Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi III: Kenapa Polis "Senyap"?

Dari Bhg 2

APA DOSA AMIR BAZLI ABDULLAH?

Ini adalah kisah yang membabitkan hubungan cinta antara En Amir Bazli Abdullah dengan Nurul Hidayah Ahmad Zahid (Dato' Ahmad Zahid Hamidi - hari ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sebelum ini adalah menteri Penerangan).

Percintaan terhalang ini mengakibatkan En Amir Bazli Abdullah menghadapi kecederaan kekal di mukanya. Amir Bazli Abdullah diculik dan dipukul dengan begitu teruk hanya kerana menjalinkan perhubungan cinta dengan Nurul Hidayah, Puteri Dato' Ahmad Zahid Hamidi.

Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini telah menyebabkan kehidupannya berubah dengan kecacatan kekal di muka dan hidung beliau. Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan rajan-rakan "gangstser" beliau telah melakukan semua ini dan sehingga hari ini masih bebas tanpa diambil sebarang tindakan.

Dato' Ahmad Zahid Hamidi adalah orang yang bertanggungjawab dan sepatutnya beliau perlu dihakim atas tindakan melampau beliau. Pendedahan ini akan memaparkan kebenaran apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa tindakan masih tidak diambil ke atas Dato' Ahmad Zahid Hamidi.

Adakah kerana beliau berjawatan Timbalan Menteri, maka beliau berhak untuk melakukan apa sahaja sehingga melakukan kenayah yang melibatkan penculikan, penderaan, pukul dan mengugut bunuh?

Sehingga hari ini masih tiada lagi siasatan yang benar-benar telus dilakukan. Sehingga hari ini mereka yang terlibat masih di luar sana serta bebas dan yang paling menyedihkan penjenayah ini sekarang bergelar Menteri.

Berikut adalah petikan dari media Sunday Mail 21-22 Julai 2007 yang telah memaparkan insiden tersebut. Ini adalah hasil dari kegagalan pihak polis dalam melakukan siasatan terperinci mengenai kes tersebut. Kenapa sehingga kini tidak ada pendakwaan.

Suratkhabar ini telah memaparkan kecederaan yang dialami oleh Amir Bazli Abdullah serta sebab yang menyebabkan beliau dipukul dengan begitu teruk oleh kumpulan Dato' Ahmad Zahid Hamidi.


Menurut Dato' Ahmad Zahid Hamidi tindakan Amir Bazali hanya untuk memburuk-burukkan namanya dan adalah mustahil beliau melakukan perkara ini semata-mata kerana Amir Bazli keluar "temujanji" dengan anaknya. [Nota: Ini menjawab saranan komentar yang menyatakan Amir Bazli layak dipukul kerana keluar tanpa persetujuan.]

Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang menolak tuduhan itu dengan alasan hanya bertujuan untuk memburukkan namanya tetapi tidak mengambil sebarang tindakan atas tuduhan yang dibuat oleh Amir Bazli Abdullah.

Lebih memburukkan ialah polis turut "senyap" mengenai isu ini. Kenapa?

Agak keterlaluan sekiranya Amir Bazli terpaksa memukul dirinya sedemikian rupa dengan mengalami kecacatan semata-mata untuk memburukkan nama Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Ini tidak logik dan sukar diterima akal . Persoalan-persoalan tuduhan ini sepatutnya dirungkai oleh pihak polis demi untuk mencari kebenaraan (dan keadilan).

Ini kes jenayah dan tuduhan adalah tuduhan jenayah. Persoalan ini memerlukan siasatan dan pembelaan.

Apakah dengan penafian Dato' Ahmad Zahid Hamidi sahaja cukup untuk menolak perbuatan jenayah yang beliau lakukan.

Apakah hasil siasatan yang dibuat oleh polis? Adakah Amir Bazli mencederakan dirinya sebegitu rupa, mengalami kecederaan kekal hanya untuk membuerukkan nama Dato' Ahmad Zahid Hamidi?

Adakah kecederaan di muka Amir Bazli tidak menimbulkan sedikit kemusykilan dari pihak polis?

Kenapa tidak disiasat dan sekiranya Amir Bazli menipu, mengenai isu ini kenapa beliau tidak diambil tindakan kerana laporan palsu?

Ini semua menaikkan bulu kening. Polis tidak mengambil langkah-langhkah yang sepatutnya dalam memastikan kebenaran terselongkar. Sekiranya tidak, maka timbul spekulasi bahawa polis bertindak menyorokkan insiden ini hanya kerana Dato' Ahmad Zahid Hamidi seorang yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan.

Adakah kedudukkan ini melayakkan undang-undang diketepikan dan mengsa terbiar tanpa pembelaan?

Bersambung ke Bhg 4

Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi II: Gambaran Insiden Dari Laporan Polis

Bersambung dari Bhg 1

Insiden Pemukulan Amir Bazli (Muka 4-5)

Amir Bazli Abdullah mengalami kecacatan kekal di muka. Beliau telah dipukul pada 16/01/06 dengan teruk sehingga keadaan fizikal mukanya mengalami kecacatan kekal.

Lapuran polis bertarikh 20/12/2006 telah dibuat dan salinan adalah seperti berikut:


[Sedutan bagi bahagian pengaduan di atas tertulis seperti berikut:]

PADA 18/01/2006 JAM LEBIH KURANG 2200 HRS, SEMASA SAYA SEDANG MENGISI PETROL UNTUK KERETA SAYA NOMBOR PENDAFTARAN CBT 27 JENIS MAZDA FIGHTER WARNA SILVER DI STESYEN PETRONAS DI LUAR UNITEN, SAYA TELAH DISURUH OLEH (1) LELAKI MELAYU BERNAMA HALIM UNTUK MASUK KE DALAM KERETA SAYA DAN TELAH MEMBERITAHU SAYA BAHAWA “BOSS” DIA HENDAK BERJUMPA DENGAN SAYA. SAYA DISURUH MENUTUP HANDPHONE SAYA DAN MEMANDU KERETA TERSEBUT DAN MENGIKUT ARAHAN DIA. SEORANG LAGI LELAKI MELAYU YANG SAYA TIDAK DIKENALI JUGA BERADA DI DALAM KERETA SAYA. KERETA SAYA JUGA DIIKUTI OLEH SEBUAH KERETA BERWARNA KUNING DENGAN BEBERAPA ORANG YANG BERADA DI DALAM KERETA TERSEBUT.

