Don't need to wear a uniform to serve the country


As a young Malaysian Chinese, I joined the air force in 1976. I remember it was May 1st that year when I arrived at Port Dickson camp.

Later, came the rest of my comrades. It was about 300 of us then.

The first month was tough. Not only physically, but to be accepted into the team was another thing.

The Malay boys from the kampungs viewed us as Chinese communists. But the training itself had no discrimination. We slept and ate in the same hall, bathed in a common room and received collective punishment if we did wrong.

After the second month we accepted each other as Malaysians and with one mission - to serve this nation.

I remembered one night in the jungle. It was 4am in the morning and my Malay comrade had to cook his meal as it was Puasa month.

It was raining very heavily. In order for him to cook and have his meal, I had to hold two sticks - one on each hand and laid a raincoat over it. This enabled him to prepare his meal. But I was soaked all over. It didn't matter because we were a team with one mission - to defend this nation.

I decided to leave after 16 years with a heavy heart. My last drawn pay was RM800. This was in 1991. I received my Sergeant rank six months before my service ended, with an increment of $10.

From the armed forces to the civilian world. I joined a multi-national company. From a maintenance engineer to manager.

But it is not the position that matters.

My contribution to all these companies, by training juniors and preparing them for the next level of responsibility and to eventually serve this nation, is what matters most.

I have one Malay engineer under me and he has moved up the ladder in the corporate world. Is it not patriotism in another form?

I gave my best 16 years of my life to this nation. (Defence Minister) Zahid (Hamidi), if you have nothing to say, please be silent. Silence is golden.

Zahid, if you want to say something, please say something that will give positive energy to this nation.

Diambil dari Taiping Mali

Mana tempat sesuai untuk si bingai ni?

Zahid nak sangat Luar Bandar untuk samun dan mileage politik. Jangan dikasi!

Pada Ahad lepas, akhbar The Star menyiarkan laporan Joceline Tan mengenai pertukaran kabinet tidak lama lagi. Rencana beliau diberi ruang di muka hadapan akhbar.

Menurut laporan Joceline, salah satu ramalan menjangkakan tiga Menteri akan digugurkan. Satu melibatkan seorang Menteri lama dari zaman Dr Mahathir. Antara dua yang lain, salah satu itu agak senior tetapi dalam masa yang terdekat sudah mengumpul beban politik.

Bunyi macam Zahid Hamidi aje?

Joceline melaporkan ada desas desus memberitahu bahawa Najib sudah memberitahu Abdullah Badawi bahawa dia akan menggugurkan beberapa orang yang dipercayai adalah orang-orang Pak Lah.

Bunyi pun macam Zahid.

Namun demikian, bukan mudah untuk mengugurkan Naib Presiden pertama UMNO dari jemaah kabinet. Melainkan dia dituduh meliwat atau melakukan homoseks, dia tidak boleh digugurkan sewenang-wenang kerana perlu ambilk perkiraan dia ada banyak pengikut dan penyokong dalam parti.

Hanya jika kes saman Amir Bazli lekat, seterusnya pejabat Peguam Negara menyusul menyamannya atas tuduhan jenayah, dan bersabit di Mahkamah, Zaid akan kekal untuk terus menunjukkan kedonggolannya, menyamunnya, dan menyusahkan partinya.

Menurut analisa blog Jelapang, Zahid pun akan kekal dan hanya dipindahkan Kementeriaan. Berikut komennya:
Pelbagai isu dibangkitkan Zahid mengenai Kementerian Pertahanan tanpa mengambil kira bahawa keputusan-keputusan tersebut dibuat oleh Najib sendiri semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan. [Baca Malaysia Today di pautan sini.]

Telahan Jelapang: ZAHID BERTUKAR PORTFOLIO
Sebuah blog ulung, Another Brick in the Wall sini memberi komen berikut:
There are few ways to do so, but the first and most important suggestion is for Najib to address the corrupted and incompetent faces in cabinet.

Something must be done about Zahid, the walking self exploding suicide bomber for UMNO. He fumble and create controversy at every Parliamentary sessions.

