana untuk melihat Zahid kalah. Kita menentangnya kerana Zahdi adalah pemimpin yang akan menjadi liabiliti kepada UMNO. Selain sikapnya yang hipokrit ugama, pemimpin yang tidak berkeupayaan berfikir, dan perasuah, Zahid masih mempunyai pertalian kuat dengan PKR melalui bekas rakan sepejabatnya, Johari Abdul dan bekas Setiausaha Kerja Pemuda UMNO bawahnya, Saifuddin Nasution.

Sekiranya dia terpilih, UMNO akan berada dalam keadaan malu apabila kerusi Naib Presiden dikosongkan lagi kerana Zahid akan tewas dalam kes jenayah terhadapnya.

Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi VIII: Memujuk jangan lapur

Dari Bhg VII

MEMUJUK UNTUK JANGAN LAPOR PADA POLIS

Keluarga Ahmad Zahid Hamidi melalui isteri dan anaknya senantiasa hadir untuk memujuk beliau supaya jangan melaporkan kepada polis. Pujukan dan rayuan akan membenarkan anaknya Nurulhidayah untuk mengahwini Amir Bazli Abdullah turut dibuat.

Atas alasan itu serta trauma dan sesi perubatan yang agak lama maka laporan polis tidak dibuat terlebih dahulu. Sungguhpun begitu apa yang penting untuk kita lihat adalah mengenai insiden belasah itu. Adakah insiden belasah itu tidak berlaku? Adakah ini rekaan semata-mata. Apakah anaknya Nurulhidayah tidak tahu mengenai insiden Amir Bazli Abdullah dibelasah oleh bapanya Datuk Ahmad Zahid Hamidi? Namun kolaborasi dengan Datuk Ahmad Zahid Hamidi begitu akrab sekali.

Pada 20hb Disember 2006 pada hari Amir Bazli Abdullah membuat laporan polis anaknya, Nurulhidayah telah menghantar satu pesanan ringkas. Berikut adalah mesej yang diterima :


Mesej: Tak sangka krn nurul tak jumpa n balas sms abg, abg buat repot polis kat balai kjg. Abg buat la apa yg patut asal puas hati. Terima kasih byk2


Pesanan ini adalah dari Nurulhidayah berserta dengan nombornya sekali. Ini jelas menunjukkan bahawa Nurul juga tahu mengenai insiden tersebut dan polis juga telah memaklumkan kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengenai laporan yang dibuat. SMS ini diterima pada hari laporan dibuat. Perhubungan akrab antara polis dengan Datuk Ahmad Zahid Hamidi adalah amat jelas.

Dengan itu adalah tidak salah bagi Amir Bazli Abdullah untuk membuat konklusi bahawa polis dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berhubung rapat kerana tepat pada masa Amir Bazli Abdullah membuat laporan, Nurulhidayah pun menghantar sistem pesanan ringkas mengenai laporan itu.

Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi VII: Bukti dan Saksi

Dari Bhg VI

YANG MENYELAMATKAN SAYA

Kami telah mendedahkan pengakuan Amir Bazli Abdullah mengenai tindakan tidak berperi kemanusiaan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Kami telah mempamerkan laporan polis yang tidak diambil tindakan serta kenyataan media serta surat merayu agar siasatan dibuat dan mengambil juga langkah menyaman Datuk Ahmad Zahid Hamidi atas perbuatan beliau tetapi seperti yang dikatakan – sehingga kini tidak ada satu siasatan yang konkrit diambil.

Amir Bazli Abdullah hampir mati dibelasah oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan rakan-rakan gengster dan ini disaksikan sendiri oleh isteri beliau Datin Hamidah dan anak beliau Nurulhidayah. Isteri kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi adalah orang yang menghalang Amir Bazli Abdullah dari terus dipukul yang mampu menyebabkan kecederaan yang lebih teruk atau sehingga terbunuh.