SAYA BERASA TAKUT KERANA SAYA DIUGUT AKAN DICEDERAKAN KALAU TIDAK MENGIKUT ARAHAN HALIM. SAYA TELAH DIBAWA KE SEBUAH KELAB REKREASI DI COUNTRY HEIGHTS, KAJANG. SETELAH SAMPAI DI SANA SAYA DIBAWA KELUAR DARI KERETA TERSEBUT DAN SEBUAH KERETA TELAH SAMPAI. DARI KERETA ITU TELAH KELUAR DATUK AHMAD ZAHID HAMIDI (DI WAKTU ITU BELIAU ADALAH TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KINI BELIAU ADALAH TIMBALAN MENTERI PENERANGAN) BERSAMA MENANTUNYA, HISHAM DAN ANAKNYA YANG DIKENALI SEBAGAI KK. …

[Sedutan bagi bahagian pengaduan di atas tertulis seperti berikut:]

… MENUMBUK SAYA PADA BAHAGIAN MUKA SAYA DAN AKIBATNYA TULANG PADA BAHAGIAN HIDUNG SAYA TELAH PATAH DAN MATA SEBELAH KIRI TELAH BENGKAK SEHINGGA TIDAK BOLEH DIBUKA. SAYA BERDARAH DENGAN BANYAK SEMASA SAYA MELINDUNG MUKA SAYA DENGAN TANGAN SAYA. SECARA TIBA-TIBA MEREKA TELAH MEMUKUL SAYA DENGAN TERUK OLEH SEMUA ORANG TERMASUK DATUK AHMAD ZAHID.

SAYA TELAH DITARIK KE SEBUAH BANGKU DAN TELAH DIPEGANG OLEH (2) ORANG KUNCU DATUK DAN DATUK MEMARAHI SAYA DAN MEMUKUL SAYA TANPA BELAS KASIHAN. SEORANG LELAKI YANG BERNAMA HANS (KUNCU DATUK) TELAH MENGUGUT SAYA BAHAWA DIA AKAN MEMOTONG KEDUA-DUA TANGAN SAYA DAN DIA JUGA TELAH MEMUKUL SAYA PADA BAHAGIAN MUKA. SAYA TELAH DIPUKUL OLEH SUATU OBJEK KERAS DENGAN GANAS SEHINGGA TULANG TENGKORAK KEPALA SAYA PATAH. SAYA TIDAK DAPAT MELIHAT SIAPA YANG BERBUAT DEMIKIAN TETAPI SAYA MENGESYAKI DIA ADALAH HISHAM, MENANTU DATUK AHMAD ZAHID.

KK JUGA TELAH MEMUKUL SAYA DENGAN MENGGUNAKAN SEBUAH BATU YANG AGAK BESAR DAN MEMULASKAN BATU TERSEBUT PADA BAHAGIAN MUKA SAYA DAN DIA JUGA TELAH MENENDANG SAYA PADA BAHAGIAN TULANG RUSUK SEHINGGA BENGKAK. MENANTUNYA BERNAMA HISHAM JUGA TELAH MEMUKUL SAYA DAN BERKATA “AKU DAH INGATKAN KAU. AKU SANGGUP BERMANDIKAN DARAH. ENGKAU TAK KENAL AKU, SIAPA AKU DAN BAPA AKU DEKAT KLANG (MERUJUK KEPADA ALLAHYARHAM DATO ZAKARIA DEROS) . SEKARANG ENGKAU LIHATLAH SENDIRI APA YANG TERJADI”.

SELEPAS ITU, DATUK AHMAD ZAHID TELAH BERKATA “AMBIL GUNI. MASUKKAN DIA DALAM GUNI.” SELEPAS ITU, ISTERI DATUK AHMAD ZAHID, IAITU DATIN HAMIDAH TELAH DATANG DAN MENENANGKAN SITUASI DI SANA. ANAK DATUK AHMAD ZAHID, IAITU NURULHIDAYAH TELAH TIBA DAN APABILA DIA MELIHAT KEADAAN SAYA DAN DIA TERUS MENANGIS. MELIHAT INI, DATUK AHMAD ZAHID TELAH MENAMPAR NURULHIDAYAH DI HADAPAN MATA SAYA.

SELEPAS ITU, SAYA TELAH DIBAWA KE PERKARANGAN RUMAH DATUK AHMAD ZAHID DI MANA SAYA DIPUKUL LAGI OLEH DATUK AHMAD ZAHID, KK, MENANTUNYA, HISHAM SERTA ORANG-ORANG LAIN YANG ADA DI SANA. DATUK AHMAD ZAHID BERKATA “AWAK AKAN DITANAM.”. SETELAH BEBERAPA JAM SAYA BERADA DI SITU SAYA DISURUH BALIK LEBIH KURANG 0200 HRS (PAGI) IAITU PADA 17/01/2006. SAYA JUGA TELAH DIUGUT SUPAYA TIDAK MEMBERITAHU KEPADA SESIAPA MENGENAI INSIDEN INI. SAYA TELAH MEMANDU KERETA SAYA SEMULA DENGAN SENDIRI KE PUSAT RAWATAN ISLAM, BANGI.

SAYA TIDAK MELAPURKAN INSIDEN INI SEBELUM INI KERANA AMAT TAKUT. SAYA MASIH BIMBANG AKAN KESELAMATAN SAYA DAN SELURUH AHLI KELUARGA SAYA. SEKIAN LAPURAN SAYA.
[Laporan ini ditandatangan oleh Pengadu dan pegawai polis Penerima Repot dari Balai Polis … (tidak jelas) H.S. Lee, Jalan Stadium, Kuala Lumpur.]

Bersambung ke Bhg 3.