If Najib fear of stirring political water to kick him out cabinet, then sent him to Ministries where a Malay medium, oral English deficient, and sastera graduate with questionable doctorate in communication can do without much technical, philosophical and thinking competency required.
Betul juga ye, mana Kementeriaan yang sesuai untuk Zahid?

Thanabalasingam dan Goh bidas Zahid


Apabila Laksamana (B) K Thanabalasingam bersetuju menjadi panglima tentera laut negara yang pertama, tidak terlintas di fikirannya bahawa kesetiaannya kepada negara akan dipersoalkan.

Beliau yang mengetuai operasi tentera laut dan dipertanggungjawab melindung keselamatan Malaysia daripada pelbagai ancaman antara tahun 1960-an hingga 1970-an terguris dan tergaman apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang berkata masyarakat bukan Melayu kurang semangat patriotik kerana tidak berminat menyertai angkatan tentera.

“Saya tak faham, bagaimana kenyataan itu boleh dibuat... saya telah melalui banyak perkara dan saya tidak peduli siapa yang berkata demikian, ia menguris perasaan saya. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia dan saya bercadang untuk mati di sini,” kata Thanabalasingam.

Veteran tentera berusia 75 tahun itu memegang jawatan tertinggi tentera laut selama sembilan tahun satu bulan sebelum bersara pada Januari 1977 berkata tidak pernah timbul kurang patriotik di kalanagn bukan Melayu dalam mempertahankan negara.

Beliau mengimbas zaman mudanya ketika bersama rakan-rakannya berbangsa Melayu berjuang bersama tanpa mengira mereka dalam tentera laut, darat, udara ataupun pasukan polis - menghalau kebangkitan komunis selama tiga dekad daripada 1950-an hingga ia berakhir pada 1989, perjuangan semasa mempertahankan Malaysia semasa Konfrontasi dengan Indonesia daripada 1963 hingga 1966.

Konfrontasi

“Malah semasa konfrontasi, banyak pertempuran di Selat Singapura dan Selat Melaka. Ketika itu, dua pegawai saya dianugerahkan pingat PGB (Panglima Gagah Berani), iaitu anugerah paling tinggi untuk keberanian kerana meletupkan Operasi Komando Kor Indonesia (KKO) semasa kami diserang.

“Seorang pegawai berbangsa India yang kemudiannya bersara sebagai laksamana pertama, manakala seorang lagi berbangsa Serani juga bersara sebagai laksamana pertama. Mengapa mereka diberi PGB? Kerana keberanian ketika bertugas,” katanya dengan nada marah bercampur kesal.

Bagi Brig Jen (B) Datuk Goh Seng Toh pula, beliau lebih lantang dalam bidasannya dan menyifatkan kenyataan Zahid itu sebagai “tidak adil, bodoh dan rasis”.

Goh, 65, berkata sebelum sesiapa menuduh bukan Melayu tidak rela berkhidmat dengan angkatan tentera, mereka, khususnya pemimpin negara perlu menunjukkan teladan tentang apa yang mereka perkatakan itu.

“Dia (Zahid) menyalak pada pokok yang salah... jika awak bercakap mengenai patriotisme, saya ada satu soalan; adakah anak-anak menteri kita menganggotai angkatan tentera? Jika tidak, hujah yang sama terpakai untuk mereka, kenapa hanya mensasarkan orang Cina?

"Saya ditembak dua kali oleh pengganas komunis di Betong di sempadan Thai-Malaysia. Saya nyaris terbunuh lebih dari satu kali tetapi tidak pernah kecut. Jika siapa-siapa yang persoalkan semangat patriotik saya, saya marah,” kata veteran tentera yang telah berkhidmat 35 tahun untuk negara itu.

Kedua-dua pegawai tentera kanan itu setuju bahawa isu kurang anggota bukan Melayu dalam angkatan tentera bukan kerana kesetiaan mereka tetapi lebih menjurus kepada cabaran di dunia moden ini.