Dalam insiden itu juga, anak beliau Nurulhidayah turut ditampar apabila cuba menghalang ayahnya dari terus memukul Amir Bazli Abdullah. Insiden inilah akan diingati oleh Amir Bazli Abdullah.

Hari ini Amir Bazli Abdullah masih lagi menyimpan pakaian hari malang beliau sewaktu di pukul. Berlumuran dengan darah dan bergelimpangan di atas tanah Amir Bazli Abdullah di mamah oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan rakan-rakan “gengster” nya. Mereka memang berniat untuk membunuh, kata Amir Bazli Abdullah. Mereka sudah sedia untuk menanam saya hidup-hidup. Mereka sungguhpun tidak membunuh saya atas halangan isteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi tetapi telah mengugut untuk mengambil tindakan menghapuskan Amir Bazli Abdullah sekiranya berani melaporkan kepada polis.

Mereka turut memberi amaran bahawa pihak polis akan hanya membuang laporan itu ke dalam tong sampah sekiranya laporan dibuat. Ini menunjukkan betapa yakinnya mereka terhadap polis. Mereka yakin polis akan menyebelahi mereka dan apa yang ada sekarang hampir menunjukkan kebenaran.

Ini seolah-olah terus menghilangkan keyakinan Amir terhadap Jabatan Polis kerana Amir Bazli adalah mangsa yang dipukul oleh seorang pemimpin kanan kerajaan dan rakan-rakan beliau. Sekali lagi Datuk Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya di penjara atas kesalahan beliau.

Seluar yang dipakai oleh Amir Bazli Abdullah sewaktu di pukul


Amir Bazli Abdullah menunjukkan baju yang mempunyai kesan darah akibat dipukul oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan “gengster” beliau

Baju dan seluar sewaktu apabila di belasah masih ada dalam simpan Amir Bazli Abdullah. Setakat ini barang-barang ini tidak diambil oleh polis dan ini juga boleh menunjukkan bahawa siasatan menyeluruh kemungkinan tidak dilakukan. Bahan-bahan ini adalah petunjuk bahawa Amir Bazli dibelasah dan petunjuk paling besar bahawa beliau telah dibelasah adalah pada muka beliau yang mengalami tanda kekal. Ini juga tidak mengundang pihak polis untuk mengadakan siasatan mengenai siapa belasah Amir Bazli Abdullah.

Mungkin selepas ini kita boleh mengheret Datuk Zahid Hamidi ke mahkamah atas tuduhan menyalah guna kuasa untuk mengelakkan dirinya dari disiasat. (Kesalahan sama seperti Anwar ibrahim, rakan seperjuangan Zahid)

Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi VI: Menteri gengster guna pengaruh tahan siasatan polis

Dari Bhg V

Dengan kecederaan yang begini, apa yang mengharukan adalah ketidakprihatinan pihak polis mengenai kecederaan Amir Bazli Abdullah sungguhpun Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau adalah mangsa yang dipukul.

Laporan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUKM 12) menunjukkan bahawa Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau telah dipukul.

Sehingga ke hari penerbitan ini pun Amir Bazli Abdullah masih tidak mendapat pembelaan dan mengambil keputusan untuk melakukan lebih dari sepatutnya dalam menuntut keadilan dan pembelaan buat dirinya.


Laporan dari Weekend Mail dan Siasah gagal untuk menjemput polis untuk menyiasat dengan lebih terperinci mengenai perbuatan jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Amir Bazli Abdullah pada satu ketika seakan percaya bahawa kepimpinan negara ini adalah kebal walaupun ini adalah perbuatan jenayah yang amat jelas.

Sekiranya polis melaksanakan tugas dengan lebih integriti maka polis sepatutnya melakukan siasatan terperinci sehingga mampu memberi pandangan negatif kepada saya dan saudara pembaca.