Jakim disuruh diam dan biar dihina

Zahid Hamidi meminta pihak berkuasa agama berbincang secara tertutup. Dia masih tidak memberi komen mengenai isu yoga yang ditegur oleh pihak Hindu Sangam. Laporan berikut:


Bernama Disember 22hb, 2008

Perbincangan Tentang Agama Perlu Secara Tertutup, Kata Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 22 Dis (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang perbincangan berkaitan isu agama tidak seharusnya dilakukan secara terbuka bagi memastikan keharmonian antara kaum di negara ini.

Beliau berkata semakin banyak perbincangan berkaitan isu agama diadakan akan menambahkan jurang di antara kaum.

"Justeru, saranan kami ialah supaya diperbanyakkan aktiviti bersama yang tidak berbentuk aktiviti keagamaan tetapi berbentuk aktiviti integrasi bersama, contohnya mengadakan majlis menghormati pemimpin agama bersama," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama & Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Kali ke-4 dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini hari ini.

Katanya beliau telah meminta pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bertemu dengan pegawai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) untuk membuat garis panduan ke arah integrasi kefahaman agama.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika mengulas saranan Kabinet baru-baru ini agar KPKKW berbincang dengan Jakim bagi mewujudkan beberapa kerangka mekanisme perpaduan yang terbaik di negara ini bertujuan memastikan sebarang isu berkaitan keagamaan dapat disampaikan dengan baik tanpa mengganggu hubungan antara kaum.

Selain itu, beliau berkata sebarang masalah berkaitan agama sebaik-baiknya diselesaikan oleh pemimpin agama masing-masing dan bukan diselesaikan oleh orang politik yang mungkin menggunakan isu itu untuk kepentingan politik.

"Sebab terdapat contoh di negara lain, semakin banyak dialog antara pemimpin yang bukan pemimpin agama, semakin banyak masalah timbul. Permasalahan yang timbul antara agama bukan disebabkan oleh pemimpin agama tetapi disebabkan oleh pemimpin politik daripada agama berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kod etika pegawai penguatkuasa agama yang dilancarkan hari ini meliputi tiga aspek iaitu penyeragaman daripada segi penguatkuasaan perundangan, kedudukan perjawatan dan identiti penguatkuasa.

Beliau berkata tiga elemen itu diberikan penekanan dalam kod etika itu agar setiap pegawai penguatkuasa bukan sahaja dihormati malah lebih ditakuti oleh pihak yang melakukan kesalahan.

Katanya kini terdapat 1,242 pegawai penguatkuasa agama di seluruh Malaysia yang nisbahnya ialah seorang penguatkuasa bagi 23,000 orang dan keadaan itu amat membebankan pegawai dalam melaksanakan tugas mereka.

"Oleh sebab itu kod etika ini sebagai panduan kepada pegawai penguatkuasa mengenai "the do's and the don'ts" (perkara yang patut dilakukan dan tidak boleh dilakukan)," katanya.

Hanya satu pandangan tetapi adakah ia menghadapi dan menyelesaikan masaalah sebenar dalam perhubungan antara kaum?

Bukankah baik pihak berkuasa ugama dipertingkatkan kemahiran dalam perhubungan awam dan komunikasi? Adakah tersirat tujuan supaya hanya ahli politik saja untuk membuat apa-apa kenyataan awam? Siapa pula yang akan selalu masuk suratkhabar?

Masaalah utama tersirat dalam perhubungan antara ugama adalah keengganan pihak tertentu dari golongan perundangan, aktivis yang konon memperjuangkan hak asasi manusia dan pertubuhan bukan Islam yang enggan menghormati dan memperakui Islam sebagai agama persekutuan.

Mereka enggan menerima kenyatan ahawa hak mereka hanya terbatas kepada kebebasan individu untuk beragama, dan tidak lain dari itu. Kritikan mereka mempunyai unsur perkauman dan cauvanis kaum di latarblekang. Kedudukkan Islam jelas lebih tinggi taraf dalam Perlembagaan dan mempunyai pelbagai keutamaan, termasuk untuk menerima peruntukkan kerajaan.

Dari menahan pegawai bercakap, Zahid seharusnya mendedah dan melatih pegawai Jakim dalam mendalami agama lain dan keupayaan berkomunikasi moden untuk berhujah.

Perang psikologi yang dimainkan adalah mencemarkan nama baik ulama, dan pegawai-pegawai pihak ugama. Jika kita berdiam diri, serangan-serangan tetap akan dilakukan dan persepsi terhadap pihak berkuasa ugama akan bertambah buruk. Biar yang memahami dan ahli bercakap dan bukan digunakan untuk modal politik.

Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi I: Pengenalan

Sabda Nabi SAW:

"Berkata benar walaupun ianya pahit"


Atas keinsafan mengimani apa yang telah Nabi SAW peringatkan kepada kita, maka nukilan pendedahan jenayah Dato Ahmad Zahid Hamidi ini adalah suatu usaha untuk menyatakan kebenaran bagi mengembalikan keadilan kepada Amir Bazli Abdullah yang telah dizalimi oleh Dato' Ahmad Zahid Hamidi.

Mungkin kebenaran ini pahit untuk didedahkan kepada pengetahuan umum, namun hak kebenaran tidak boleh kit anafikan. Kebenaran wajib dinyatakan walaupun ianya mengundang seribu satu ancaman dan ugutan.

PENGAKUAN AMIR BAZLI ABDULLAH

Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Maka dengan nama ALLAH SWT saya bersumpah, segala yang diperkatakan ini adalah benar dan mencabar Dato' Ahmad Zahid Hamidi untuk sama-sama bersumpah di Mimbar Masjid pada hari Jumaat demi kebenaran.

(Pengakuan ini telah dirakamkan untuk pengesahan.)

PERBUATAN JENAYAH DATO' AHMAD ZAHID HAMIDI

Siasatan yang dibakulkan oleh IPD - Kajang - (KK325 dan KK506)

Pendedahan ini adalah untuk menuntut keadilan. Ini adalah pendedahan bagi memastikan kedudukan pangkat dna pegangan kuasa bukan alasan untyuk membolehkan seseorang individu melakukan kezaliman dan bertindak di luar batasan perundangan. Undang-undang tetap undang-undang bagi seluruh rakyat Malaysia dan mereka yang melakukan kesalahan MESTI di hukum setelah semua proses keadilan diambil.