Thanabalasingam berkata golongan buka Melayu lebih mengambil berat berhubung prospek kerjaya mereka. Ini kerana persepsinya ialah golong bukan Melayu seringkali diketepikan apabila peluang kenaikkan pangkat dalam pasukan tentera itu.

Naik pangkat

“Hari ini, orang ramai lebih berminat dengan kerjaya. Sekarang ini, mereka sertai tentera dan bukan hanya ikut arahan sahaja. Mereka mahu lihat apa peluang mereka, bolehkah gaji mencukupi bagi sara keluarga, beri pendidikan kepada anak-anak.. besarkan mereka dengan selesa.

“Jika keadaannya betul, mereka akan sertai. Angkatan tentera mesti membuktikan mereka menjanjikan masa depan dan prospek yang baik kepada anggotanya serta tiada diskriminasi dalam kenaikkan pangkat atau mengikuti kursus khas di luar negara,” katanya.

Goh berkata angkatan tentera juga gagal menangani persepi bahawa bangsa seseorang anggota diambil kira semasa proses kenaikkan pangkat.

"Terdapat elemen kebenaran dalam kenyataan itu, kecuali awak berkata semua orang Cina yang menyertai angkata tentera tak bagus. Ini tidak benar kerana kebanyakan mereka bagus dan cekap tetapi mereka tinggalkan angkatan tentera kerana peluang naik pangkat tidak cerah.”

Goh, yang dinaikkan pangkat ke Brig Jen pada 1997 – tiga tahun sebelum beliau bersara - berkata antara sebab lain kurangnya askar bukan Melayu dalam ketenteraan negara adalah kerana sebahagian besar Angkatan Tentera Malaysia diwakili oleh Rejimen Askar Melayu Diraja.

"Tiada seorang pun bukan Melayu boleh menganggotainya. Tiada Cina, India, Iban atau mana-mana bangsa boleh sertai rejimen ini. Awak mesti jadi Melayu (untuk menyertai RAMD).

“Saya tidak tahu banyak mana rejimen seumpama itu, tetapi andaikan ia mewakilinya 50 peratus daripada tentera negara, cuma ada peluang 50 peratus lagi kepada bangsa-bangsa lain dan ini pula kebanyakannya dalam bahagian perkhidmatan dan sokongan tentera,” katanya.

Namun menurut, Thanabalasingam beliau yakin rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama akan bersatu dan menawarkan diri mempertahankan negara jika keselamatan Malaysia terancam.

“Jika kita berperang hari ini, saya akan tawar diri melakukan apa yang terdaya, walaupun saya kini berjalan menggunakan tongkat, ramai juga akan buat demikian untuk mempertahnkan negara,” katanya.

Malaysiakini.com

Laksamana (B) K Thanabalasingam dan Brig Jen (B) Datuk Goh Seng Toh adalah dua anak India dan Cina yang masuk askar. Mengikut lojik Zahid, mereka adalah patriotik. Manakala, Zahid hanya Menteri Pertahanan, satu jawatan politik. Secara teknikal, dia tidak masuk askar. Satu pun anaknya tidak masuk askar juga. Adakah Zahid dan anak-anaknya tidak patriotik?

Kami nak tunjuk Zahid bahawa ada kaum Cina dan India sudah masuk askar dan menggadai jiwa raga untuk negara. Sepatutnya Zahid pinta pandangan mereka sebelum mewarnakan semua orang yang tidak masuk askar termasuk dirinya sebagai tidak patriotik. Bukankah Zahid pernah bermain bahu dengan gerakan reformasi pengkhianat negara?

Patriotisme tidak boleh dinilai berdasarkan persepsi


Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ann Wan Seng tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa masyarakat Cina dan India tidak terlibat dalam bidang ketenteraan adalah disebabkan kurang semangat patriotisme.

Beliau menegaskan, Zahid tidak sepatutnya menilai semangat patriotisme masyarakat Cina dan India berdasarkan persepsi tanpa membuat sebarang kajian.