USAHA AMIR BAZLI ABDULLAH untuk menegakkan keadilan dan menghukum mereka yang melakukan perbuatan jenayah terhadap dirinya. Kami turut simpati atas nasibnya dan kesal terhadap orang yang berjawatan tinggi seperti Dato Zahid Hamidi sanggup bertindak seperti mafia untuk memastikan Amir Bazli Abdullah tidak dapat menyambung perhubungan kasih sayang yang ada sewaktu itu.

Berikut adalah surat yang terus meminta polis untuk melakukan siasatan rapi dan memohon keapda polis untuk mengetahui setakat mana siasatan telah dijalankan. Imbasan serahan laporan dan dokumen bersabit Kes Dato Ahmad Hamidi kepada Tan Sri Musa Hassan;


Amir Bazli Abdullah telah menghantar satu serahan laporan dan dokumen bersabit kes Dato Ahmad Zahid Hamidi pada 20 Jun 2007. Laporan itu mengandungi beberapa perkara :

1. Laporan polis
2. Surat daripada pihak guaman
3. Laporan Doktor
Pengesahan penerimaan laporan itu juga diterima pada 27hb Jun 2007 namun sehingga ke hari ini, penjenayah ini bebas melakukan apa sahaja.

Pada 13 Mac 2007 melalui peguam Karpal Singh dan Company telah menghantar surat kepada En Mohad Idris Bin Samsuri, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kelang.

Sekali lagi ditekankan bahawa sehingga hari ini tidak ada satu jawapan yang konkrit diterima mengenai kedudukan kes ini dan sehingga ke hari ini penjenayah yang terdiri dari Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan rakan-rakan masih bebas.

Dalam buku ini kami siarkan semua laporan mengenai insiden agar pembelaan terhadap seorang anak Malaysia dapat di peroleh. Kita tidak mahu Dato Ahmad Zahid Hamidi terus menipu rakyat, memikirkan bahawa dia mempunyai kuasa maka segala-galanya kena tunduk padanya.

Kita mahu beliau sedar dalam Malaysia ini adalah undang-undang dan beliau adalah pesalah laku jenayah yang sepatutnya di penjara atas perbuatan beliau. Kita tidak mahu undang-undang Malaysia di pandang lekeh oleh mereka yang mempunyai kuasa apa lagi setakat buku ini ditulis sudah bergelar Menteri.






Tiga dokumen di atas adalah tindakan-tindakan yang telah dibuat untuk menuntut pembelaan. Amir Bazli Abdullah telah memohon berkali-kali untuk mengetahui perkembangan laporan yang beliau buat mengenai insiden jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi dari pihak polis.

Polis dengan alasan “sedang dalam siasatan” sehingga hari ini gagal memberi satu kepastian mengenai kes tersebut. Amir Bazli Abdullah dan peguamnya Karpal Singh turut memohon penjelasan dari Unit Pendakwaan untuk mengetahui status kes tersebut dan satu maklum balas telah diberi untuk menunjukkan bahawa Unit Pendakwaan sudah meminta fail dari Siasatan Jenayah mengenai kes ini namun ia tergantung setakat itu sahaja.

Ini menyebabkan harapan untuk mendapat pembelaan dari polis masih gagal dan ini hanya menunjukkan terdapat sesuatu yang menghalang kes itu dari disiasat. Kami percaya sekiranya ini kes pemukulan oleh orang biasa sudah tentu si pelaku akan diheret ke balai untuk siasatan rapi. Ini akan menyebabkan kita beranggapan bahawa kes ini sedang terlonggok di atas meja Pejabat Polis tanpa pembelaan.

Ini juga memberi makna mengenai kekebalan mereka yang mempunyai kuasa dalam melakukan jenayah. Apakah ini tidak menjadi satu persoalan?

MANGSA JENAYAH

Butiran di atas menunjukkan insiden tindakan rakus Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang menggunakan samseng dalam usaha memutuskan perhubungan antara anak beliau dengan Amir Bazli Abdullah. Tindakan beliau tidak boleh dimaafkan kerana beliau telah melakukan jenayah sehingga telah mengancam nyawa Amir Bazli Abdullah.