Pendedahan ini bukan berunsur fitnah. Pendedahan ini telah mengambil semua insiden yang berlaku, pengakuan terbuka oleh mangsa dan laporan-laporan polis serta saman yang telah dibuat terhadap pelaku.

Pendedahan ini dilakukan sebegini adalah kerana Jabatan Polis kita masih lagi teragak-agak untuk melaksanakan tanggungjawab secara adil tanpa memilih untuk tindakan diambil.

Pendedahan ini menuntut pihak berkuasa untuk memulakan siasatan secara terbuka, secara telus agar keadilan terlaksana.

Pendedahan ini mahu memperkenalkan SIAPA DATO' AHMAD ZAHID HAMIDI - yang melakukan jenayah tetapi menggunakan kausa dan pengaruh untuk melepaskan diri dari proses perundangan yang sepatutnya diambil terhadap dirinya.

Perlu dimaklumkan bahawa pendedahan ini adalah hasil pengakuan mangsa serta butir-butir yang telah diberikan kepad akami untuk memastikan agar mangsa, anak negeri Kelantan ini mendapat pembelaan atas segala perbuatan yang telah dilakukan terhadapnya.

DATO' AHMAD ZAHID HAMIDI - ditangannya ada dosa. Di tangannya ada perbuatan jenayah, penculihan, memukul sehingga menyebabkan kecederaan kekal dan sehingga mangsa tanpa ragu lagi beranggapan bahawa dia akan dibunuh.

DATO' AHMAD ZAHID HAMIDI - menggunakan "gengsterisme". DItangnya ada perbuatan mengugut sehingga mangsa takut membuat laporan dan setelah semua laporan di kemukakan beliau menggunakan kuasa untuk menghalang dari tindakan diambil terhadap beliau (salah guna kuasa).

DATO' AHMAD ZAHID HAMIDI - percaya bahawa wang ringgit boleh membebaskan dirinya dari dihukum atas kesalahan jenayah . Cuba untuk membayar mangsa sebanyak RM250,000 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang dan melaporkan polis.

Buku ini mendedahkan segala-galanya mengenai SIAPA AHMAD ZAHID HAMIDI sebenarnya. Ini adalah kepimpinan yang semala ini seperti musang berbulu ayam dan DATO' AHMAD ZAHID HAMIDI akan dinobatkan sebagai penjenyah yang hari ini masih bebas dengan dosa-dosa yang dilakukan olehnya. Awal tahun 90an jenayah kolar putih - isu penipuan saham Kretam Holding Berhad - saham Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan bernilai puluhan juta ringgit. Pemberiaan kad kredit emas - BSN dan lain-lain.

Ini adalah pendedahan setelah semua proses perundangan disekat, setelah semua kegiatannya disorokkan dan setelah semua jalan lain terbantut kerana kuasa dan pengaruh yang ada pada dirinya.

Pendedahan ini perlu agar semua kenal SIAPA AHMAD ZAHID HAMIDI sebenarnya dan ini adalah satu usaha agar beliau menerima balasan setimpal dengan perbuatan beliau yang tidak mempunyai belas ihsan dan kemanusiaan.

Semua pendedahan ini adalah untuk kebaikan dan untuk mencari keadilan bagi seorang rakyat yang kesalahnya adalah membalas cinta, Nurulhidayah puteri DATO' AHMAD ZAHID HAMIDI.

Ini adalah pengakuan benar oleh mangsa yang dibukukan untuk menuntut keadilan bagi semua perbuatan kejam dan tidak keperimanusiaan DATO' AHMAD ZAHID HAMIDI .

Ikutan pendedahan ini dan nilai, sekiramnya pihak berkuasa gagal menjadi hakim kepada perbuatan jahat DATO' AHMAD ZAHID HAMIDI maka rakyat adalah sebaik-baiknya untuk menilai PERBUATAN JENAYAH DATO' AHMAD ZAHID HAMIDI.

Bersambung di Bhg 2

Hairan Mahkamah Tangguh 6 Bulan Tarikh Keputusan Ke Mei 12hb, 2009

Penulis blog Mengkuang merungut mengenai Menteri 'Ugama' yang berdiam semasa isu fatwa yoga dipersoalkan oleh penganut ugama Hindu.

Memang Dato Ahmad Zahid Hamidi tidak membuat sebarang komen kerana dia berada di Mekah untuk tahun kedua berturut-turut untuk mengerjakan ibadat Haji. Kalau ada pun yang dilaporkan akhbar, ia berkenaan dengan pengurusan Haji oleh Tabung Haji.

Zahid mengambil peranan sebagai PRO untuk Tabung Haji. Seolah-olah Tabung Haji yang sudah menghampiri 40 tahun hilang keupayaan untuk mengurus jemaah Haji di Mekah. Mereka memerlukan Menteri serta bersama.

Salah satu dari dua liputan akhbar oleh Utusan Malaysia

Beberapa hari selepas beliau berlepas ke tanah suci Mekah adalah tarikh mahkamah untuk kes saman sivil oleh Amir Bazli. Jika akhbar ada beberapa kali melaporkan mengenai kes ini, kali ini akhbar perdana sudah bagaikan menyenyapkan kes ini.

Perbicaraan kes saman Amir Bazli didaftarkan di Mahkamah Shah Alam pada tahun Julai 5hb, 2007 setelah pihak polis seolah-olah telah NFA (No Further action) kes ini.

Untuk mengatakan ada pakatan Polis dan Zahid, susah hendak dikata dan tuduhan sedemikian tidak perlu. Yang penting, fakta-fakta dan bukti-bukti untuk membawa kes ini sebagai kes sivil cukup dan tidak ditolak mahkamah. Proses mahkamah telah berjalan dan 7 kali bersidang.