"Kita tak sepatutnya mempersoalkan semangat cintakan negara. Sebab kita punya semangat terhadap negara kita. Ini sepatutnya tidak timbul. Saya rasa beliau(Zahid) tidak mendapat maklumat dan gambaran sebenar tentang kedudukan orang Cina dan India itu sendiri yang punya pemikiran, perwatakan yang berbeza dari kaum lain," katanya semasa dihubungi TV Selangor, beliau juga memberitahu bahawa masyarakat Cina dan India dan kaum-kaum lain di Malaysia mempunyai kecenderungan berbeza.

Bagi beliau, apa pun bidang yang diceburi, tidak mampu menggambarkan tahap semangat cintakan negara.

"Mereka tidak berminat menyertai dalam bidang kepolisan dan ketenteraan kerana mereka cenderung dengan lapangan kerja yang lain yang lebih menjamin masa depan mereka. Jadi ini tidak ada kaitan dengan patriotisme, tidak ada kaitan tentang cinta pada negara atau tidak. Tapi banyak disebabkan oleh minat dan orentasi masyarakat yang berbeza dengan kaum lain," katanya lagi.

MIC juga mengambil pendirian yang sama dengan MCA sambil menegaskan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak wajar mendakwa semangat patriotisme yang belum cukup tinggi di kalangan bukan Melayu sebagai punca orang Cina dan India tidak berminat menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Saya sebagai seorang pemimpin masyarakat, sedih dengan kenyataan ini, lebih-lebih lagi daripada seorang lagi pemimpin masyarakat dan negara,” Datuk Dr Subramaniam, Menteri Sumber Manusia.

Manakala sebelum itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyatakan, tindakan sedemikian hanya akan memudaratkan usaha memperbaiki keharmonian kaum.

Semalam Zahid Hamidi di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab berhubung soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Setiu, Mohd Jidin Shafee berhubung perangkaan rekrut terbaru tentera sejak dua tahun kebelakangan ini dan pecahan jumlah itu mengikut bangsa.

Zahid sebelum ini berkata 9,054 pegawai dan anggota lain-lain pangkat diserapkan ke ATM sejak dua tahun lalu, berbanding 14,749 yang direkrut pada 2006 hingga 2008.

Sepanjang 2008 hingga 2009, seramai 8,151 orang atau 90 peratus adalah berbangsa Melayu, 26 orang atau 0.29 peratus adalah Cina, 82 orang atau 0.91 peratus India manakala 795 atau 8.8 peratus adalah bangsa-bangsa lain termasuk kalangan bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

* Tulisan ini dipetik dari laman pro-pembangkang Thinking of Life sini dengan tujuan untuk menunjukkan kesan dan beban terhadap Barisan Nasional setiap kali Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan "cerdik" tanpa kajian dan fikir panjang.

Kami akan terus mandikan beliau hingga beliau memberi cover line yang baik.

Menteri yang matang kaji dahulu sebelum bercakap

Apa faedah natang beruk ini diberi latihan tentera?

Akhirnya menyusahkan orang lain untuk terpaksa menutupkan kesalahan, jika bukan ramai yang terbeban oleh salah kata Zahid. Berikut adalah rencana Utusan Malaysia oleh Shahbuddin Embun untuk menutup kesalahan Zahid yang bercakap tanpa berfikir dan membuat kajian:
Lihat Dalam Konteks Positif Kenyataan Zahid

Mungkin apa yang dikatakan baru-baru ini di Parlimen oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang bangsa bukan Melayu yang kurang patriotik kerana tidak ramai menyertai tentera telah menimbulkan kontroversi, sehinggakan ramai yang mempertikaikan kenyataan itu.

Kontroversi itu juga menyebabkan Kabinet mendesak Zahid menjelaskan isu ini.

Kalau nak berbahas tentang isu ini, sampai bila pun tidak akan habis. Apa kata kita ambil hikmah daripada kenyataan Zahid ini.
Lihat bagaimana penulis terus mengetepikan isu-isu yang dibahaskan awam yang timbul dari kata-kata Zahid. Dalam penulis kata tidak perlu dipanjangkan, dia menekankan realiti bahawa ramai Melayu teramat sangat dalam askar.
Sama ada apa yang dikatakan oleh Zahid ini sesuatu yang betul ataupun tidak, kita lihat pada fakta di bawah ini.