Amir Bazli Abdullah adalah mangsa seorang kepimpinan negara ini yang sepatutnya bergelar penjenayah tetapi hari ini menggunakan kuasa untuk menghalang Jabatan Polis untuk melakukan siasatan. Mangsa ini telah memohon dengan mengutus surat kepada YAB Perdana Menteri, Ketua Polis Negara malah telah berusaha mengutus surat kepada Sultan Perak agar keadilan terlaksana namun sehingga hari ini masih gagal mendapat maklum balas.

Sekali lagi kami maklumkan bahawa Amir Bazli Abdullah mahukan keadilan dan mahukan mereka yang bertanggung jawab dihumban ke penjara atas perbuatan mereka. Mereka memukulnya tanpa rasa belas ihsan, tanpa ada rasa kemanusiaan dan mengugut untuk membunuh.

Kumpulan yang diterajui oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi ini bongkak dan Datuk Ahmad Zahid begitu angkuh mengatakan bahawa sekiranya Amir Bazli Abdullah membuat laporan maka laporan akan dicampakkan ke tong sampah. Adakah ini sikap seorang pemimpin? Adakan ini yang ada di Malaysia, kepimpinan negara boleh melakukan apa sahaja seolah-olah beliau di luar peruntukan perundangan.

Gambar Datuk Ahmad Zahid Hamidi bersama Amir Bazli Abdullah dalam konvoi bermotor

Inilah dia kini “menteri gengster” yang telah hampir meragut nyawa Amir Bazli Abdullah kerana dosa cinta Antara Dua Darjah. Kita wajar menghukum beliau atas apa yang telah dilakukan. Kita sepatutnya tidak boleh membiarkan – apa lagi seorang yang mempunyai kuasa menggunakan kuasa bagi membolehkan beliau melakukan perbuatan jenayah.

Datuk Ahmad Zahid Hamidi tidak layak lagi duduk bersama-sama masyarakat selagi beliau tidak dihukum dan selesai menjalani hukum. Beliau serta rakan-rakan “gengster” beliau sepatutnya dihumban dalam penjara.

Semasa tulisan ini dibuat Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah dilantik menjadi Menteri Penuh. Ini menguatkan iltizam kami untuk terus menerbitkan buku pendedahan ini atas alasan tidak mahu negara ini di perintah oleh orang seperti Datuk Ahmad Zahid Hamidi – seorang penjenayah dan menyalah guna kuasa sehingga kes ini tidak disiasat oleh pihak polis.

Tambahan: Bagi menjaga nama baiknya dari tercemar dengan kes ini, Amir Bazli cuba mendapatkan suara pembelaan dari pelbagai ahli-ahli politik, termasuk pembangkang. Antara yang telah diusahakan termasuk pemimpin-pemimpin PKR seperti Anwar Ibrahim, dan Saifuddin Nasution atau pemimpin-pemimpin PAS seperti Salahuddin Ayub, dan lain-lain pemimpin PAS Kelantan. Sehingga kini, baik pemimpin-pemimpin pembangkang mahu pun majalah dan laman web mereka bagaikan berdiam mengenai kes Zahid Hamidi. Ianya seolah-olah ada persekongkolan dari mereka membantu memajukan politik Zahid dalam UMNO.

Selepas laporan berita di Siasah, majallah pro-pembangkang itu enggan memberi pendedahan. Dipercayai Mohamad Sayuti Omar telah di'beli' oleh Zahid dan kini adalah pengampu besar Zahid. Detik daily telah memadamkan sebahaguian dari siri pendahan ini. Malah dipercayai laman web Malaysia Today enggan menyiarkan kes salahlaku Zahid kerana telah juga mendapat bayaran.