Media perdana ada dua kali melapurkan prosiding Mahkamah tetapi diberhentikan apabila secara kebetulan Zahid bertukar Kementerian dari Perlancungan ke Penerangan. Kes saman terhadap Zahid masih berjalan dan tarikh-tarikh mahkamah disenaraikan berikut:

1. Mac 7hb, 2008 - BICARA
2. April 16hb, 2008 - HEARING atau pembacaan kes
3. Jun 5hb, 2008 - DECISION atau keputusan
4. Julai 16hb, 2008 - KEPUTUSAN
5. Ogos 7hb, 2008 - CLARIFICATION atau penjelasan
6. Oktober 30hb, 2008 - KEPUTUSAN
7. November 25hb, 2008 - KEPUTUSAN
Kedudukkan mahkamah adalah untuk buat keputusan samada ada kes atau tidak untuk diadakan trial atau perbicaraan penuh. Dalam trial, Zahid perlu menghadhirkan diri.

Zahid sedang berusaha sedaya upaya untuk mencuba membuang kes ini. Pelbagai usaha dan affidavit telah diserahkan untuk mencari alasan bagi tujuan tersebut dengan beberapa kali mahkamah tertangguh untuk kedua-dua pihak berbalas affidavit.

Difahami dari sumber-sumber di mahkamah bahawa Zahid sudah kehabisan alasan dan hujah untuk menangguh lagi. Dia hanya membawa hujah yang mudah dijawab dan berbukti untuk cuba menagguh saja. Zahid sudah tidak berupaya untuk menafikan kejadian lagi.

Mengikut risalah pendedahan yang teredar (akan didedahkan semua sedikit masa lagi), perbuatan membelasah beramai-ramai oleh Zahid, anak lelakinya, dan menantu dan anak arwah Zakaria Deros diakui beberapa kali dengan bersaksi oleh anak perempuannya yang terlibat, Nurul dan isterinya, Datin Hamidah. Suami Nurul tidak terlibat dan ini adalah satu keanihan.

Sepatutnya, mahkamah membuat keputusan membuang permohonan buang kes oleh Zahid pada November 25hb, 2008. Anihnya setelah ditangguh sebanyak empat kali, mahkamah masih tidak boleh membuat keputusan untuk memulakan trial.

Tidaklah ada apa-apa tuduhan dibuat terhadap pihak mahkamah yang lebih profesional mutakhir ini. Namun begitu, tidak dapat dielakkan untuk merasa sangsi dengan tindakan mahkamah menangguhkan keputusan ke Mei 12hb, 2009.

Masa sedemikian lama adalah hampir enam bulan selepas tarikh mahkamah terakhir dan sebulan setengah selepas pemilihan UMNO pada akhir bulan Mac 2009. Tidak mungkin ada tangan-tangan dan mahkamah cuba membantu Zahid dalam pertandingan untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

Adakah nasib Zahid akan menyerupai Isa Samad pada tahun 2004 yang dipecat atas salahlaku, walaupun memenangi pemilihan? Baik Zahid undur dan kasi jalan untuk orang lain yang lebih layak - bersih, berprinsip, dan bukan pura-pura - untuk jadi pemimpin.

11 dalil Zahid masih orang Anwar Ibrahim

Apa jadi kepada Zahid sekiranya BN tumpas pada PRU 13?

Jawapannya senang. Dia akan mengikuti Anwar Ibrahim ke PKR dan Pakatan Rakyat. Jangan hairan jika dia ditawarkan jawatan.

Kepada ramai yang tidak teliti akan memberi alasan Zahid ada mengkritik Anwar dan berkempen menentang Anwar di Permatang Pauh. Ini tidak membawa erti kerana bagi orang politik, kata nesta sedemikian adalah perkara 'biasa'.

Ada beberapa sebab kesimpulan ini dibuat. Ia banyak berdasarkan maklumat dan pandangan pemerhati politik yang mempunyai jaringan maklumat yang luas, faham akan seni pencak politik, dan sudah 'kasyaf politik' tersendiri.

Pertama, Zahid adalah 'suara Anwar' dalam Pemuda UMNO semasa dia menerajuinya selama dua tahun. Kemenangan Zahid seorang orang baru mengalahkan pencabar-pencabar yang lebih ternama adalah atas bantuan dan pengaruh Anwar. Baiah Zahid kepada Anwar begitu kuat hingga sedia menuduh Dr Mahathir mengamalkan korupsi, kronisma dan nepotisma walaupun dirinya terlibat dengan jenayah CBT.

Kedua, Zahid adalah kroni Anwar. Sila baca laporan Utusan Malaysia bertarikh Jun 20, 1998.


Senarai kroni Anwar

KUALA LUMPUR 19 Jun - Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham yang bernilai berpuluh bilion ringgit.

Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.

Beliau memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

Nama Kamaruddin terkandung dalam senarai saham dan pemberian projek kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini - satu tindakan yang bertujuan mendedahkan bagaimana Anwar membahagi-bahagikan kekayaan negara kepada rakan-rakannya.

Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. Dr. Rahim Ghouse, seorang lagi penyokong kuat Anwar turut mendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion

Penulis dan bekas pensyarah universiti, Rustam Sani, yang hebat mengecam kerajaan selepas Anwar dipecat daripada kerajaan sejak sembilan bulan lalu juga mendapat projek iaitu pembinaan Kompleks Jabatan Imigresen Shah Alam yang kini pada peringkat kelulusan prinsip. Rustam, 55, adalah pemegang saham utama syarikat yang mendapat kontrak itu, Pasca Baru (M) Sdn. Bhd.

Beliau lantang membela Anwar dan mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang didakwanya mengamalkan kronisme nepotisme terutama dalam tulisan-tulisannya yang diterbitkan dalam akhbar Harakah dan penerbitan yang pro bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Salah satu dokumen yang dikeluarkan dalam senarai itu bertajuk Pemberian Projek Penswastaan Kepada Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) (Perjanjian Telah Ditandatangani).

Projek pembangunan kerajaan yang diluluskan kepada kroni Anwar adalah pelbagai daripada penswastaan pembetungan najis, penswastaan perkhidmatan ambulans hinggalah kepada pembangunan mengeluarkan lapan dokumen pada Perhimpunan Agung UMNO, dan daripada senarai itu terdapat dua senarai yang mengandungi maklumat berhubung 27 buah projek yang diberikan kepada penyokong-penyokong Anwar.