Fakta: 90 peratus daripada rekrut tentera untuk tahun 2009 ialah bangsa Melayu, manakala 1.1 peratus terdiri daripada kaum Cina dan kaum India. Dan yang selebihnya (lebih kurang 8.8%) terdiri daripada beberapa kaum di Sabah dan Sarawak.

Persepsi: Daripada kenyataan di atas, ternyata persepsi umum ialah kaum lain di Malaysia selain daripada kaum Melayu tidak banyak yang menganggotai tentera.
Namun begitu, ada caveat dalam tulisannya. Cara tone down juga.
Sememangnya semangat patriotisme tidak boleh diukur daripada berapa ramai yang menjadi tentera. Penulis pun tidak pernah memohon untuk menjadi tentera, tetapi tidak bermakna penulis seorang yang tidak patriotik.

Sungguhpun begitu, kita masih tidak boleh menyangkal persepsi umum yang kaum lain mungkin 'kurang patriotik' berdasarkan bilangan yang masuk tentera. Saya jelaskan sekali lagi, bahawa ini hanyalah persepsi umum dan bukannya sesuatu yang dipastikan.

[Zahid pun tidak pernah masuk tentera. Adakah dia patriotik? Atau lain kata, adakah penyamun kontrak, penjenayah dan pengamal politik wang seorang patriotik?]
Dari situ, satu putar alam yang hebat untuk mengalih pandang dari perbahasan kepada sesuatu yang konon-konon pemikiran positif.
Itu sebabnya kenyataan Zahid Hamidi perlu dilihat dalam konteks yang positif yang mana kita semua boleh mengambil iktibar daripadanya. Mungkin kenyataan Zahid telah membuka mata dan minda kita semua yang isu ini perlu dibuat kajian yang terperinci.

Jadi dalam hal ini, saya cadangkan ditubuhkan satu badan neutral yang membuat kajian "Sejauh manakah semangat patriotisme di kalangan remaja Malaysia hari ini?

Kajian yang menyeluruh ini mungkin diterajui oleh sebuah badan khas yang bebas daripada sebarang pengaruh. Badan tersebut perlu diberi tanggungjawab dan telus dalam kajian mereka. Ini disebabkan kajian yang dilakukan mungkin boleh dianggap sebagai sesuatu yang sensitif.

Badan ini mesti bertanyakan kepada golongan remaja hari ini, tidak kira kaum, "mengapa anda ingin masuk tentera?". Adakah kerana tidak ada pilihan lain atau sememangnya anda seorang yang patriotik?

Dan kepada yang tidak ingin masuk tentera pula, adakah disebabkan 'tidak ada daya penarik yang menyebabkan anda ingin masuk tentera", atau mungkin anda boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dalam pekerjaan lain. Ataupun mungkin anda memang tidak mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Badan ini juga perlu menjelaskan keputusan dan hasil kajian secara terperinci tanpa disekat. Bayangkanlah jika kajian mendapati yang sememangnya generasi kita kurang semangat patriotik? Tidakkah itu amat menyedihkan. - Utusan Malaysia
Dengan spin yang cukup professional, berapa agaknya Zahid hadiah sebagai penghargaan kepada wartawan ini?

Untuk counter spin balik kepada isu kewibawaan Zahid, perkara enteng saja. Bukankah sepatut sebagai Menteri Zaid buat kajian sebelum bercakap?

Habis cerita ...

Zahid perlu proaktif menangani keterlanjuran


Oleh Aziz A. Shariff

Kuala Lumpur, 12 Nov - Penyertaan dalam angkatan tentera tidak patut dijadikan ukuran tahap taat kesetiaan kepada negara. Maka disebabkan ini tidak hairanlah ada sesetengah bukan Melayu yang berasa tersinggung dengan kenyataan tersebut.

Dan berdasarkan rasa tersinggung itu juga ahli-ahli politik Pakatan Rakyat dengan pantas turut tumpang sekaki untuk membidas dan menyerang Menteri Pertahanan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan cuba mempersoalkan keprihatinan sesetengah pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam hal-hal berkaitan.