Tambahan maklumat ini adalah untuk menyangkal salah anggapan bahawa Amir Bazli adalah 'budak suruhan' pembangkang.

Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi V: Kecederaan yang mencacatkan

Dari Bhg IV

Perbuatan jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi ini telah memberi kesan seumur hidup terhadap Amir Basli Abdullah. Beliau bukan sahaja mengalami kecacatan fizikal tetapi telah mengalami trauma akibat insiden tersebut.

Datuk Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bertanggungjawab dan sepatutnya dibawa ke muka pengadilan. Kita kita mahu ada “double standard” dalam sistem perundangan ini dan kita mahu orang seperti Amir Bazli Abdullah ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Lihatlah apa yang terjadi pada muka Amir Bazli Abdullah:




Dengan kecederaan yang begini, apa yang mengharukan adalah ketidakprihatinan pihak polis mengenai kecederaan Amir Bazli Abdullah sungguhpun Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau adalah mangsa yang dipukul.

Laporan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUKM 12) menunjukkan bahawa Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau telah dipukul.

Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi IV: Peristiwa & Laporan Perubatan

Dari Bhg 3

APA SEBENARNYA BERLAKU

Ini adalah percintaan antara Amir Bazli Abdullah, seorang duda dengan anak kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah seorang janda. Percintaan ini tidak direstui oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Bukti percintaan ini bukan susah untuk pihak polis temui dan mungkin amat mudah untuk pihak polis menerbitkan motif serangan terhadap Amir Bazli Abdullah.

Percintaan ini berlaku pada awal tahun 2005. Kronologi bermulanya perkenalan antara Amir Bazli Abdullah dan Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi telah diterangkan dalam Afidavit guaman Sivil No MT1-22-1151 Tahun 2007 setelah dinasihatkan oleh peguam agar tuntutan sivil di buat memandangkan sehingga ke waktu ini, Polis gagal bertindak terhadap laporan jenayah terhadap Dato Ahmad Zahid Hamidi.

Kronologi pertemuan antara Amir Bazli Abdullah dan Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi.
1. Saya telah menyertai konvoi “Big Biker” pada sekitar bulan Ogos 2005 dengan menaiki sebuah motosikal kepunyaan adik saya;

2. Pada masa tersebut, saya tidak mengenali anak defendan bernama Nurul Hidayah tersebut ataupun anak kecilnya;

3. Saya hanya mula mengenali Nurulhidayah pada sekitar bulan September 2005 dan beliau telah pun memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah pun bercerai dengan suaminya di sebuah cafe bermana “saloma” di Kuala Lumpur.

4. Selepas itu saya dengan NurulHidayah telah menjalinkan satu perhubungan di mana Nurulhidayah telah pun memaklumkan bahawa beliau telah pun jatuh cinta dengan saya;

5. Nurulhidayah telah pun dengan sendiri bercadang ke Kota Bharu dengan saya secara rela pada bulan Disember 2005 bersama anak kecilnya tersebut;

6. Justeru itu, Nurulhidayah juga telah pun bercadang agar saya menyewa sebuah rumah pangsa di Kajang seperti yang dinayatakn di dalam perenggan 5 Afidavit tersebut dan saya telah pun berbuat demikian pada bulan November 2005 di mana Nurulhidayah dengan sendirinya telah menandatangani Perjanjian Sewa yang berkenaan tersebut sebagai seorang saksi yang dilampirkan bersama di sini sebagai aksibit “AB-1”

7. Saya juga menyatakan bahawa selepas saya menyewa rumah pangsa di Kajang tersebut, Nurulhidayah dengan sendirinya telah pun secara rela datang tinggal di sana dengan anaknya dan juga pembantu-pembantu rumahnya;
Lampiran keseluruhan writ saman, afidavit pertama Dato’ Zahid Hamidi dan Afidavit jawapan Amir Bazli Abdullah disertakan. Perlu diingat ini adalah tuntutan sivil Amir Bazli Abdullah atas nasihat peguam “Karpal Singh and Company” kerana kes laporan polis terhadap jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi masih belum diselesaikan oleh polis.