Hanya 14 daripada 27 projek itu dicatatkan kosnya. Nilai terkumpul 14 projek itu ialah RM33.92 bilion. Dijangkakan, jika kos projek-projek lain diperoleh, nilai keseluruhan akan jauh lebih tinggi.

Selain Kamaruddin, nama-nama lain yang mendapat faedah ialah Datuk Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad Bahrim Ayob dan Datuk Ghazi Ramli.

Dalam satu senarai berasingan, nama bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, juga dicatatkan sebagai menerima kelulusan prinsip projek Pembangunan Semula Kampung Haji Abdullah Hukum di Kuala Lumpur.

Selain beliau, nama penyokong Anwar lain juga disebut dan mereka kebanyakan adalah bekas para pemimpin ABIM dan pemimpin UMNO yang rapat dengan Anwar. Mereka ialah Datuk Ahmad Ismail, Datuk Iqbal Mohd., Kuppa Pitchai Rawther, Datuk Nasruddin Jalil dan Datuk Ahmad Saad.

Tindakan menyenaraikan nama individu dan syarikat bumiputera yang mendapat saham dan projek itu adalah langkah kali kedua selepas Dr. Mahathir mengejutkan ahli-ahli UMNO dengan senarai yang sama pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

Senarai tersebut dikeluarkan oleh kerajaan bagi menangkis dakwaan Anwar yang menuduh kerajaan mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah. Ia dipamerkan untuk diteliti oleh para perwakilan dan ahli-ahli UMNO yang menghadiri perhimpunan agung parti itu di sini.

Kamaruddin, Ketua UMNO bahagian Tumpat, juga tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta).

Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh, Kamaruddin Mohd. Nor, yang juga bekas Setiausaha Agung ABIM pula memegang saham sebanyak 250,000 unit dalam syarikat Eastern dan Oriental.

Bapa Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon dan Marzukhi yang memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. Syarikat itu ialah Pengkalen Holdings Berhad (Ibrahim dan Farizon) masing-masing 250,000 saham pada 2 Mei 1998; Nissan Industrial Oxygen Incorporated (Ibrahim) sebanyak 3,790.500 dan Penas Corporation (Marzukhi) sebanyak 2,800,000.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, memiliki sebanyak 6,751,493 saham dalam syarikat Tekala Corporation (TCB). Menerusi syarikat Pantai Dalam Sdn. Bhd., beliau juga telah mendapat kelulusan prinsip untuk projek pembangunan semula Kampung Haji Abdullah Hukum.

Senarai-senarai pemberian saham dan projek itu dipamerkan di tingkat empat, bertentangan dengan pintu masuk utama ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Senarai pertama melibatkan pemberian 18 projek penswastaan menerusi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang perjanjiannya telah ditandatangani sehingga 15 Jun lalu.

Para penyokong Anwar yang paling kerap tertera daripada 18 projek itu ialah Mohd Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nadzri Abdullah dan Datuk Khalid Ahmad yang memiliki saham utama dalam sembilan projek.

Projek-projek itu ialah projek Kuala Lumpur Central menerusi syarikat Freeway Properties dan bernilai RM713 juta; Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3); perkhidmatan telekomunikasi Satelite Network; projek Lebuh Raya Ipoh-Lumut bernilai RM1,000 juta dan projek perkhidmatan sokongan hospital Redicare Sdn. Bhd bersama Azmi Jaafar.

Ketiga, semasa Zahid ditahan dibawah ISA, antara mereka yang kuat membela Zahid adalah cucu saudara Tun Ghaffar, Zahid Mat Arip. Zaid adalah salah seorang penggerak Reformasi dan pemuda Parti Keadilan. Dia kini kembali ke UMNO bersama Ezam dan berkempen untuk UMNO di Permatang Pauh baru-baru ini. Ramai melihat mereka ini sebagai 'Kuda Trojan' Anwar

Semasa itu, Zahid Mat Arip dan Johari Abdul adalah pegawai Yayasan Gerakbakti yang sama menyonglap untuk Zahid Hamidi saham Kretam. Bersungguh dia mempertahankan bos hingga menyiarkan surat terbuka kepada Tun Dr Mahathir. Sedutan berikut:

Datuk Zahid telah hadir di rumah Datuk Seri Anwar sebagai tanda simpati dan atas dasar persahabatan untuk beberapa waktu. Selepas mesyuarat Exco memutuskan bahawa Datuk Zahid diminta tidak lagi berdampingan dengan Datuk Seri Anwar sehingga nasibnya diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO, beliau telah akur dengan keputusan itu dan tidak lagi dilihat bersama di rumah Datuk Seri Anwar. Dalam tempoh itu, beliau telah menumpukan tugas-tugasnya sebagai Penegrusi di Bank Simpanan Nasional dan di Kretam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau telah ke Sabah atas urusan Kretam. Di Sabah, saudara telah mengeluarkan perintah supaya beliau di tahan di bawah ISA.
Jika diterima penjelasan Dr Mahathir bahawa ISA digunakan mengikut peraturan dan adalah atas nasihat polis, ini bermakna Zahid telah diikuti sekelian lama oleh Polis Cawangan Khas dan mempunyai justifikasi untuk dianggap dan ditahan sebagai ancaman keselamatan dalam negeri.

Difahamkan Zahid dilepaskan setelah beberapa hari kerana isterinya merayu kepada anak Dr Mahathir, Dato Mokhzani membantu. Mokhzani merupakan Bendahari Pemuda UMNO yang dilantik Zahid. Dia telah menolong mendesak ayahnya untuk mengkajisemula kes Zahid.

Keempat, selepas berhenti dari jawatan Ketua Pemuda UMNO, dia dikata dikalangan penggiat-penggiat reformasi semasa itu sering kelihatan berada di Jakarta bersama Abdul Rahim Ghouse yang telah melarikan diri.


Zahid juga dikatakan sering bersama Amin Rais, Gus Dur, dan lain-lain pemimpin-pemimpin Indonesia yang menyokong Anwar. Mereka ini mempunyai hubungan rapat dengan maerika Syarikat dan merupakan pembawa agenda mereka.