Justeru apa yang dianggap ‘keceloparan’ atau jika ekspresi itu agak keterlaluan, penyataan yang dianggap tidak sensitif kepada rakyat Malaysia bukan Melayu, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Zahid perlu menjelaskan pendiriannya jika perlu.

Sekali gus mengasingkan pendirian Zahid, Muhyiddin menegaskan kerajaan tidak pernah mempersoalkan tahap patriotisme rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Timbalan Perdana Menteri yang merasakan ada pelbagai sebab kurang bukan Melayu menyertai angkatan tentera berkata Zahid mesti mengupas secara terperinci kenyataannya itu.

Katanya, sekiranya Zahid keterlaluan dan tersilap membuat pengukuran dalam hal itu, beliau patut memohon maaf kerana “sebagai manusia kita memang macam itu...saya sendiri pernah meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan.”

Sememangnya Zahid patut segera memohon maaf dan tidak berdalih dalam hal ini. Lagi lama diperam isu ini, lagi mudarat keadaan berikutan tunggangan pihak pembangkang.

Sebagai menteri yang mengetuai sebuah kementerian yang bertanggung jawab di atas pertahanan negara, beliau patut menilai strateginya secara holistik dan bertindak meniti di antara apa yang praktikal dan apa yang terbaik dalam menguruskan krisis sebegini.

Kita tidak perlu satu lagi elemen negatif yang boleh mengeruhkan keadaan dalam usaha mencapai aras perpaduan nasional lebih tinggi bersama konsep 1Malaysia yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

-Malaysiaaktif-

Nak buat macam mana? Zahid ini nama saja ada doktor dan konon-konon ada sijil kedoktoran. Mana dia ada otak untuk fikir?

Tiada yang pernah diceramah Zahid yang berisi!

Hati dan niat tidak boleh diketahui, kata-kata yang didengari

Adalah yang komen kata seolah-olah blog ini pertahankan Cina dan India melebihi Melayu. Ada cuba pertahan Zahid konon Zahid hanya kemungkinan.

Ini semua puak-puak yang sudah tutup hati hingga tidak mahu terima kesalahan Zahid.

Dua bulan lepas, Zahid ada membuat kenyataan berkenaan jangan sakiti jiran yang ditujukan kepada Lee Kuan Yew. Baca berikut dari UMNO Online:

Jangan Buat Kenyataan Sakiti Jiran – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Sept – “Sebagai Negarawan Asia, beliau (Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew) tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan menyakiti hati jiran,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kuan Yew dalam akhbar The New York Times, baru-baru ini yang mengatakan Malaysia mengamalkan sistem tidak adil dan menyisihkan kaum lain di negara ini.

“Contohnya kita duduk di rumah teres, apabila kita ketuk frame (bingkai) gambar di dinding, jiran di sebelah pun boleh dengar, jadi kita berhati-hati supaya tidak mengganggu mereka. Oleh itu, janganlah bangkit isu sensitif.

“Oleh itu, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan itu, sedangkan di sana orang Melayu tidak diberi peluang, dalam tentera di sana hanya seorang sahaja yang berpangkat Jeneral, berbanding di sini ramai kaum lain yang berpangkat itu,” katanya.

Menurutnya, Kuan Yew tidak harus membuat sebarang kenyataan sensitif mengenai pentadbiran negara ini dengan mengatakan sistem pentadbiran di Malaysia tidak adil dan menyisihkan kaum lain sedangkan perkara itu tidak berlaku.

“Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ( Datuk Seri Najib Tun Razak) membuktikan bahawa pentadbiran di negara ini memberi hak yang sama kepada kaum lain tanpa membeza-bezakan mereka,” katanya.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, sebagai seorang yang dihormati bukan sahaja di Singapura malah di Asia, Kuan Yew perlu berhati-hati ketika membuat kenyataan terutama membabitkan negara jiran demi menjaga hubungan baik yang sudah lama terjalin membabitkan Malaysia dengan Singapura. .