Tuntutan dalam writ saman Amir Bazli Abdullah ada menyatakan dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku pada 16.01.2006. Berikut kami dedahkan writ saman Amir Bazli Abdullah dalam melihat apa sebenarnya berlaku. Berikut adalah kronologi insiden pemukulan Amir Bazli Ahmad dan pembabitan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

APA YANG BERRLAKU PADA 16.01.2006
1. Pada 16.01.2006, jam lebih kurang 10 malam, apabila plaintif (Amir Bazli Abdullah) sedang mengisi petrol ke dalam keretanya di Stesen Petrol sebelah UNITEN, Bangsi, agen-agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut dan membawa plaintif dengan paksaan, ke sebuah kelab rekreasi di kawasan kediaman Country Heights, Kajang.

2. Apabila dibawa ke kelab rekreasi tersebut, plaintif (Amir Bazli Abdullah) telah melihat Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) bersama suami anaknya, Hisham dan seorang anaknya yang dikenali sebagai KK di sana. Bersama-sama mereka juga terdapat beberapa orang yang merupakan agen dan pekerja Defendan (Dato Ahmad Zahid Hamidi).

3. Plaintif plid (maklum) bahawa apabila beliau menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi), Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah menumbuk plaintiff dengan kuat di mukanya menyebabkan tulang hidungnya patah.

4. Plaintif juga plid (maklum) bahawa akibat daripada tumbukan daripada Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) tersebut, mata kiri plaintif (Amir Bazli Abdullah) telah menjadi bengkak sehingga beliau tidak lagi dapat membuka mata kirinya.

5. Setelah menerima tumbukan pertama daripada Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi), agen-agen defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) yang berada di sana telah mula memukul plaintif bersama-sama dengan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi)

6. Plaintif memplid (maklum) bahawa Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) dan/atau agen-agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mendatangkan kecederaan teruk kepada bahagian muka plaintif (Amir Bazli Abdullah) dengan sebuah objek keras.

7. Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut untuk membunuh plaintif (Amir Bazli Abdullah) berulang kali apabila berkata kepada plaintif (Amir Basli Abdullah) “kau akan ditanam”

8. Agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) bernama Hisham di bawah arahan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut untuk membunuh plaintif (Amir Bazli Abdullah) apabila berkata “aku dah ingatkan kau, aku sanggup mandi darah dengan kau”

9. Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) dan atau agen-agen defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengurung plaintif (Amir Bazli Abdullah) secara tidak sah di kediaman defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) di 389, Jalan Bayu Nyaman, Country Height, 43000 Kajang, Selangor sehingga jam 2 pagi hari berikutannya iaitu 17.1.2006.
Inilah sebenarnya berlaku. Malang sehingga ke hari ini masih tidak terdapat tanda-tanda bahawa Amir Bazli Abdullah akan mendapat pembelaan yang setimpal dan paling malang adalah anggapan yang boleh kita lihat mengenai sistem kepolisan kita yang nampak gagal berfungsi dengan sewajarnya.

Sebelum kita pergi lebih lanjut untuk membuktikan bahawa semua urusan untuk mendapatkan pembelaan bagi Amir Bazli Abdullah gagal maka kita perlu melihat bentuk kecederaan yang dialami dan laporan Hospital yang membuktikan kesahihan kecacatan dan keadaan yang menimpa Amir Bazli Abdullah akibat di pukul.