Kelima, Zahid mempunyai pertalian kerja dengan strategis PKR dan Wakil Rakyat PKR, Saifuddin Nasution yang dilantik memegang jawatan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO. Ahli Parlimen PKR, Johari Abdul pernah bersamanya di Kementerian Pertahanan. Dikalangan pemerhati-pemerhati Zahid, pertalian rapat ini dikekalkan sebagai opsyen politik dan penghubung dengan Anwar.

Keenam, Zahid dikatakan dihubungi agen-agen PKR untuk lompat parti ke Pakatan Rakyat. Dia mengaku dihubungi tetapi mengatakan walaupun dia berkawan dengan mereka, kesetiaannya masih kepada UMNO. Tetapi yang didengari dari kalangan penggiat PKR adalah Zahid ada berkata, jika belum cukup satu, dia akan mencukupkan. Ini mencurigakan.

Ketujuh, pertalian rapatnya dengan pemimpin-pemimpin PKR merupakan salah satu sebab kes Amir Bazli tidak menjadi isu. Ini boleh dianggap sebagai salah satu petunjuk hubungan baik Zahid dengan Anwar. Saifuddin dikatakan enggan menjadikan isu kerana mengenangkan budi Zahid melantiknya Setiausaha Kerja Pemuda UMNO. Malah, Anwar Ibrahim pun mengetepikan kes Amir Bazli walaupun kes ini sudah dalam pengetahuannya.

Kelapan, pertalian Zahid dengan Saifuddin dan Johari Abdul telah membukakan ruang untuknya mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang. Untuk mengaburi mata rami, dia mewar-warkan ramai pemimpin-pemimpin PAS dan ABIM adalah rakan sekolah.

Kesembilan, Zahid mempunyai hubungan rapat dengan wartawan-wartawan, akhbar-akhbar dan portal-portal pembangkang yang pro-Anwar. Salah seorang darinya adalah Mohd Sayuti Omar yang dikatakan telah menemui Amir Bazli untuk menawarkan wang bagi pihak Zahid untuk mendiamkan kes. Dia juga telah dibiayai Zahid untuk pergi Haji tahun lepas yang mana telah dilaporkan sebagai pertemuan yang tidak dijangka di Mekah. Sejak itu, tidak lagi kedengaran Siasah melaporkan kes Zahid.

Adakah kerana sahabat rapat, maka Syed Huseein AlAttas, penulis politik 'lallang' ini pertahankan Zahid?

Portal Malaysia Today yang pro-Anwar pun tidak ada membuat pendedahan terhadap Zahid. Secara kebetulan atau tidak, Sayuti adalah penulis ruangan Antara Kita yang berbayar di MT. Mungkinkah ini akan berubah selepas Raja Petra dimalukan Zahid sebagai orang tidak sembahyang?

Yang hairannya bagaimana Zahid boleh tahu Raja Petra tidak sembahyang? Adakah mungkin dia sangat rapat dengan Raja Petra dan pernah menyogok diam penulis pereka konspirasi upahan Anwar ini?

Lain-lain orang Zahid yang terlibat dengan media dan Anwar adalah Hanapiah Man yang keluar PKR, masuk balik UMNO dan kini bersama Agendadaily. Dia adalah bekas pegawai media Zahid bersama Rozaid Abdul Rahman. Agendadaily kini membantu membiaskan untuk Zahid.

Kesepuloh, didedahkan oleh blog Masterdedah bahawa Zahid telah membocorkan tarikh pembubaran Parlimen dan menyumbang jutaan ringgit membantu Anwar Ibrahim untuk PKR bersedia bagi PKR 12. Maklumat ini dilaporakan telah disahkan Faisal Mustaffa, AMK PKR kepada blogger tersebut.

Kesebelas, sebagaimana yang pernah dilaporkan dalam blog ini, Zahid telah dilaporkan Raja Petra di FAC sebagai tidak percaya Anwar melakukan meliwat. Dalam pertuduhan terbaru melibatkan Saiful, Zahid tidak bersungguh menuntut Anwar melakukan Muhabalah dan bersikap lebih berkecuali berkenaan isu ini. Ia seolah-olah memberi isyarat kepada pegawai-pegawai Jakim untuk memberi ruang keluar kepada Anwar.

Benar atau bohong? Fitnah atau fakta?

Risikonya akan diambil oleh perwakilan-perwakilan UMNO yang akan mengundi untuk jawatan Naib Presiden UMNO di Persidangan Agung UMNO pada akhir bulan Mac 2008. Tanya pada diri sendiri, adakah Zahid risiko yang harus diambil oleh UMNO? Adakah dia layak dinaikkan keperingkat lebih tinggi dalam UMNO? Atau kerjayanya yang mencurigakan layak di akhiri? Tepuk dada tanya selera.

Naib Presiden: Sukarnya peluang Zahid untuk menang

"Setakat empat bulan baru menjadi Menteri"

Oleh: Ibrahim Othman

Ketika ini, ramai pemerhati politik merasakan, antara lapan calon Naib Presiden Umno, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara calon yang paling mudah menang kerana sejarah kehadhirannya dalam Umno, samada di peringkat bahagian (Badan Datoh), mahupun Pusat, cukup berwarna warni.

Tiada siapa yang perasan sebenarnya dalam ramai calon yang ingin menawarkan diri ini, Zahidlah yang paling sukar menang, lebih-lebih lagi dengan pelbagai isu yang timbul kebelakangan ini, dari isu peribadi, keluarga dan ketelanjurannya mengumumkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden, hinggalah percanggahannya dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, (dalam isu boleh membuat pinjaman untuk mengerjakan fardhu Haji) menjadi topik perbincangan.

Di kalangan rakan-rakannya, Zahid cukup popular. Dia popular kerana dia dikatakan mudah didekati dan kenal nama kawan-kawan dalam Umno yang sekaligus dianggap cukup mesra. Tidak hairanlah apabila dia menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya setiap tahun, kehadhiran tetamu cukup luar biasa. Ini membuktikan Zahid memang mempunyai ramai peminat dalam Umno.