Menurutnya keharmonian pelbagai kaum di negara ini membuktikan bahawa adanya toleransi di kalangan rakyat negara ini dan perkara itu sudah berlaku sejak dahulu lagi.

Kalau kita tak mahu diri kita disakiti, janganlah pula dikata dan dituduh orang tidak patriotik. Lebih-lebih lagi jika tiada kajian dan pengumpulan data tidak dibuat untuk buktikan orang bukan Melayu tidak masuk askar kerana tidak patriotik.

Dalam jawapan Zahid, nampak sangat dia sudah berasa salah dan tidak ada jawapan yang baik. Baca UMNO Online lagi berikut:

Tiada Niat Pertikai Kesetiaan Bukan Melayu – Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Nov. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan beliau mempertikaikan kesetiaan dan integriti kaum bukan Melayu berhubung isu penyertaan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya, beliau langsung tidak berniat berbuat demikian kerana sedar bahawa masyarakat bukan Melayu turut menganggotai ATM dan pasukan keselamatan lain bagi sama-sama mempertahankan negara.

“Saya tidak pernah menyatakan begitu. Jauh sekali berniat atau bermaksud sedemikian.

“Apa yang saya nyatakan, ia berkemungkinan disebabkan beberapa perkara yang antaranya adalah kerana semangat patriotisme belum cukup tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akhbar The Star dan Guang Ming Daily hari ini memetik kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Ahli Parlimen DAP M. Kulasegaran yang menuduh Zahid mempertikai kesetiaan dan integriti kaum bukan Melayu ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat semalam.

Kulasegaran yang mempertikaikan jawapan Zahid itu turut mendesak Zahid memohon maaf.

Bagaimanapun beliau membuat desakan tersebut sewaktu Zahid telah pun keluar daripada Dewan.

Beliau menambah, jawapan yang diberi turut menyelitkan kemungkinan lain termasuk kekhuatiran terhadap disiplin yang ketat dalam ATM.

“Ia juga berkemungkinan kerana ganjaran yang kurang berbanding tawaran sektor swasta serta tiada galakkan keluarga dan kelompok etnik akibat pelbagai prasangka negatif,” katanya.
Apa benda yang tidak pertikai kesetian orang bukan Melayu bila disebut orang bukan Melayu tidak patriotik.

Lain kali, cakap tu ukur-ukur dan cuba selami perasaan orang yang dengar. Inilah dah biasa belasah orang dan hampir nak dibunuh ada budak seorang itu.

Kau tu pemimpin Zahid dan orang sentiasa perhati apa kamu kata dan buat.

Hati kamu orang tak tahu baca, kata-kata kamu yang mereka dengar. Jadi cakap tu bijak-bijaklah sedikit. Ada faham Zahid?

Setiap kali Parlimen, Zahid mesti menunjukkan kebodohan

Semalam Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi ditanya di Parlimen kenapa jumlah bukan Melayu yang menyertai askar terlalu rendah. Jawapan Zahid sebab kaum bukan Melayu tak patriotik dan ketidak sanggupan menghadapai hidup berdisiplin.

Punya cetek pemikirannya. Kalang Anak Langkau tu Melayukah, Zahid?

Jawapan yang bodoh dan tidak bijak menarik reaksi dari wakil-wakil rakyat dan ahli-ahli politik bukan Melayu. Laporan The Star hari ini berikut:

Stop making sweeping statements, Umno ministers told

SEREMBAN: Umno ministers should stop making sweeping statements which questioned the loyalty and integrity of non-Malays, said MCA pesident Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Such statements would only derail efforts to enhance racial harmony.

“Some Umno ministers need to be more sensitive when they are talking in Parliament or anywhere else. There is no need to hurt the feelings of other races,” he said at a press conference after a dinner hosted by the Federation of Malaysia Hawkers’ Associations here.

Dr Chua was referring to a statement by Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi in Parliament yesterday who said the percentage of Chinese and Indians joining the armed forces for the 2008/2009 session was less than 1% each.

He added that among the factors for the low percentage was the lack of patriotism for the country.