Berikut adalah kecederaan yang ditimpa oleh Amir Bazli Abdullah atas perbuatan Dato Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam writ saman Amir Bazli Abdullah, berikut adalah kecederaan yang di alami oleh beliau:

1. Plaintif telah mengalami DEPRESSED FACIAL BONE FRACTURE dan NASAL BONE FRACTURE dengan DEVIATED NASAL SEPTUM

2. Plaintif telah mengalami MULTIPLE FACIAL BONE FRACTURES WITH LEFT SUPERIOR OBLIQUE AND SUPERIOR RECTUS MUSCLE INVOLVEMENT

3. Plaintif telah mengalami TRAUMATIC SUBCONJUNCTIONAL HEMORRHAGE di sebelah kiri mukanya dan DEPRESSED FRONTAL BONE FRACTURE

4. Plaintif telah mengalami kecederaan yang tetap di mana keadaan mukanya kini adalah dengan jelas cacat.
Berikut adalah laporan perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia. Laporan ini diterima setelah mangsa berkali-kali memohon laporan tersebut untuk diserahkan kepada mangsa. Amir Bazli Abdullah telah meminta peguamnya Karpal Singh and Co untuk memohon laporan dan akhirnya laporan itu telah diterima.

Laporan itu kami lampirkan untuk menunjukkan kecederaan Amir Bazli Abdullah dan kenapa dengan kecederaan sebegitu hebat tidak ada pembelaan terhadap mangsa.


Kisah Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi akan bersambung


Kisah jenayah Zahid Hamidi tergantung beberapa lama kerana kesibukkan urusan peribadi.

Sejak akhir blog ini dikemaskini, beberapa perkembangan berlaku terhadap YB Dato Dr Zahid Hamidi. Usaha janggalnya untuk menjadikan isu tadika Kemas berjaya di Perak berjaya dialih pandang.

Dengan terlompat beberapa ADUN pembangkang untuk menyokong BN di ADUN, maka Perak berjaya ditawan dengan bantuan titah DYMM Sultan Perak. Kejayaan itu menaikkan saham Zahid di tengah-tengah pertandingan jawatan UMNO. Dikatakan nama Zahid naik ke kedudukkan teratas sekali.

Zahid pengacau peralihan kuasa Perak

Ramai orang UMNO tidak sedar bahawa disebalik kejayaan mendapatkan kembali kuasa di Perak bukan atas usaha Zahid. Percubaannya untuk menjadikan isu dari penutupan tadika-tadika Kemas gagal. Dia hanya menumpang nama sebagai Timbalan Ketua Perhubungan yang baru dilantik.

Usaha sebenar adalah oleh beberapa individu yang tidak ramai ketahui. Bila berjaya, ramai berpura-pura temberang mengaku ada peranan. Hanya yang terlibat akan tahu butiran pertemuan dengan ADUN-ADUN yang melompat keluar, ketidak puashati mereka, butir-butir persitiwa dan perancangan seterusnya.

Menurut mereka, Zahid mengacau rancangan mereka hingga keadaan kini menjadi caca marba. Mereka hairan bagaimana perkara ini boleh bocor kepada PAS dan Nizar mahu segera bubarkan DUN Perak untuk pilihanraya negeri. Kenyataan bos Zahid, Pak Lah yang awal-awal mengatakan ada ADUN Pakatan Rakyat akan lompat menyebabkan elemen kejutan hilang.

Mereka menganggap Zahid ini betul haiwan politik hinggakan perancangan parti diketepikan demi kepentingan politik dirinya. Dia terlalu gopoh dalam tindak tanduk dan dialah yang mendesak Najib hingga banyak lagi kejutan-kejutan yang dirancang terhadap Nizar, Ngeh dan Nga tergendala. Akibatnya peralihan kuasa di Perak tidak lancar, huru hara, dan nampak mungkin boleh membawa keuntungan politik kepada BN.

Disebalik Pembangunan Tanah Wakaf

Selain isu tadika Kemas yang cuba dimainkan, Zahid juga ada mengusahakan acara yang mana YM Raja Muda Perak, Raja Nazrin membuat ucapan dalam satu Seminar Ekonomi Islam.