Tahun 1996, Zahid yang pernah menjadi Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno itu menang kerusi Ketua Pergerakan itu mengalahkan tiga calon lain. Antara yang kalah di tangan Zahid termasuklah penyandang jawatan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Tan Sri Annuar Musa, dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Ini kejayaan besar Zahid. Kejayaan itu dikaitkan hubungannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, selain dia juga bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Walaupun Zahid bekerja dengan Najib, tetapi dia dilabelkan sebagai 'budak Anwar'.

Kejayaan itu tidak menjanjikan dia terus kekal di ditu sebaliknya, dalam kes pemecatan Anwar dari Umno, Zahid adalah antara pemimpin Umno yang ditahan di bawah ISA hingga memaksanya melepaskan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Pergerakan Pemuda Umno era kepimpinan Zahid 'hancur' apabila Penolong Setiausaha Pergerakan itu, Saifuddin Nasution Ismail, Abdul Rahim Ghouse, dan beberapa lagi bertindak meninggalkan Umno, mengekori perjuangan Anwar.

Lama juga Zahid mengambil masa untuk memulihkan hubungan dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi dengan pertolongan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Johari Baharom, akhirnya Zahid membuat penonjolan kembali. Dia menang kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam pemilihan 2004.

Dr Mahathir marahkan Zahid kerana ucapan-ucapan Zahid ketika menjadi Ketua Pemuda, menyentuh soal KKN - Kronisme, Korupsi dan Nepotisme, perjuangan yang sama dengan perjuangan rakyat Indonesia menjatuhkan Presiden Suharto.

KKN yang disebut Zahid, turut mendapat respon yang baik dari Anwar ketika itu, hingga menyebabkan Umno kehilangan satu kerusi Parlimen apabila calon BN, Ismail Kassim tewas kepada calon Pas, Ustaz Hashim Jasin dalam pilihan raya kecil Parlimen Arau, ekoran kematian Allahyarham Kamaruddin Ahmad.

Parti pembangkang menjadikan isu KKN yang ditimbulkan Zahid dan Anwar sebagai modal berkempen di Arau, kerana Ismail yang ketika itu adalah Ketua Pergerakkan Umno Bahagian Arau, adalah adik kepada Menteri Besar Perlis ketika itu, Datuk Shahidan Kassim.

Baru-baru ini, sebaik sahaja Zahid mengumumkan hasratnya mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, dia menggunakan nama Najib sebagai 'regu terbaik' yang perlu mendapat sokongan akar umbi. Serentak dengan itu, musuh-musuh Zahid sibuk mengedar risalah berbentuk CD dan buku kecil, kisah jenayah kononnya Zahid terlibat memukul seorang lelaki yang berkawan dengan anak perempuannya.

Malahan, gambar isteri Zahid yang dikatakan baru mendapat rawatan kecantikan 'ala botox' juga turut diedarkan merata tempat, termasuk melalui MMS, e-mail dan edaran tangan, turut mendapat perhatian ramai. Kebetulan, Zahid sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama, mula dipersoalkan pendirianya terhadap hukum botox di negara ini.

Ramai juga yang hairan, mengapa Zahid begitu berani mengumumkan hasratnya untuk menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden dan kemudiannya memberitahu media, dia membatalkan hasratnya itu selepas mengadakan perbincangan (baca: pertemuan) dengan Najib.

Khabarnya, Najib cukup kecewa dengan Zahid kerana 'kelihatan gelojoh' kerana ketika membuat pengumuman itu, Zahid turut mengaitkan namanya dengan Najib, seolah-olah Najib sudah dirujuk lebih awal.

Di kalangan para penyokong Zahid, mereka seolah-olah sudah merasakan Zahid sudah menang kerusi Naib Presiden, hingga membuatkan mereka sudah tidak perlu berkempen menagih undi dan meminta sokongan dan perwakilan.

Malahan, SMS tersebar sekarang, dengan pelbagai perkara negatif menyentuh Zahid yang kononnya sedang membuka bilik gerakan untuk mengerakkan jentera kempennya - padahal, ia tidak benar dan SMS itu merupakan SMS palsu yang kononnya diuruskan bekas Exco Pergerakan Pemuda, Zayadi Awang Noh.

Sumber yang rapat dengan Zahid ketika dihubungi mengenai SMS mengundang seseorang menjadi jentera kempen Najib, menafikan undangan itu dan kesal dengan perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Di bawah juga, mereka yang tidak sukakan Zahid tetap menolak Zahid sebagai salah seorang bakal Naib Presiden Umno kerana kata mereka - setakat empat bulan baru menjadi Menteri, mengapa harus begitu pantas mahu dinobatkan sebagai salah seorang Naib Presiden Umno?

Mereka menyebit Hishamuddin sebagai contoh sudah lebih 10 tahun menjadi Menteri, bermula sebagai Menteri Belia dan Sukan dan kini Menteri Pelajaran. Mereka juga membandingkan Zahid dengan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal yang sudah duduk di dua Kementerian, bermula di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan kini, sebagai Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin juga sudah berpengalaman di dua Kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan kini Menteri Pengajian Tinggi. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sudah pernah menang Naib Presiden dalam tahun 2004. Datuk Seri Dr Rais Yatim adalah 'orang lama' yang pernah menjadi Menteri Penerangan , Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Tanah dan Kemajuan Wilayah, Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan dan kini, merupalan Menteri Luar.

Begitu juga dengan Datuk Seri Syed Hamid Albar yang pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Undang-Undang, Menteri Pertahanan, Menteri Luar dan kini Menteri Dalam Negeri, manakala Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis pernah menjawat Menteri Kewangan ke 2, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Apa istimewanya Zahid yang baru duduk sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas PRU 12 yang lalu dan kini, mahu menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden?

Perwakilan Umno tentunya rasional 'ketika mengundi' dengan mengutamakan semua hujah ini sebelum mereka melakukan kesilapan yang akan merugikan Umno!

Zahid mungkin tidak terfikir dia sukar untuk menang, kerana pemnyokongnya terus menerus meyakinkan dia bahawa da boleh menang mudah.