Dr Chua said it would be easier to strengthen racial ties and achieve the 1Malaysia objectives if these ministers exercised caution with their remarks.

“The Chinese and Indians want respect so please do not question their loyalty and insult their integrity,” he added.

Citing examples, Dr Chua said the Chinese remained loyal to the country during the Japanese occupation of Malaya, during World War II, and the Indonesian confrontation (1963).

“At the same time, we have had militant groups, who were not Chinese, who had attempted to overthrow the government.

“So you see, loyalty has nothing to do with race,” he said.

Dr Chua said it was time Prime Minister and Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak had a heart to heart talk with these ministers.

“This should be done in the spirit of 1Malaysia, mutual respect and co-existence. Some of them need some training on these things,” he said.

Dr Chua would raise this issue at the next Barisan Nasional meeting.

In Kuala Lumpur, Dr Ahmad Zahid had said that 90% of the new recruits in the armed forces for the 2008/2009 session were Malays.

The Chinese and Indians each made up less than 1% of the 8,151 new recruits, he added.

“Some 795 or 8.8% of the recruits comprised other races including natives from Sabah and Sarawak,” he said in his reply to a question from Datuk Mohd Jidin Shafee (BN - Setiu) at the Dewan Rakyat yesterday.

Dr Ahmad Zahid said among the reasons for the small number of non-Malays joining the forces were the lack of patriotism; concern over the strict discipline imposed and lower returns compared to jobs in the private sector.

Other reasons given were the lack of encouragement from families and negative perception towards the army.

M. Kulasegaran (DAP - Ipoh Barat) stood up saying he was shocked and hurt that “lack of patriotism” was cited as one of the reasons for non-Malays not joining the army.

“Such a reason is most unacceptable and baseless as it has painted the non-Malays as disloyal.

“I have no doubt that Malaysians of all races love this country and that they are prepared to die for it,” he said.

He added it was true that for various reasons, non-Malays were reluctant to join the armed forces – but it was not due to being unpatriotic.

“Non-Malays have headed the armed forces during trying, challenging and turbulent times. (Rear-Admiral) N. Thanabala­singam headed the navy during the 60s,” he said.
Apakah metodologi Zahid guna untuk dapat sampai kepada kesimpulan orang bukan Melayu tidak masuk askar kerana tidak patriotik? Apakah angka penunjuk yang dapat diperolehi untuk berani berkata demikian?

Ini main teka-teka dan berdasarkan prejudis perkauman Zahid. Dikala kita mahu mengurangkan pertelingkahan antara kaum, Zahid keluarkan kenyataan bodoh sedemikian?

Kenapa Najib perlu simpan pemimpin yang mulut macam celaka dan cakap tak guna otak. Ini yang menyusahkan kita. Orang kalau tidak layak jadi full Minister, kenapa perlu dinaikkan ke situ.

Dahlah bodoh, ada pula cita-cita nak jadi PM atau Presiden UMNO?

Alah ... mari kita tanya: Patriotik sangatkah Zahid tu?

Pemimpin yang rasuah, menyamun, dan berlaku zalim atas rakyat adalah pemimpin yang menyalahguna kuasa. Mereka ini bukan saja tidak patriotik tetapi pengkhianat.

Zahid pun pernah berkawan baik dan masih berkawan dengan seorang pengkhianat bangsa bernama Anwar Ibrahim.

Melalui Anwar pengkhianat, dia dapat jadi Ketua Pemuda. Dari situ, kerja dia untuk naik adalah dengan merasuah perwakilan, membodek dan mengampu bos demi bos, dari Anwar ke Pak Lah, dan tak henti melaga-lagakan antara pemimpin.

Dahlah bodoh dan tidak bijak, api dalam sekam pula. Setiap kali Parlimen, dia akan menikam parti Barisan Nasional dan UMNO untuk dibenci rakyat.

Sumbat saja dia ni masuk sel sama dengan Anwar di Sungai Buloh. Situlah ... tempat sesuai untuk orang pejenis kaki tikam belakang macam Zahid.