Ucapan Raja Nazrin mendedahkan rasa tidak puashati pihak istana terhadap kerajaan Perak kerana tanah-tanah Kampung Baru itu tidak dipersetujui Majlis Raja-Raja Melayu semasa rancangan Briggs itu diimplementasikan. Dari situ, meningkatlah tekanan terhadap kerajaan Nizar boneka DAP.

Semasa Seminar itu, Zahid mengumumkan antara resolusi Seminar yang dipersetujui adalah membangunkan tanah-tanah wakaf dibangunkan. Agenda membangunkan tanah wakaf adalah perkara lama yang sering dibincangkan.

Rupanya resolusi itu hanya rubber stamp untuk indors perancangan Zahid. Hanya lat seminggu dua selepas itu, begitu menakjubkan sekali kehebatan Zahid boleh mengumumkan rancangan-rancangan pembangunan tanah wakaf yang juga termasuk tanah-tanah wakaf di Pulau Pinang. Nampak sangat ini telah dirancang awal sebelum Seminat tersebut.

Sebelum ini, kerajaan Gerakan Pulau Pinang telah saja-saja menahan pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang. Nampak macam Zahid ini bagus sangat, tetapi sebenarnya jauh dari realiti sebenar. Rancangan Zahid hanya akan membolehkan penduduk bukan Islam dapat memanafaatkan dari tanah-tanah wakap ini.

Disebaliknya ada juga rancangan KKN (Korupsi, Kronisma dan Nepotisme), slogan Zahid menghentam Dr Mahathir untuk Anwar Ibrahim. Butiran dan nama-nama personaliti akan didedahkan kemudian.

Penjenayah tidak layak jadi pemimpin

Zahid yang kini berpura-pura macam orang alim sebenarnya adalah Penjenayah. Dalam siri Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi dari Bahagian I, II dan III, latarbelakang jenayah Zahid terhadap Amir Bazli serta video pengakuan Amir Bazli telah didedahkan.

Bahagian IV seterus akan mendedahkan lebih banyak butiran mengenai jenayah ini dan pasti sesiapa yang berpendirian "padan muka Amir Bazli kerana bawak anak perempuan orang" akan mula mempersoal kembali pendirian masing-masing.

Pertama, anak perempuannya bukan lagi tanggungjawab syarak Zahid kerana sudah berkahwin. Kedua, Nurul Hidayah lakukan tanpa paksaan dan dengan kerelaan hati. Ketiga, Amir Bazli sudah tertipu dengan pujuk rayu, simpati dan pengakuan Nurul. Semua ini akan terbukti.

Kes ini - kalau tidak ada peranan belakang di mahkamah seperti yang dilakukan oleh polis untuk tidak melakukan tindakan selanjutnya - pasti akan mensabitkan Zahid salah. Segala penafian Zahid, berkenaan mengenai kekasaran dan salahlaku gangsterism yang dilakukan terhadap AmirBazli, mudah dapat diketepikan berdasarkan banyak kenyataan dan pengakuan Nurul Hidayah dan isteri Zahid, Datin Hamidah sendiri.

Setiausaha Agong UMNO, Tengku Adnan mengingatkan jangan sampai selepas pemilihan UMNO akan ada jawatan yang dikosongkan kerana salahlaku politik wang. Lebih teruk dari itu, jangan ada jawatan dikosongkan kerana salahlaku jenayah memukul orang dengan tujuan untuk mencedera yang boleh membawa hukuman penjara.

Banyak pilihan lain untuk salah satu dari tiga jawatan Naib Presiden UMNO. Memilih Zahid tidak akan membawa kebaikkan kepada UMNO. Untuk menyelamatkan UMNO, orang terakhir yang harus diberi kedudukkan dalm parti dan kerajaan adalah Zahid.

Dia adalah perasuah, hipokrit, tidak berkebolehan dan penjenayah. Tunggu sajalah lebih banyak lagi pendedahan si munafik yang bertopengkan ugama.